Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

31 May 2010

KURSUS HAJI 2010 DI MASJID NEGERI SABAH

Kota Kinabalu Sabah:-

Lebih 300 orang sedang mengikuti kursus haji di Masjid Negeri Sabah. Kursus ini mempunyai 17 siri termasuk amali. Kursus ini dinajurkan oleh Masjid Negeri Sabah dengan kerjasama Tabung Haji. Menurut encik Janis Abdullah, pengerusi penganjur tahun 2009 dan 2010, tujuan kursus ini adalah memberi kefahaman kepada bakal-bakal haji mengenai cara yang betul mengerjakan ibadat haji.
-
Antara penceramah undangan ialah Tuan Ustaz Hj Muchlish Ali Kassim, Ust. Hj Sahuddin, Ustazah Zubaidah Jammadi. Penceramah ini bukan sahaja berpengalaman dalam memberi ceramah malah sering mengikuti jemaah ke tanah suci sebagai pegawai petugas. Antara topik ceramah ialah cara-cara mengerjakan haji dan umrah, dam, rukun haji, masalah wanita, isu kesihatan semasa di tanah suci dan sebagainya. Kursus ini telah berjalan kira-kira dua bulan yang lalu dan dijangka berakhir pada hujung bulan Jun tahun ini.
Atas: Peserta wanita
Atas: Peserta wanita
Atas: Peserta lelaki
-

No comments:

Post a Comment