KOTA KINABALU:-
Insyaa Allah, dua orang wanita bakal mengucap dua kalimah syahadah pada awal Muharam yang akan menjelang tiba. Kedua-dua mereka ini sudah pun berjumpa dengan saya di Masjid Negeri untuk melahirkan hasrat mereka memilih islam sebagai ikutan baru mereka.
Selepas memeluk islam, mereka akan mengikuti kelas muqaddam dan fardu ain di masjid negeri sebagai 'follow-up dan follow-through'.
Semoga, mereka terus diberi hidayah serta mendapat perlindungan Allah dari segala gangguan syaitan.
No comments:
Post a Comment