Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

23 December 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU: SAJIRI MOHD ALI & YURIANI YAHYA


Kg Mandalom Tenom, 21.12.2008 (Ahad):-


Sekali lagi saya dan keluarga berkunjung ke Tenom untuk menghadiri majlis perkhawinan Sajiri Mohd Ali (dari Kg Patau Tambunan) dengan Yuriani Yahya (dari Kg Mandalom Tenom). Majlis itu diadakan di rumah pengantin perempuan di Kg Mandalom.
Dengan berpandukan peta kecil yang di lukis oleh Pn Norliza Taliyor (yang juga berasal dari kampung berhampiran dengan Kg Mandalom). Kami tiba di lokasi majlis itu kira-kira jam 3.00 petang semasa pengantin sedang bersanding.
Sudah menjadi kebiasaannya suasana hingar-bingar dengan muzik yang turut memeriahkan majlis yang menyukarkan perbualan. Namun hati seronok kerana turut meraikan majlis itu dari jam 3.00 petang hingga ke malam. Jam 9.50 malam kami kembali ke hotel Perkasa kerana anak-anak mulai mengantuk.
Dalam perjalanan ke hotel, sempat singgah minum di Asiarasa, pekan Tenom. Di Asiarasa, saya sempat berbual-bual dengan dua orang rakan yang agak kecewa kerana calon Ketua Bahagian UMNO mereka secara kebetulan tewas dalam AGM UMNO Tenom yang diadakan pada hari yang sama.







TAHNIAH! SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga jodoh berkekalan.













Keluarga saya bergambar dengan pengantin.














Keluarga dari Kg Patau Tambunan bergambar beramai-ramai.












Bergambar dengan ayah kepada pengantin perempuan iaitu Cikgu Yahya (kanan). Cikgu Yahya bakal bersara pada 31.12.2008.

No comments:

Post a Comment