Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

25 May 2010

USIA PATAU SELESAI ADAKAN MESYUARAT AGUNG 2010


-
Kg Patau Tambunan:-
-
Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) cawangan Kampung Patau Tambunan telah selesai mengadakan mesyuarat agungnya baru-baru ini. Semasa mesyuarat agung, pelbagai aktiviti telah dirancang pada tahun ini. Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah memperhebatkan kelas-kelas fardu ain yang telah pun berjalan rancak kira-kira tiga tahun yang lalu.
-
Aktiviti yang melibatkan kaum wanita dan kaum ibu menjadi fokus utama. Kekuatan dakwah islamiah mesti banyak melibatkan wanita kerana sokongan yang kuat dalam kalangan masyarakat kampung banyak bergantung kepada penyertaan kaum wanita.
-
Akhir-akhir ini, banyak aktiviti yang berjaya dilaksanakan adalah kerana kekuatan peranaan dan ukuwah kaum wanita. Umpamanya wanita Kg Patau berjaya menjadi johan dalam pertandingan nasyid peringkat daerah baru-baru ini. Kaum wanita juga berjaya membuka kelas muqaddam dan al-Quran dan kini terdapat pelajar yang sudah boleh membaca Al-Quran.
-
Sehubungan dengan ini, USIA Patau terus memberi sokongan kepada wanita USIA Patau untuk terus aktif mengangkat martabat islam khususnya di Patau.
-
Aktiviti lain termasuk seminar dan sambutan jubli emas kemasukan islam di Kampung Patau. Islam mula bertapak di Kampung Patau pada tahun 1930.
-
Atas: Janis Abdullah

Ketua Cawangan

Atas: Ahmad Thadzuddin bin Mohd Ali
Timbalan Ketua Cawangan

Atas: Dr Juanis Yajuni

Naib Pengerusi

Atas: Ust Suhaidi Awang Damit

Setiausaha

Atas: Abdul Rahman Maidin

Bendahari

Atas: Johari Awang Damit

Ketua Penerangan

Atas: Mohd Yasin bin Yunus

Ketua Belia

Atas: Norfadilahwana binti Kulinog
Ketua Wanita

Atas: Rodny Robert

AJK Cawangan


Atas: Siti Zubaidah Binti Abdullah

AJK Wanita

Atas: Sajiri Mohd Ali

AJK Belia

Atas: Sebahagian dari AJK yang sempat bergambar selepas mesyuarat agung
-

No comments:

Post a Comment