Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

20 December 2008

PARA ILMUAN ISLAM MEMARAHI PENGUNJUNG MASJID. LAYAKKAH?










Inilah sebahagian dari pengunjung masjid. Mereka adalah Pemimpin Tentera Amerika yang datang meminta taklimat mengenai masjid dan agama islam. Inilah peluang umat islam memberi gambaran yang tepat mengenai agama islam dan sekali gus menggugurkan 'tag' islam sebagai pengganas.












































Terlalu banyak perbincangan mengenai topik ini di mana-mana kita pergi. Topik ini kembali segar apabila beberapa imam berwatak bengis menengking jemaah dan pengunjung masjid. Malah ada imam yang terus menghalau pengunjung keluar dari masjid secara kasar.

Mereka tidak mengambil pendekatan 'berhikmah' seperti yang dilakukan oleh Rasulullah. Mereka menganggap mereka berkuasa di masjid lantaran mahu menggunakan kuasanya melemparkan kata-kata nista dan kasar.



Saya dan beberapa pelancung pernah dihalau dari ruang solat oleh pegawai yang menganggap diri mereka berpengetahuan agama. Mereka menghalau 'non-muslim' atas alasan 'non-muslim' itu 'NAJIS' dan kotor.



Apabila pegawai agama itu kasar maka jemaah lain yang cetek pemikiran dan kurang arif tentang agama akan mengikuti mereka. Malah jemaah yang kurang arif juga bertindak dua kali teruk dari imam atau pegawai agama. Patut pun orang asing menggelar umat islam golongan 'pengganas' kerana sikap sesetengah umat islam yang sombong dan berfikiran sempit. Mereka menganggap diri mereka sudah hebat dan semporna maka sewajarnya bertindak garang dan sombong. Inikah kualiti islam yang mereka miliki?. Kalau beginilah cara mereka berkomunikasi dengan 'non-muslim', bagaimana mungkin mereka dapat berdakwah dengan efektif dan seterusnya menarik mereka masuk islam? sedangkan sesama islam pun tidak dapat menjaga hak-hak individu islam, inikan pula dengan 'non-muslim'. Maka, bagaimana mungkin ajaran islam sebenar sampai kepada 'non-muslim' jika pendekatan para ilmuan islam bertindak sesukanya.



Semua umat islam perlu belajar cara-cara berkomunikasi dengan betul sebelum diangkat menjadi imam kerana jemaah yang 'terkena' (hatinya disakiti) tidak mungkin mahu menjadi makmum kepada imam yang sombong. Mana-mana imam yang sombong perlu ditarik balik dan diletakkan di lokasi kerja yang kurang berinteraksi dengan orang awam. Pendekatan yang baik ialah mereka perlu belajar atau mengulang-kaji semula teknik berkomunikasi dengan orang awam berpandukan Al-Quran dan hadis.



Untuk lebih adil, jemaah (makmum) juga perlu belajar menjadi jemaah yang baik, makmum yang cenderung beribadat tetapi mahir berkomunikasi dengan imam dan rakan sejemaahnya. Ramai juga jemaah yang suka berjemaah tetapi tidak menjaga tutur bahasanya sehinggakan menegur imam dan jawatan kuasa masjid dengan celaan yang menyakitkan hati. Malah ada juga yang mengugut akan membuat laporan kepada ketua menteri. Jemaah yang berwatak bengis serta sentiasa bersangka buruk (suuzon) ini juga perlu mengubah sikap. Mana mungkin 'pahala' boleh dijamakan dengan 'dosa'.

No comments:

Post a Comment