Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

31 January 2009

SUMBANGAN KEPADA ORANG ORANG KURANG MAMPU

26.01.2009
Kg Tunggaring Pegalan Tambunan
Puan Ailen (kiri) sedang menyampaikan sumbangan wang tunai
dan pakaian terpakai kepada Puan Zubaidah (balu).
Kg Tunggaring tiada ustaz, tiada surau dan umat islamnya kurang dari 5%. Kg Tunggaring terletak kira-kira 15 batu dari pekan Tambunan. Jalanrayanya masih gravel, berhabuk serta selalu mengalami tanah runtuh. Tiada bekalan air. Sumber pendapatannya ialah bercucuk tanam (pertanian) secara kecil-kecilan. Kehidupan penduduknya adalah umpama kais pagi makan pagi dan petangnya tidak menentu. Kedaifan umat islam di sinilah maka kawasan ini dipilih untuk pengagihan sedekah/zakat dari umat islam yang prihatin.
Puan Ailen, dari SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang, menyampaikan wang sumbangan dari individu kepada yang layak menerimanya iaitu seorang balu mempunyai 8 orang anak dan ketiadaan mata pencarian.
Semoga Allah memberkati rezki orang yang bermurah hati memberi sumbangan dalam apa juga bentuknya.

30 January 2009

BERKELAH DI AIR TERJUN MAHUA KG PATAU

Air Terjun Mahua, Kg Patau Tambunan
26.01.2009
Tak mandi pun tak pa asal dapat duduk-duduk atas batu

Foto ini diambil dari atas jambatan merentangi sungai

Ai... Fung Sa Yuk (baju kuning) actionnya posing

Lihatlah betapa tingginya air terjun 66 kaki tingginya

Jambatan jeti ini tidak licin dan selamat dilalui

Posing ramai-ramai begini memang seronok cuma 'cameraman'
tiada peluang bergambar sama

Lihat orang di bawah air terjun dan bandingkan
dengan ketinggian air terjun

Inilah papan tanda yang 'misleading'.
Nama produk 'air terjun' langsung tidak disebut

0000000

26.01.2009 adalah cuti umum sempena perayaan Tahun Baru Cina. Saya dan famili balik Tambunan kerana menziarahi mertua yang sentiasa menanti kehadiran kami terutamanya cucu-cucunya yang ramai setiap kali cuti bermula. Setiap kali rombongan kami pulang, rumah mertua kami hingar-bingar, riuh-rendah dengan cucu yang ramai. Tersenyum mertua kami bila kami pulang. Sebabnya kerana ingin melihat cucu-cucunya yang ramai yang pelbagai telatah.

Pada jam 9.00 pagi, kami bertolak ke Kg Patau untuk berkelah di air terjun Mahua dimana jaraknya kira-kira lima kilometer dari kampung Patau, iaitu 'just a jog away'. Jam 9.30 pagi kami sampai ke air terjun Mahua dan terus mendaftar. Saya masih ingat, zaman kanak-kanak, kami menyusur sungai untuk sampai ke air terjun. Selepas beberapa tahun, jalan 'gravel' pun dibena. Jalan gravel ini menyenangkan kami membaiki kerosakan paip 'graviti' kami. Malah kami boleh berjogging ke air terjun. Satu ketika kami pernah menganjur larian 6 kilometer ke air terjun sambil berkelah. Alhamdulillah, hari ini jalannya sudah berturap dan boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan sebab itu dalam 30 minit dari pekan Tambunan kami boleh sampai ke air terjun.

Bayaran masuk bagi pengunjung dewasa ialah RM3.00 dan kanak-kanak RM0.50. Bagi penduduk kampung Patau kemasukannya adalah percuma sebagai satu keistemewaan. Setelah mendaftar di pejabat pendaftaran, kami berjalan kira-kira setengah kilometer menyusuri sungai untuk sampai ke air terjun. Perjalanan ini menyeronokan kerana kami dapat mengetahui jenis pokok dan tumbuh-tumbuhan sepanjang perjalanan.
Inilah kali ke 3 kami berkunjung ke air terjun ini secara berkumpulan yang besar. Pada kebiasaannya, kami tidak gairah sangat mandi air terjun Mahua kerana airnya sangat sejuk. Namun untuk memberi keseronokan kepada anak-anak, kami bawa mereka ke air terjun Mahua untuk menimba pengalaman terutamanya anak-anak kami yang belum pernah berkunjung.

Air terjun ini memang menarik sebab itu ramai pengunjung yang datang berkelah di situ. Selain dari orang tempatan, pengunjung dari negara asing seperti Jepun, Korea dan Eropah juga kelihatan. Disamping bersantai, mereka juga membuat penyelidikan keatas herba flora dan fauna yang terdapat di kawasan air terjun. Malah kawasan ini sangat kaya dengan flora dan fauna di Malaysia.

Air Terjun setinggi 66 kaki atau kira-kira enam tingkat bangunan. Airnya memercik sehingga 30 meter jaraknya kerana airnya betul-betul jatuh menjunam ke bawah menyebabkan suasananya bising dan kawasan sekitarnya bergerimis dan basah. Pesanan kepada pemilik camera otomatik dan 'digital' supaya sentiasa mengelap kamera untuk mengelak dari rosak.
Jambatan di lereng sungai juga selamat untuk dilalui kerana papan jetinya dilapisi dengan dawai rambat untuk menambah cengkaman dan geseran pada tapak kasut supaya tidak licin. Namun perlu berhati-hati di tangga yang licin.

Sebagai pengunjung yang sudah 'seasoned', air terjun ini masih kekurangan dengan beberapa kemudahan seperti tiada tempat bersalin pakaian, tiada bekalan letrik, tiada telefon, tiada pemancar atau antena telefon bimbit (seperti celcom dll), tidak cukup tempat meletak kereta dan tiada surau! sedangkan ramainya 'pak haji' dan orang islam yang mengunjungi air terjun ini sejak dari dulu. Kalau YB Datuk Hj Masidi Manjun, Menteri Pelancungan dan Alam Sekitar tahu hal ini.... siap! he..he...
Ada papan tanda yang 'misleading' bertulis 'Welcome Selamat Datang Taman Banjaran Crocker'. Sepatutnya berbunyi 'Welcome Selamat Datang ke Air Terjun Mahua' dan bukan Taman Banjaran Crocker. The subject or PRODUCT is 'AIR TERJUN MAHUA' dan bukannya Taman Banjaran Crocker. Di Keningau pun ada Taman Banjaran Crocker. Kesilapan besar dari segi pemasaran (marketing) 'NAMA' ini sepatutnya tidak berlaku kerana saya anggap ini satu pembohongan. Anak kampung Patau tersenyum sinis kerana ada juga yang tidak arif mengenai penjenamaan produk sebagai asas kepada 'effective marketing'. Seperkara lagi, saya sebagai anak tempatan di situ sepatutnya masuk percuma (menurut janji pengusaha Taman) tetapi terpaksa juga membayar. Maka di sini saya buat dua kesimpulan iaitu samada 'kakitangannya tidak cekap' atau pun 'sah jadi kakitangan Taman Banjaran Crocker@Crocodile', membahami mangsa bila ada kesempatan. Maaf ye..

Kami hanya dapat bertahan mandi selama 20 minit. Itu pun dah ramai yang menggigil. Ada yang badannya kemasukan angin kerana sejuk. Setelah puas mandi-kerbau maka makanan yang paling sedap ialah nasi panas, ikan masin, ikan bakar dan sedikit sambal. Selera pasti terbuka. Kami juga membawa kopi panas dan memang sedap rasanya dengan suasana yang sejuk.

Jam 2.30 petang kami bertolak pulang takut zohor bolos.

20 January 2009

MUALAF (REVERT)

18Th.January 2009

oooo))))0((((oooo
" I bear witness that there is no god but Allah and Muhammad is the messenger "
oooo))))0((((oooo
What made this lady revert to Islam? Answer: It is Allah's will.

We have seen many people reverting to Islam throughout the world. Surprisingly, many reverts are learned people or people with wisdom, people with good academic background.

In Germany, we see on YouTube youngsters are queueing up to recite the syahadah. They do so not because of pressure from the Muslims but they see the new future in Islam. They analysed the Quran and of course the most important is Allah gave them the light (nur) and guidance (hidayah).

The duty of a Muslim and Muslimah are to tell the truth about the real teaching of Islam as the way of life and that's all. The rest will be up to Allah. When a person revert to Islam it is not because someone has the power to do so. It is Allah who choose him or her to come back to Islam.

