Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

23 February 2011

BILA CERAMAH DISELITKAN UNSUR NEGATIF...

-
Sekadar menjana pemikiran strategik

Seringkali kita mendengar keluhan umat islam terutama jemaah masjid dan surau-surau kerana isi kutbah jumaat dan ceramah lebih banyak tertumpu kepada menyindir, mencemuh atau memperlekehkan kewibawaan orang lain dan membelakangi unsur-unsur atau isi kandungan yang memotivasikan, mendidik, menerapkan nilai-nilai murni, berunsurkan perpaduan dan persaudaraan, menaikkan semangat kesukarelaan dan menerapkan sikap keikhlasan serta menerapkan pendidikan melalui saikologi.

-


Kata mereka lagi, isi kandungan ceramah yang mendatar dan isinya yang hampir sama sebulan yang lalu (tidak ada peningkatan isi dan kualiti) atau isi kandungan ceramah yang diada-adakan ini salah satu penyebab umat islam berfikiran 'statik' dan tidak ada peningkatan ilmu. Lebih malang lagi, mereka tidak berminat mendengar ceramah kerana alasan yang sama. Kata mereka lagi, isi ceramah dan kutbah yang mendatar (membosankan) atau tidak berasaskan fakta terkini (fakta yang ketinggalan zaman) tidak mampu menyatu-padukan ummah dan gagal menabur benih keikhlasan di negara kita. Ketiadaan ceramah yang berkualiti boleh menyebabkan pendidikan agama islam tidak sampai ke akar umbi. Ceramah tidak lagi dapat menyentuh hati umat islam kerana penyampaiannya tidak berkualiti. Samalah dengan kita mempunyai sejenis 'produk' yang baik tetapi tiada yang membelinya kerana cara dan kaedah 'memperagakannya' tidak menarik. Implikasinya, gejala negatif melanda umat islam. Umat islam kehilangan nilai-nilai murni, sikap bertolak-ansur dan sikap kesederhanaan. Umat islam menjadi angkuh, sombong, bongkak, celupar dan suka memperlekehkan orang lain.

-

Mungkin kenyataan ini tidak betul jika dipandang dari satu sudut sahaja. Benarkah ini berlaku? Soal betul atau salah bukan perkara utama tetapi sekadar 'menjana pemikiran strategik'. -

-

1 comment:

  1. Saya pun pernah mendengar ceramah yang berjela-jela dan berapi-api tetapi isi kandungannya sedikit. Lebih banyak yang ditambah-tambah yg berunsur cerita lama yang diulang-ulang dari surau ke surau dan dari masjid ke masjid. Tidak kurang juga yang menjatuhkan personaliti orang lain. Sindirannya tajam yg boleh menyebabkannya tahapnya menjadi pengumpat halal di masjid-masjid dan surau. Banyak memuji diri sendiri dan anak-anaknya. Bolehkah kita kategorikan ini sebagai riak?

    ReplyDelete