-
Saya terdengar satu kenyataan/cerita dari ustaz beberapa hari yang lalu. Katanya "Tafsiran ayat Quran yang dibuat oleh orang yang tidak bersekolah agama (secara formal) tidak akan atau tidak boleh diterima walau pun tafsirannya betul". Betulkah? Lalu saya bertanya "Dan bagaimana dengan buku tafsiran Pak Hamka?", katanya "sama" kerana Pak Hamka tidak bersekolah agama. Kenyataan ini sudah berkali-kali saya dengar dari mulut ustaz ini. Lalu, hati kecil saya bertanya, "Loh..bagaimana dengan umat Islam yang belajar agama melalui ceramah, kuliah magrib dan subuh dan bagaimana pula kalau berguru dengan isteri atau suaminya yang jauh lebih tinggi kelulusan pendidikan agamanya dari ustaz yang mengeluarkan kenyataan?".
-
Saya pasti pengalaman ustaz ini diawal usianya (baru keluar/lulus dari kolej islam) juga pada ketika itu masih kurang. Dan untuk menambah pengalamannya, pastinya ustaz ini belajar atau merujuk kepada buku-buku islam yang ditulis oleh orang lain. Pak Hamka juga pastinya banyak membaca buku-buku islam yang membolehkannya memahami ajaran Islam dan menulis buku. Kan ada persamaanya tu. Jadi, soalnya kenapa memperlekehkan kewibawaan ilmu orang lain? Apakah dengan mengeluarkan kenyataan diatas maka 'lesen' memperlekehkan orang lain bertambah mahal nilainya dan sekali gus mengekalkan atau memartabatkan lagi 'authority'nya mengenai hak mentafsir agama mengikut pandangannya dan menidakkan pandangan orang lain walaupun betul? Atau.. ada niat lain barangkali atau...memperlekehkan ilmu anak muridnya sendiri.
-
Kalau macam tu... nanti saya suruh ustaz tafsir mengenai kejadian langit dan bumi mengikut ilmunya. Kita juga minta ustaz tafsir proses fotosintesis, potasium bikabonate, sodium kloride dan hidrogen okside. Ini pun ilmu Islam juga. Sesekali kita kena uji juga kehebatan ilmu ustaz mengenai sains kerana saintis tidak mentafsir kejadian sains dalam Al-Quran. Kita juga mau tengok ustaz terjemah Quran dalam bahasa bajau atau lain2 bahasa tempatan.
ReplyDeleteUstaz komen macam itu supaya lesennya bertambah mahal supaya beliau sahaja yg balik-balik dipanggil memberi ceramah. Hari ini ceramahnya mengenai Quran. Esok pula mengenai Qurban. Lusa pula mengenai hukum hakam. Tulat mengenai hudud. Hari Jumaat, beliau kutbah. Berceramahlah dia dari surau ke surau dan dari masjid ke masjid. Laris dijemput tapi hampir kesemua ceramah ini isinya hampir sama lalu diselitkan isi yg bunyinya sama saja iaitu "orang yg tidak sekolah agama kalau mentafsir Quran tidak akan diterima walau pun betul". Sebenarnya, Quran tidak perlu ditafsir sudah kerana ulama yg hebat2 dari ustaz ini sudah mentafsirnya lebih dulu lagi dan kita terima sajalah tafsirannya. Jadi untuk apa lagi kita tafsir semula? Ustaz yg satu ini cuba pula highlight benda yg sudah lama ditafsir untuk menaikkan harga lesennya mengaut 'fulus'. Kalau bab 'fulus' hebat ustaz ini. Bolehkah kita jemput ustaz yg macam ini berceramah tanpa bayar fulus ah...? Bagus juga artikel ini dapat mengetuk hati ustaz yg merasakan dirinya saja hebat.
ReplyDeleteBetul tu, buat apa lagi mau tafsir baru. Ulama tersohor telah banyak mentafsir Quran dan kini di'copyright' oleh penceramah kita. Ustaz-ustazah kita pun ambil tafsiran dari ulama lain. Malah dioranglah yg paling banyak menyadur dari orang lain tetapi mereka tidak dikenakan akta 'copyright'.
ReplyDeleteApakah graduan universiti yg tidak mengambil jurusan agama dikira sebagai tidak mempunyai pendidikan formal, sedangkan salah satu subjek di Universiti itu ialah pendidikan islam? Bahkan setiap semester mesti lulus dalam subjek pendidikan islam kalau tidak pelajar itu tak akan memperolehi diploma atau ijazahnya. Malah wajib duduk semula peperiksaan sehingga lulus. Sama juga pendidikan islam yg diperolehi di sekolah rendah dan menengah. Apakah mereka ini dikira sebagai tidak mempunyai pendidikan islam secara formal? Minta ustaz itu jawab soalan ini dulu.
ReplyDelete