I HAVE STARTED TO BOYCOT ISREAL PRODUCTS

19.01.2009, 9.30 AM:

My wife went to one of the supermarket in Tanjung Aru, Kota Kinabalu to buy some goods. I waited in my car to tune on the radio. When she returned, I look at the goods she has bought. I spotted one product which is on the list of products to be boycotted by Malaysian Muslim Consumer Association (Persatuan Penguna Islam Malaysia-PPIM). The name of the product is 'kleenex' tissue. Without a second thought, I brought back the tissue to the supermarket to be exchanged with other brand. The supervisor was not around so I returned it to the cashier.
"Why do you want to return it?", asked the cashier.
"I need to replace it with other brand", I said.
"Whats wrong with the product", she asked further.
"Nothing wrong with it but I still want to replace it", I answered.
"Why.....?", she asked.
"I don't want to buy products produced by manufacturer supporting Israels", I said.
I got the replacement and went off. My wife just smile in support of my action.
Deep in my heart, though the transaction is so small, I am doing it in support of the Palestinians brothers and sisters who are suffering heavy casualties due to bombardment by the biggest terrorist, Israel.

SPEAK SIMPLE DUSUN LANGUAGE - LESSON 3

MONGOI POMOLI RAPAON (BUYING VAGETABLES)

1. Piro gatang diti?: How much is this?

2. Telu ringgit do sombobod: 3 ringgit per bundle.

3. Atuukoi ... apagon noh gatang kio: Wow... price is so expensive.

4. Nokuro di tu apagon oh gatang?: Why is it so expansive?

5. Poinkuro da do duo linggit om limo nohopod tusin?: How about 2 ringgit 50 cents?.

6. Baa.. mangai noh: Ok you may take.

7. Poin sikou noh: Thank you


* Please take note that the English language is not a direct translation. It is more of getting the meaning as accurate as possible for communication purposes.

PENGUMUMAN JADUAL BARU KELAS AL-QURAN


1.0 KELAS DI MASJID NEGERI SABAH (Kelas Al-Quran):

Hari Isnin : Jam 8.00 malam
Hari Rabu : Jam 8.00 malam
Hari Jumaat :Jam 8.00 malam
Jumlah Pelajar : 20 orang
Penyelaras Kelas :

* Semua pelajar cuti selama 2 minggu bermula dari 19.01.2009

2.0 KELAS DI MASJID NEGERI SABAH (Kelas Muqaddam/Al-Quran):

Hari Sabtu : Jam 10.00 Pagi hingga 12.00 Tengah hari
Hari Ahad : Jam 2.00 Petang hingga 4.30 Petang
Jumlah Pelajar : 20 orang
Penyelaras Kelas :

3.0 KELAS DI SURAU TMN. KEMAJUAN KG LIKAS (Kelas Muqaddam):

Hari Rabu : Jam 2.30 Petang
Jumlah Pelajar : 40 orang
Penyelaras : Puan Kasmah Hasbullah

4.0 KELAS DI MASJID JAMEK LIKAS (Kelas Muqaddam):

Hari Khamis : Jam 8.00 Malam
Jumlah Pelajar : 61 orang
Penyelaras : Puan Zaiton Hj Kassim (Ketua Syukbah Wanita Masjid Jamek Kg Likas)

Semua jadual di atas boleh berubah mengikut keadaan.

SELAMAT PENGANTIN BARU


" SELAMAT PENGANTIN BARU "
kepada

AWANG JAHADI GUSTI & RASHIDAH JAKIAN.
YANG BERLANGSUNG PADA 17.01.2009 (SABTU),
DI KAMPUNG MENINIPIR KENINGAU.

SEMOGA JODOH BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT SERTA MENDAPAT ZURIAT YANG BAIK-BAIK, REZKI YANG BERKAT SERTA IMAN YANG MANTAP.

Daripada
Janis Abdullah & Ailen Usok
Kg Patau Tambunan & Taman Sempelang Sembulan
Kota Kinabalu.

