Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

14 June 2010

Lawatan Amal Pelajar Al-Quran dari K.Kinabalu Ke Patau

-
16.06.2010 (Rabu)

Kota Kinabalu:-

Lebih dari 30 orang pelajar Al-Quran Masjid Negeri dan Surau Taman Kemajuan Likas akan mengadakan lawatan amal ke Surau Kg Patau Tambunan pada 16.06.2010. Lawatan itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silratul rahim diantara umat Islam dari Kota Kinabalu dengan umat Islam di Kampung Patau disamping dapat memberi sumbangan pakaian kepada umat Islam yang memerlukan. Insya Allah, turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah, beberapa pemimpin masyarakat di daerah Tambunan serta AJK USIA Cawangan dan AJK Surau Kg Patau.
-

02 June 2010

HAPPY BIRTHDAY TO YB DATUK MASIDI MANJUN

-


02 June 2010




HAPPY BIRTHDAY


TO


YB. DATUK MASIDI MANJUN


Yang Di Pertua


Persatuan Alumni UiTM Sabah



From:


AJK


PERSATUAN ALUMNI UiTM SABAH


-

31 May 2010

SOLAT HAJAT- ISREAL SERANG KAPAL 'FREE GAZA'

-

31st May 2010


Israeli forces have attacked a flotilla of aid-carrying ships aiming to break the country's siege on Gaza. The Israeli military said that more than 10 people were killed and dozens injured when troops intercepted the convoy early on Monday morning in international waters.

-

(Tentera Israel menyerang kapal laut (freedom flotilla) yang membawa bantuan kepada penduduk Gaza Palestin. Lebih 10 orang di sahkan mati dan ramai lagi yang tercedera akibat tembakan (helikopter) Israel. Konvoi bantuan itu diserang awal pagi ini di perairan antarabangsa).

-


Nasib rakyat Malaysia belum diketahui. Harap seluruh umat Islam seluruh dunia mengadakan solat hajat untuk keselamatan peserta konvoi 'bebaskan Gaza' dan memohon balasan Allah terhadap perbuatan terkutuk Isreal, laknatullah.

-

KURSUS HAJI 2010 DI MASJID NEGERI SABAH

Kota Kinabalu Sabah:-

Lebih 300 orang sedang mengikuti kursus haji di Masjid Negeri Sabah. Kursus ini mempunyai 17 siri termasuk amali. Kursus ini dinajurkan oleh Masjid Negeri Sabah dengan kerjasama Tabung Haji. Menurut encik Janis Abdullah, pengerusi penganjur tahun 2009 dan 2010, tujuan kursus ini adalah memberi kefahaman kepada bakal-bakal haji mengenai cara yang betul mengerjakan ibadat haji.
-
Antara penceramah undangan ialah Tuan Ustaz Hj Muchlish Ali Kassim, Ust. Hj Sahuddin, Ustazah Zubaidah Jammadi. Penceramah ini bukan sahaja berpengalaman dalam memberi ceramah malah sering mengikuti jemaah ke tanah suci sebagai pegawai petugas. Antara topik ceramah ialah cara-cara mengerjakan haji dan umrah, dam, rukun haji, masalah wanita, isu kesihatan semasa di tanah suci dan sebagainya. Kursus ini telah berjalan kira-kira dua bulan yang lalu dan dijangka berakhir pada hujung bulan Jun tahun ini.
Atas: Peserta wanita
Atas: Peserta wanita
Atas: Peserta lelaki
-

25 May 2010

USIA PATAU SELESAI ADAKAN MESYUARAT AGUNG 2010


-
Kg Patau Tambunan:-
-
Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) cawangan Kampung Patau Tambunan telah selesai mengadakan mesyuarat agungnya baru-baru ini. Semasa mesyuarat agung, pelbagai aktiviti telah dirancang pada tahun ini. Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah memperhebatkan kelas-kelas fardu ain yang telah pun berjalan rancak kira-kira tiga tahun yang lalu.
-
Aktiviti yang melibatkan kaum wanita dan kaum ibu menjadi fokus utama. Kekuatan dakwah islamiah mesti banyak melibatkan wanita kerana sokongan yang kuat dalam kalangan masyarakat kampung banyak bergantung kepada penyertaan kaum wanita.
-
Akhir-akhir ini, banyak aktiviti yang berjaya dilaksanakan adalah kerana kekuatan peranaan dan ukuwah kaum wanita. Umpamanya wanita Kg Patau berjaya menjadi johan dalam pertandingan nasyid peringkat daerah baru-baru ini. Kaum wanita juga berjaya membuka kelas muqaddam dan al-Quran dan kini terdapat pelajar yang sudah boleh membaca Al-Quran.
-
Sehubungan dengan ini, USIA Patau terus memberi sokongan kepada wanita USIA Patau untuk terus aktif mengangkat martabat islam khususnya di Patau.
-
Aktiviti lain termasuk seminar dan sambutan jubli emas kemasukan islam di Kampung Patau. Islam mula bertapak di Kampung Patau pada tahun 1930.
-
Atas: Janis Abdullah

