Kota Kinabalu:-
Jemaah ini cari pahala tetapi laluan jemaah lain dia blok habis dari magrib hingga ke isyak. Laluan di masjid Kompleks Telekom, Jln Tuaran. Saya terpaksa undur balik walaupun laluan sempit.
Ini laluan VIP, jemaah dan pelancung di Masjid Besar Negeri Sabah yang kena 'block'. Bukan satu kenderaan tapi dua buah.
Di mana-mana masjid saya pergi pastinya kita lihat pelbagai cara dan karenah umat islam meletakkan kereta mereka. Terang-terang banyak tempat parking yang disediakan tetapi mereka memilih juga parking yang tidak dibenarkan. Malah ada yang berani 'double-parking' di masjid. Insiden ini berlaku di semananjung bila kereta non-muslim kena block oleh kereta muslim yang datang bersolat jemaah di masjid.
Pada 19.12.08, peristiwa berlaku semasa solat jumaat di masjid negeri dimana jemaah 'double parking', menghalangi kereta jemaah lain. Dahlah menghalang, lambat pula keluar masjid menyebabkan jemaah mangsa 'double parking' naik berang. Dahlah 'double parking' marah pula bila ditegur. Peristiwa yang sama berlaku semasa solat terawih dimana yang 'double parking' menghabiskan tarawihnya 20 rakaat sedang yang terkena 'block' hanya lapan rakaat. Akibatnya pergaduhan berlaku. Ada juga yang terlewat ke airport kerana kereta mereka yang sepatutnya menghantar orang ke airport terlewat kerana keretanya kena 'block' oleh jemaah lain yang tak berhati perut.
Serendah-rendah martabat ibadat ialah membuang duri di laluan orang (jalanraya). Duri bukan sahaja menjadi penghalang malah memudaratkan keselamatan. Hari ini 'duri' sudah tidak ada. Yang ada ialah 'duri' buatan manusia/umat islam. Islam menyuruh kita membuang duri tetapi hari ini terdapat umat islam yang menabur 'duri' (halangan) di jalan seperti 'salah parking', 'double parking' dan sebagainya. Ada yang parking atas 'lanscape cantik DBKK''. DBKK terpaksa mengeluarkan belanja membaiki lanscape serta kemudahan 'bawah tanah' (kabel & paip) yang rosak. Selesa untuk dirinya tetapi mudarat kepada orang lain.
Dua watak berlawanan yang mengelirukan iaitu ingin menjadi muslim yang bertakwa tetapi dalam masa yang sama melakukan kemudaratan kepada orang lain. Nak jadi ilmuan islam tapi sendiri tak ikut, nak jadi imam tetapi dalam masa yang sama mulut mengeluarkan perkataan seperti 'aku tampar kamu', 'kamu bodoh', 'bahlul' dan sebagainya. Bila di tegur secara baik, dia tunjuk 'muscle' maka sedikit sebanyak kita dapat menilai peribadi mereka yang sebenar.
Betul tu bang aji, tak bolehlah kita sembrono dalam hidup ini, Allah dan rasulNya telah beri panduan yang lengkap supaya umat Islam disenangi dan dikasihi, berbuat amar makruf dan nahi mungkar. Kalau salah dari segi prosedur undang2, maka salahlah juga dari segi ugama. Kalau orang sampai memaki2 umat Islam sebagai umat tidak berdisiplin, elokkkah begitu? Walaupun alasannya nak pergi sembahyang, tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. Kita tidak boleh berlari nak bersembahyang walaupun dah terlambat, tidak boleh memandu macam orang gila walaupun nak kejar waktu sembahyang, apatah lagi parking tidak berhemah untuk sembahyang jemaah, fikirlah orang lain pun ada urusan.
ReplyDelete