MAJLIS KHATAM MASJID NEGERI SABAH KE 3

Kota Kinabalu, 18.01.2009 (Ahad):
.
Seramai 27 orang telah menyertai majlis khatam Al-Quran yang diadakan di Masjid Negeri Sabah baru-baru ini. Majlis khatam ini turut disaksikan oleh kira-kira 100 pemerhati yang terdiri dari pelajar muqadam dari Surau Taman Kemajuan Kg Likas, Pelajar Muqadam dari Masjid Jamek Kg Likas, Masjid Bandaraya, pelajar Teratak Fitrah, kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan, individu serta jemaah Masjid Negeri Sabah.
.
.Terdahulu dari itu, Puan Jenny dari Beaufort telah memeluk agama islam secara resminya. Beliau melafazkan kalimah syahadah yang dipimpin oleh Janis Abdullah dan disaksikan oleh lebih seratus orang. Berbangsa sino dan beragama kristen, Puan Jenny melafazkan kalimah syahadah dengan penuh yakin setelah lebih sebulan diajak berfikir semasak-masaknya sebelum memeluk agama islam. Dengan tekad yang kukuh, akhirnya Puan Jenny mengambil keputusan untuk memeluk agama islam pada 18.01.2009 di Masjid Negeri Sabah. Sebagai 'follow through' puan Jenny dipelawa mengikuti kelas mengaji (fardhu ain) samada di Likas atau pun di Masjid Negeri Sabah yang dikendalikan oleh Janis Abdullah.
.
Selepas upacara pengislaman, tazkirah diberikan oleh Janis Abdullah dan Hj Khairan Untoh diikuti dengan majlis khatam, tahlil, doa khatam, doa selamat dan jamuan tengah hari.


Atas: Janis memberi taklimat sebelum majlis khatam Al-Quran dimulakan.

Atas: Puan Jenny melafazkan kalimah syahadah yang dipimpin oleh Janis Abdullah.
Atas: Janis bertanya kepada Puan Jenny samada beliau dipaksa masuk islam maka Puan Jenny menjawab beliau masuk islam dengan kerelaan sendiri dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.

Atas: Sebahagian dari pelajar laki-laki menyertai majlis khatam.

Atas: Pelajar/peserta wanita turut serta dalam majlis khatam.

Atas(Dari kanan): Janis Abdullah (guru muqaddam & Al-Quran), Imam Saidin (guru muqaddam & Al-Quran), Imam Datuk Mokhtar Rapok (guru Tajwid dan Tarannum), Hj Khairan Untoh (Pengarah SIRIM)

Atas:Puan Jenny mengucap dua kalimah syahadah disaksikan oleh ratusan pemerhati.

Atas: Pelajar Al-Quran dewasa bergambar bersama dengan guru mereka, Janis Abdullah.
.

15 January 2009

KELAS MUQADDAM DI MASJID JAMEK LIKAS BERMULA

LIKAS, KOTA KINABALU (15.01.09):-



Seramai enam puluh satu orang pelajar telah mengikuti kelas muqaddam yang dimulakan hari ini di Masjid Jamek Kg Likas, dibimbingi oleh Janis abdullah. Ini termasuk enam orang jawatankuasa syukbah wanita masjid Jamek. Difahamkan jumlah ini akan meningkat kerana ramai lagi yang berminat untuk belajar asas muqaddam.






Pelajar laki-laki dan perempuan muda dan dewasa juga tidak melepaskan peluang belajar semula atau mengulang-kaji.










Belajar ilmu tidak mengenal had umur asalkan berminat pasti akan menjadi.







Kanak-kanak turut mengambil bahagian dengan memenuhi barisan hadapan kelas.







Semoga minat mengaji terus membara. Insyaa Allah, jika bersungguh-sungguh pasti berjaya.

14 January 2009

SPEAK SIMPLE DUSUN LANGUAGE - LESSON 2

1. Kanou : Lets go

2. Mulau : Insane

3. Nu mangan nu? : What are you doing

4. Kanou muli : Lets go home

5. Kopisanangan do kosuabon : Good morning

6. Kada panakau : Do not steal

7. Ingkakat : Stand up

8. Panangkus : Run

9. Soliwan : Get out

10. Ongoi akan : Go and eat

13 January 2009

CONGRATS


Congratulations
Dr. Kathreena Hj Kadir & Dr Muhammad Lee Weng Ho
on your wedding on the 04th. January 2009
at Dewan Sri Kinabalu Kompleks Tabung Haji
Kota Kinabalu
Pengantin perempuan berasal dari Taman Sempelang Sembulan (jiran Janis Abdullah) sementara pengantin laki-laki berasal dari Melaka.


