Korban hari kedua saya ke Tambunan menyaksikan majlis korban di surau Kg Patau. Umat islam di Kg Patau begitu bersemangat menyambut raya korban walaupun hanya seekor yang dikorbankan. Bagi penduduk Islam Kg Patau, korban ini satu-satunya cara menghimpunkan mereka. Walau pun bilangan penduduk islamnya amat sedikit, namun semangat berkorban tetap tinggi.
Sebanyak empat buah kampung terlibat dalam korban tersebut iaitu Kg Patau, Kg Narayat, Kg Bambangan, Kg Babagon. Sementara daging korbannya di agih-agihkan kepada penduduk islam di luar kampung ini.
Seorang lagi mualaf dari Kg Bambangan Tambunan menerima daging korban.
Korban ini juga turut disaksikan oleh kanak-kanak walaupun mereka tak tahu pengertian korban.
Memang susah menumbangkan lembu besar yang liar lagi agresif tapi semangat berkorban dapat mengatasi segala-galanya.
Semoga rezki bertambah untuk membolehkan korban di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment