Tambunan, Kg Bambangan:-
-
Seramai 12 keluarga mualaf, orang miskin dari Kampung Bambangan Patau Tambunan, telah menerima sumbangan sedekah dari umat Islam yang prihatin yang mana sumbangan ini diamanahkan kepada Janis Abdullah, Ketua Cawangan USIA Kg Patau, untuk menyampaikannya.
Terdahulu dari itu, umat Islam berkumpul di surau Kg Bambangan seawal jam 4 petang untuk menunaikan solat Asar dan seterusnya solat berjemaah Magrib dan Isyak bersama rombongan USIA dari Kg Patau Tambunan yang diketuai oleh Janis Abdullah.
-
Umat Islam Kampung Bambangan tidak ramai kerana Islam baru sahaja bertapak di Kampung tersebut kira-kira 5 tahun yang lalu. Jumlah umat Islam semakin bertambah atas usaha pihak tertentu membantu menyebarkan dakwah mengenai Islam.
Atas: En Janis memberi tazkirah kepada umat Islam Kg Bambangan Patau Tambunan
Atas: Solat berjemaah Magrib dan Isyak
Atas: Janis Abdullah menyampaikan amanah dari pemberi sedekah untuk disampaikan kepada umat Islam yang memerlukan.
Atas: Amanah orang (terutamanya pemberi sedakah) perlu disampaikan
Atas: Penyaluran sedekah ini menjadi rutin sebagai satu usaha menunaikan tanggung-jawab yang diamanahkan.
Atas: Sumbangan ikhlas dari para penderma sangat memerlukan komitmenyang tinggi untuk menyampaikannya kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Atas: Kelihatan seorang wanita menerima sedekah bagi pihak suaminya yang tidak dapat datang
Atas: Seorang lagi penduduk miskin yang mewakili suaminya yang tidak dapat hadir.
Atas: Anak ini pula wakil dari ayahnya yang tidak dapat hadir.
Atas: Mualaf menerima sumbangan berupa sedekah dari penderma yang prihatin dan disampaikan melalui Janis Abdullah, selaku Ketua Cawangan USIA Kg Patau.
Atas: Antara penduduk Islam Kampung Bambangan Patau Tambunan yang turut hadir di surau Kg Bambangan untuk mendengar tazkirah dan seterusnya menyaksikan penyampaian sedekah
-
No comments:
Post a Comment