MAJLIS KHATTAM AL-QURAN DI MASJID NEGERI


Pelajar Al-Quran Masjid Negeri Sabah


Aturcara majlis:

18.01.2009 (Ahad):

9.00 Pagi : Kedatangan peserta Majlis Khattam
9.30 Pagi : Majlis Pengislaman di Masjid Negeri Sabah
10.00 Pagi : Majlis Khatam dimulakan
10.45 Pagi : Tahlil
11.00 Pagi : Tazkirah
11.30 Pagi : Majlis makan
12.25 T.Hari: Solat Zohor

16.01.2009 (Jumaat), jam 8.00 malam: - Ujian 'Talaqi Musyafahah' utk 23 pelajar.

14.01.2009 (Rabu), jam 8.00 malam: - Ujian bertulis 'Quiz Al-Quran'

KELAS MUQADDAM DI SURAU TMN KEMAJUAN LIKAS

Janis sedang mengajar muqaddam kepada 40 pelajar di Taman Kemajuan Likas




Pelajar wanita dewasa ini tekun belajar muqaddam.













Sebahagian dari pelajar yang mengikuti kelas muqaddam wanita dewasa.














Sebahagian dari pelajar muqaddam.








Seramai 40 orang pelajar telah menghadiri kelas muqaddam yang sedang berjalan di Surau Taman Kemajuan Likas sekarang. Sambutan kelas muqaddam di Taman Kemajuan Likas sangat menggalakkan dikalangan wanita atas kesedaran sendiri. Kelas itu diadakan setiap hari Rabu jam 2.30 petang.

KELAS MUQADDAM DI MASJID JAMEK KG LIKAS

Kg Likas Kota Kinabalu, 10.01.2009 (Sabtu):-
Janis menerima cenderahati dari Pn Zaiton, Ketua Syukbah Wanita Masjid Jamek Kg Likas, setelah selesai motivasi bertajuk 'Jutawan Al-Quran'.


Pelajar Al-Quran dari Masjid Negeri Sabah Cik Salindawati (kanan) dan Pn Rohani, turut hadir memeriahkan pelancaran kelas muqaddam masjid Jamek Kg Likas.


Janis Abdullah sedang memberi motivasi bertajuk 'Jutawan Al-Quran' di Masjid Jamek Kg Likas.



Turut dilancarkan ialah derma Palestin peringkat masjid Jamek Kg Likas. Kelihatan AJK Syukbah Masjid Jamek, bersama dengan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Kg Likas, Janis Abdullah dan AJK masjid Jamek turut serta dalam pelancaran.


Sementara itu, menurut Puan Zaiton seramai 28 pelajar telah mendaftar kelas muqaddam yang akan diadakan di masjid Kg Likas bermula pada 15.01.2009 (Khamis) jam 8.00 malam. Bagaimanapun, penyertaan dijangka akan bertambah dari masa kesemasa. Kepada sesiapa yang ingin menyertai kelas ini, bolehlah berhubung terus kepada Pn Zaiton, Ketua Syukbah Wanita, masjid Jamek Likas.

02 January 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

SELAMAT PENGANTIN BARU
Syamsyari bin Nurullah & Christilaira binti Dr Juanis


Keluarga Pengantin Lelaki dari Mambakut.



Kg Patau Tambunan, 28.12.2008 (Ahad):-

Selamat pengantin baru kepada: Syamsyari bin Nurullah & Christilaira binti Dr.Juanis. Pengantin lelaki berasal dari Mambakut sementara pengantin perempuan berasal dari Kg Patau Tambunan. Kedua-dua mereka selamat diijab-kabulkan setelah hampir setahun bertunang. Berikut latar belakang keluarga pengantin.

Keluarga Pengantin Lelaki (Asal dari Membakut):
- Lahir pada : 9.12.1984 di Mambakut
- Nama bapa : Nurullah bin Syabadin
- Nama Ibu : Foo Yong Kiaw@ Norsiah Abdullah

Keluarga Pengantin Perempuan (Asal dari Kg Patau Tambunan):-
- Lahir pada : 21-12-1980 di Bogor Indonesia
- Nama Bapa : Dr Juanis Yajuni
- Nama Ibu : Jaliah Abdullah








Dari kiri: Ramzu (baju T hitam) dan Khairuddin (baju T merah) bergambar dengan pengantin.












Sumandak vateran bergambar dengan pengantin.














Pengantin bersama dengan keluarga pihak perempuan.










Di sebelah malam, acara memotong kek.









Bersanding di dalam rumah.

















Pengapit bersama pengantin turut menjalankan tugas.











Hari bersejarah bagi pengantin ialah menjadi 'raja sehari'.








Semoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat.