WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
KEPADA PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM & STPM 2016, SELAMAT BERJUANG MOGA-MOGA MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

02 October 2009

JOM PUASA ENAM DIBULAN SYAWAL

Soalan:-
-
Adakah boleh puasa sunat Syawal sebelum qadha Ramadhan?
-
Jawapan:
-
Ulama berbeza pendapat dalam hal ini kepada dua pendapat utama :
-
1. Harus puasa enam sebelum puasa qadha Ramadhan. Ini pendapat jumhur ulama sama ada secara mutlak mahupun dengan pendapat yang memakruhkan perbuatan seperti ini.
-
Ulama Hanafi mengharuskan puasa sunat sebelum qadha Ramadhan kerana qadha itu tidak wajid secara segera tapi wajib "Muwassa" atau (mengikut masa yang sesuai kepada orang yang mahu mengqadha puasa berkenaan). Ini juga pendapat Imam Ahmad dalam satu riwayatnya.
-
Adapun ulama mazhab Maliki dan Syafi'i mereka berpendapat harus tapi makruh kerana melambat-lambatkan yang wajib kerana sibuk menunaikan yang sunat.
-
2. Haram puasa sunat sebelum mengqadha puasa Ramadhan. Ini salah satu pendapat mazhab Hambali.
-
Pendapat yang sahih ialah harus berpuasa sunat sebelum mengqadakan puasa wajib kerana waktu qadha' itu tidak semestinya segera tetapi bersifat muwassa' atau mengikut kesesuaian masa mengqadha' ibadah berkenaan.
-

No comments:

Post a Comment