Ketua Cawangan

Atas: Ahmad Thadzuddin bin Mohd Ali
Timbalan Ketua Cawangan

Atas: Dr Juanis Yajuni

Naib Pengerusi

Atas: Ust Suhaidi Awang Damit

Setiausaha

Atas: Abdul Rahman Maidin

Bendahari

Atas: Johari Awang Damit

Ketua Penerangan

Atas: Mohd Yasin bin Yunus

Ketua Belia

Atas: Norfadilahwana binti Kulinog
Ketua Wanita

Atas: Rodny Robert

AJK Cawangan


Atas: Siti Zubaidah Binti Abdullah

AJK Wanita

Atas: Sajiri Mohd Ali

AJK Belia

Atas: Sebahagian dari AJK yang sempat bergambar selepas mesyuarat agung
-

23 May 2010

Road to Bahrain 15 - One year after

-
Greetings to all my International Dakwah Course-Mates from Turkey, Russian, Bosnian, Brazillians, Ghanan, Sri Langkan, Serian, Singaporeans and not forgetting my Malaysian counterparts.
-
It has been one year after my International Dakwah Exposure at Bahrain. During the one year, I have been busy conducting courses on Islamic activities in East Malaysia specifically Sabah. I travelled right in the middle part (in the interior) of Sabah and West Kota Kinabalu area for dakwah and Islamic propagation. Some activities were successful and some failed and few still in the process of implementation.
-
Among the on going programmes are conducting 17 series of Haj courses in Kota Kinabalu, Quran classes and invitation to be dakwah speakers to non-Muslims and non-government organisations particularly organised by United Sabah Islamic Association (USIA) Kota Kinabalu women's group.
-
I expected this year would be more busy with dakwah programmes at Tambunan Sabah. Insyaa Allah, my team will be doing our level best to make this a success.
-

09 May 2010

GALERI FOTO DINNER ALUMNI UiTM SABAH -PART 3

-
Kota Kinabalu:


Persatuan Alumni UiTM Sabah adalah antara persatuan yang aktif mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertandingan golf, annual dinner, lawatan amal dan memberi sumbangan komputer kepada Rumah anak-yatim Tambunan dan dan sekolah di Ranau.

Atas: Wajah-wajah alumni UiTM yang berjaya dalam karier mereka.


Atas: YB.Datuk Masidi, YDP Alumni sedang berucap semasa majlis makan amal baru-baru ini.


Atas: YB.Datuk Masidi sedang mencuba produk yang dipamerkan di luar dewan makan disalah sebuah hotel di Kota Kinabalu.



Atas: AJK Alumni UiTM Sabah 2010 (penulis blog no. 3 duduk dari kiri)bergambar dengan YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman, Ketua Menteri Sabah selaku penaung persatuan.


Atas: Antara persembahan pada malam Annual Dinner


Atas: Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah sedang berucap dalam majlis makan malam Alumni UiTM Sabah.


Atas: Antara tetamu kehormat yang berada di pentas semasa acara penyampaian sumbangan Alumni kepada anak-anak yatim dan juga pelbagai pihak (dari kiri: Puan Sitti Bahaya Hj Damsal-Pengerusi Penganjur Majlis makan tahunan 2010, En. Azhar bin Datuk Hj Matusin-Timbalan YDP Alumni, YB Datuk Masidi Manjun-YDP Alumni, YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman-Ketua Menteri Sabah merangkap Penaung Alumni, Dato Prof Ir Dr Sahol Abu Bakar Hamid-Naib Canselor UiTM Malaysia)


Atas: Antara tetamu khas yang sudi hadir.


Atas: Pentadbir UiTM Shah Alam dan Sabah turut hadir (dari kiri: Prof Madya Dr Hj Abdul Kadir (Timbalan Pengarah UiTM Sabah, Prof. Madya Datuk Dr. Worran Hj Kabul (Pengarah UiTM Sabah), Hj Arif (AJK Alumni) dan Dato Prof Ir. Dr. Sahol Abu Bakar Hamid (Naib Canselor UiTM Malaysia).

