Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

30 January 2009

BERKELAH DI AIR TERJUN MAHUA KG PATAU

Air Terjun Mahua, Kg Patau Tambunan
26.01.2009
Tak mandi pun tak pa asal dapat duduk-duduk atas batu

Foto ini diambil dari atas jambatan merentangi sungai

Ai... Fung Sa Yuk (baju kuning) actionnya posing

Lihatlah betapa tingginya air terjun 66 kaki tingginya

Jambatan jeti ini tidak licin dan selamat dilalui

Posing ramai-ramai begini memang seronok cuma 'cameraman'
tiada peluang bergambar sama

Lihat orang di bawah air terjun dan bandingkan
dengan ketinggian air terjun

Inilah papan tanda yang 'misleading'.
Nama produk 'air terjun' langsung tidak disebut

0000000

26.01.2009 adalah cuti umum sempena perayaan Tahun Baru Cina. Saya dan famili balik Tambunan kerana menziarahi mertua yang sentiasa menanti kehadiran kami terutamanya cucu-cucunya yang ramai setiap kali cuti bermula. Setiap kali rombongan kami pulang, rumah mertua kami hingar-bingar, riuh-rendah dengan cucu yang ramai. Tersenyum mertua kami bila kami pulang. Sebabnya kerana ingin melihat cucu-cucunya yang ramai yang pelbagai telatah.

Pada jam 9.00 pagi, kami bertolak ke Kg Patau untuk berkelah di air terjun Mahua dimana jaraknya kira-kira lima kilometer dari kampung Patau, iaitu 'just a jog away'. Jam 9.30 pagi kami sampai ke air terjun Mahua dan terus mendaftar. Saya masih ingat, zaman kanak-kanak, kami menyusur sungai untuk sampai ke air terjun. Selepas beberapa tahun, jalan 'gravel' pun dibena. Jalan gravel ini menyenangkan kami membaiki kerosakan paip 'graviti' kami. Malah kami boleh berjogging ke air terjun. Satu ketika kami pernah menganjur larian 6 kilometer ke air terjun sambil berkelah. Alhamdulillah, hari ini jalannya sudah berturap dan boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan sebab itu dalam 30 minit dari pekan Tambunan kami boleh sampai ke air terjun.

Bayaran masuk bagi pengunjung dewasa ialah RM3.00 dan kanak-kanak RM0.50. Bagi penduduk kampung Patau kemasukannya adalah percuma sebagai satu keistemewaan. Setelah mendaftar di pejabat pendaftaran, kami berjalan kira-kira setengah kilometer menyusuri sungai untuk sampai ke air terjun. Perjalanan ini menyeronokan kerana kami dapat mengetahui jenis pokok dan tumbuh-tumbuhan sepanjang perjalanan.
Inilah kali ke 3 kami berkunjung ke air terjun ini secara berkumpulan yang besar. Pada kebiasaannya, kami tidak gairah sangat mandi air terjun Mahua kerana airnya sangat sejuk. Namun untuk memberi keseronokan kepada anak-anak, kami bawa mereka ke air terjun Mahua untuk menimba pengalaman terutamanya anak-anak kami yang belum pernah berkunjung.

Air terjun ini memang menarik sebab itu ramai pengunjung yang datang berkelah di situ. Selain dari orang tempatan, pengunjung dari negara asing seperti Jepun, Korea dan Eropah juga kelihatan. Disamping bersantai, mereka juga membuat penyelidikan keatas herba flora dan fauna yang terdapat di kawasan air terjun. Malah kawasan ini sangat kaya dengan flora dan fauna di Malaysia.

Air Terjun setinggi 66 kaki atau kira-kira enam tingkat bangunan. Airnya memercik sehingga 30 meter jaraknya kerana airnya betul-betul jatuh menjunam ke bawah menyebabkan suasananya bising dan kawasan sekitarnya bergerimis dan basah. Pesanan kepada pemilik camera otomatik dan 'digital' supaya sentiasa mengelap kamera untuk mengelak dari rosak.
Jambatan di lereng sungai juga selamat untuk dilalui kerana papan jetinya dilapisi dengan dawai rambat untuk menambah cengkaman dan geseran pada tapak kasut supaya tidak licin. Namun perlu berhati-hati di tangga yang licin.

Sebagai pengunjung yang sudah 'seasoned', air terjun ini masih kekurangan dengan beberapa kemudahan seperti tiada tempat bersalin pakaian, tiada bekalan letrik, tiada telefon, tiada pemancar atau antena telefon bimbit (seperti celcom dll), tidak cukup tempat meletak kereta dan tiada surau! sedangkan ramainya 'pak haji' dan orang islam yang mengunjungi air terjun ini sejak dari dulu. Kalau YB Datuk Hj Masidi Manjun, Menteri Pelancungan dan Alam Sekitar tahu hal ini.... siap! he..he...
Ada papan tanda yang 'misleading' bertulis 'Welcome Selamat Datang Taman Banjaran Crocker'. Sepatutnya berbunyi 'Welcome Selamat Datang ke Air Terjun Mahua' dan bukan Taman Banjaran Crocker. The subject or PRODUCT is 'AIR TERJUN MAHUA' dan bukannya Taman Banjaran Crocker. Di Keningau pun ada Taman Banjaran Crocker. Kesilapan besar dari segi pemasaran (marketing) 'NAMA' ini sepatutnya tidak berlaku kerana saya anggap ini satu pembohongan. Anak kampung Patau tersenyum sinis kerana ada juga yang tidak arif mengenai penjenamaan produk sebagai asas kepada 'effective marketing'. Seperkara lagi, saya sebagai anak tempatan di situ sepatutnya masuk percuma (menurut janji pengusaha Taman) tetapi terpaksa juga membayar. Maka di sini saya buat dua kesimpulan iaitu samada 'kakitangannya tidak cekap' atau pun 'sah jadi kakitangan Taman Banjaran Crocker@Crocodile', membahami mangsa bila ada kesempatan. Maaf ye..

Kami hanya dapat bertahan mandi selama 20 minit. Itu pun dah ramai yang menggigil. Ada yang badannya kemasukan angin kerana sejuk. Setelah puas mandi-kerbau maka makanan yang paling sedap ialah nasi panas, ikan masin, ikan bakar dan sedikit sambal. Selera pasti terbuka. Kami juga membawa kopi panas dan memang sedap rasanya dengan suasana yang sejuk.

Jam 2.30 petang kami bertolak pulang takut zohor bolos.

No comments:

Post a Comment