-

27 April 2010

GALERI FOTO DINNER ALUMNI UiTM SABAH-PART 2


-

Kota Kinabalu:-

-


Kira-kira 600 orang telah menghadiri majlis makan tahunan anjuran Persatuan Alumni UiTM Sabah bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di bandaraya Kota Kinabalu baru-baru ini. Turut hadir ialah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Penaung Persatuan Alumni UiTM Sabah, YB. Datuk Masidi Manjun, Yang DiPertua Persatuan Alumni UiTM Sabah, beberapa menteri Sabah, Pentadbir UiTM Shah Alam dan UiTM Sabah.

-


Antara acara pada malam itu ialah persembahan nyanyian artis tempatan Sabah, tarian tradisi, penyampaian sumbangan komputer kepada RAY Tambunan serta cabutan tikit bertuah.

-


Atas: Penyambut tetamu berbaris menanti ketibaan tetamu kehormat.

Atas: Para penyambut tetamu bersiap siaga menyambut Ketua Menteri
Atas: Alumni UiTM turut bersedia menyambut kedatangan Ketua Menteri


Atas: Akhirnya tetamu kehormat, YAB Datuk Musa Aman, Ketua Menteri Sabah muncul kira-kira jam 7.40 PM

Atas: Ketua Menteri bersalaman dengan ahli alumni

Atas: YB Datuk Masidi Manjun, Yang Di Pertua Persatuan Alumni UiTM Sabah menyerahkan tabung pendidikan pelajar UiTM Sabah yang kurang mampu, kepada Datuk Worran Hj Kabul, Pengarah Kampus UiTM Sabah.
Atas: YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman bersalaman dengan AJK Persatuan Alumni UiTM Sabah.
Atas: Salah satu persembahan dalam majlis makan Persatuan Alumni UiTM Sabah.
Atas: Penyanyi kecil turut ini mempersembahkan nyanyiannya pada malam itu.
Atas: Pemenang cabutan nombor bertuah menerima hadiah TV (flat screen) 32 inci dari YB. Datuk Masidi Manjun. Sementara itu pengacara Suria FM, Otho turut menyerikan majlis dengan telatah lucunya semasa mengacarakan persembahan hiburan.
Atas: Pemenang cabutan nombor bertuah pada malam itu sedang menerima hadiahnya (tikit penerbangan MAS pergi dan balik dari Kota Kinabalu-Kuala Lumpur), dari YB. Datuk Masidi Manjun
Atas: YDP Persatuan Alumni UiTM Sabah, YB Datuk Masidi Manjun bergambar dengan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan yang diketuai oleh Abdul Gaffar bin Abdul Rahman.
Atas: Ahli alumni bersama-sama dengan Professor Datuk Dr. Worran Kabul (no. empat dari kiri), Pengarah UiTM Sabah dan Prof. Madya Dr. Abdul Kadir Rosline, Timbalan Pengarah.
Atas: Ahli Alumni bersama dengan Naib Canselor UiTM Shah Alam
Atas: AJK Alumni (dari kiri): Abdul Aziz Hj Salleh, Hj Badaruddin, Hj Ismail (Pensyarah UiTM), Janis Abdullah dan Prof Madya Dr Abdul Kadir Rosline (Timbalan Pengarah UiTM Sabah)
-

31 March 2010

KURSUS PENGURUSAN MASJID

-
Per: Kursus Pengurusan Masjid & Surau
Tarikh: 29-31 Mac 2010
Tempat: Talent Enhancement, UKM Bangi Selangor
-
Bangi Selangor:- Sekali lagi saya dihantar berkursus mengenai Pengurusan Masjid dan Surau pada 29-31 Mac 2010. Banyak perkara yang telah dipelajari. Antaranya, penyediaan rekod kewangan, penilaian kakitangan menurut KPi masing-masing, komunikasi berkesan dan pelbagai lagi.

Atas: Trainer dan fasilitator turut bergambar untuk kenangan.
Atas: Sebahagian dari peserta

Atas: Beberapa peserta kursus
-

24 March 2010

CONSIDER FORTUNE TELLER? READ THIS..

-
LARANGAN BERJUMPA DENGAN TUKANG TILIK!
-
"The Salaah (daily prayer) of whoever approaches a fortune-teller and asks him about anything will not be accepted for forty days and nights." [Reported by Hafsah and collected by Muslim in Sahih Muslim (English Trans.), vol. 4, p. 1211, no. 5440).]
-
Not only is the practice of astrology Haraam as mentioned in my other articles also, but also visiting an astrologist and listening to his predictions, buying books on astrology or reading one’s horoscope are also forbidden! Since astrology is mainly used for predicting the future, those who practice it are considered fortune-tellers. Consequently, one who seeks his horoscope comes under the ruling contained in the Prophet (sallallahu `alayhi wa sallam) above statement.
-
If, however, one believes in the predictions of their horoscope, whether spoken by an astrologist or written in books of astrology, he falls directly into Kufr (disbelief) as stated by the Prophet (sallallahu `alayhi wa sallam)
-
"Whoever approaches an oracle or fortune-teller and believes in what he says, has disbelieved in what was revealed to Muhammad."
[Reported by Abu Hurayrah and collected by Ahmad and Abu Daawood (Sunan Abu Dawud (English Trans.), vol. 3, p. 1095, no. 3895).]
-

AJK KELAS AL-QURAN DI SURAU TMN KEMAJUAN LIKAS

-

Alhamdulillah, pelajar pertama kelas mengaji di surau Taman Kemajuan Likas telah selesai mengikuti majlis khattam awal tahun ini. Kini pelajar yang sama meneruskan bacaan mereka dengan penambahan enam lagi pelajar baru. Kebanyakkan pelajar baru ini adalah mualaf. Dan sekali lagi AJK pengelola kelas ini dilantik dengan mengekalkan Puan Hajjah Kasmah Hasbullah sebagai ketua sementara AJKnya ada yang baru. Berikut adalah AJK baru yang akan mengelola kelas ini dari mula sehingga khattam.
-

1. Kasmah Hasbullah (Ketua)
2. Rahinah Lopog

3. Julia Ambalau
4. Asmah Hj Gadur
5. Fatimah Salan
6. Hjh Natra Datuk Arif
7. Hjh Maimona
8. Hjh Zainah
9. Hjh Rohani

-
Diharap AJK di atas dapat mengelola kelas ini dengan sempurna mengikut kemahuan dan keupayaan kumpulan.
-

JENGGO ABDULLAH MENINGGAL DUNIA

-

Kg Patau Tambunan, Mac 2010:-

Apabila Allah mengambil semula nyawa makhluk ciptaannya maka Allah akan melakukannya dengan sekelip mata tanpa bertangguh walau sesaat. Pendek kata masa ajal seseorang adalah 'precise'. Demikianlah sebuah kesah yang berlaku kepada keluarga Jenggo Abdullah dimana beliau menemui ajalnya dalam kemalangan jalan raya di Kampung Kinabaan Tambunan. Kesemua mereka seramai empat orang menaiki sebuah lori mini yang dipandu oleh Rijoh Araman. Mereka terdiri dari Rijoh Araman (pemandu), Jenggo, Isterinya dan anak buah Jenggo. Mereka dalam perjalanan dari Kampung Sunsuron menghala ke Patau. Setibanya di jambatan sungai Sunsoron, lori yang mereka naiki hilang kawalan di satu selekoh lalu terhentak masuk ke parit konkrit. Hentakan itu menyebabkan lori itu terbalik dan kepala lori itu menghala semula ke Kampung Sunsoron.

Menurut seorang saksi yang kebetulan tinggal di Kampung Kinabaan, kesemua penumpang terhumban keluar bertaburan dari kenderaan. Saksi itulah yang bertanggung-jawab menelefon polis. Menurutnya lagi, beliau melihat salah satu penumpang cedera parah dan mungkin itulah yang bernama Jenggo Abdullah. Saksi itu sempat bertanya kepada salah satu mangsa dan diberitahu bahawa kesemua mereka berasal dari Kampung Narayat dan Patau.



Atas: Janis Abdullah (batik hijau) cuba menenangkan keadaan sambil memberitahu tentang kedudukan jenazah Jenggo yang perlu diurus oleh penduduk Islam di kampung Patau.

Atas: Janis Abdullah memberi taklimat kepada keluarga mangsa mengenai cara pengurusan jenazah.

Atas: Keluarga mangsa yang turut bersedih dengan pemergian keluarga mereka.

Atas: Lori menjunam dalam parit ini lalu bahagian kepala lori terhentak dengan kuatnya konkrit parit.


Atas: Lori ini baru dibeli oleh pemiliknya dan kelihatan nama pemilik asalnya belum ditukar lagi.

Atas: Lihat kesan roda kenderaannya di atas rumput yang tidak dapat dikawal.


Atas: Keadaan lori yang terpusing menghala semula ke Sunsuron.

Atas: Satu lagi pandangan dari sudut sebelah kiri.


Atas: Bahagian tayar dibelakang patah.

Atas: Bahagian depan lori

Atas: Pandangan dari sudut hadapan lori.


Atas: Pandangan kerosakan kenderaan dari sudut yang lain.

-