WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
KEPADA PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM & STPM 2016, SELAMAT BERJUANG MOGA-MOGA MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

09 October 2009

'ALLAH' BUKAN BAHASA BIBLE

Pada bulan Ramadhan 2009 yang lalu, saya telah diamanahkan memberi ceramah secara 'bidan terjun' di Masjid Negeri Sabah bagi menggantikan penceramah dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang tidak dapat datang. Mujur sekali saya mempunyai bahan dalam bentuk 'power point' bertajuk 'sejarah penurunan kitab-kitab'.

Dalam ceramah berkenaan, saya telah memulakan perbincangan mengenai sejarah penurunan suhuf kepada Nabi Ibrahim diikuti dengan suhuf-suhuf yang lain. Suhuf Nabi Ibrahim ditulis dalam bahasa Chaldean. Hari ini bahasa ini telah pupus. Kemudian turun kitab Taurah dalam bahasa Aramic/Hebrew. Juga bahasa ini hampir pupus. Setelah Taurah, Allah turunkan kitab Zabur dalam bahasa Hebrew/bahasa Mesir, diikuti oleh kitab Injil yang berbahasa Hebrew kemudian Al-Quran dalam bahasa Arab. Dalam Al-Quran nama Tuhan ialah 'Allah'. Dalam Hebrew nama Tuhan 'El' seperti tulisan berikut:
Perkataan Allah dalam bahasa arab tidak sama dengan Tuhan dalam bahasa Hebrew yang berbunyi 'EL' sahaja seperti di atas. Jadi kenapa Bible tidak gunakan 'EL' sahaja sebagai panggilan nama Tuhan mereka? Dalam Al-Quran, apa sahaja terjemahan bahasa hampir kesemuanya akan menggunakan perkataan 'Allah' sebagai nama Tuhan iaitu nama dalam bahasa arab iaitu bahasa asal Al-Quran diturunkan.

Untuk jelasnya sila baca penerangan di bawah. Semoga kita sama-sama mendapat gambaran yang lebih jelas.

ALLAH: BUKAN BAHASA BIBLE

Isu berkenaan tuntutan pihak Kristian terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka masih lagi hangat diperkatakan. (Rujuk The Sun,Ruangan Herald The Catholic Weekly ) Pihak yang menuntut mendakwa bahawa kalimah Allah ialah terjemahan dari bahasa Inggeris yang mengunakan kalimah God di dalam bible Versi English mereka. Sekiranya tuntutan ini dipenuhi kita akan melihat di dalam bible Kristian ayat-ayat berbunyi seperti berikut:-

“Engkau adalah Messias anak Allah yang hidup “ (Matius 16 : 16)

“..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Allah.” ( Matius 27 : 43 )
“ Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera dari Allah, bapa kita dan dari Tuhan Yesus (Jesus) Kristus". (Galatia 1 : 3)

Banyak lagi ayat-ayat lain yang tidak perlu diperincikan di sini. Jelasnya, dalam menangani isu ini, kita perlu merujuk kembali kepada fakta sebenar. Iaitu, apakah bahasa asal penulisan kitab Taurat dan Holy Bible?

Berdasarkan fakta, bahasa asal kitab Taurat adalah bahasa Hebrew manakala bahasa yang digunakan oleh St. Paulus (St. Paul) atau Sahul bagi 'penulisan semula' kitab Holy Bible ialah bahasa Greek. Walhal, bahasa asal kitab bible (injil) ialah Hebrew. Kalimah tuhan dalam bahasa Hebrew ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yahweh.


Menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27 : 46 yang menyebut :

Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: “Eli,Eli, lama sabakhtani?”Ertinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku? atau "Ilahi, Ilahi, kenapa Engkau membiarkan Aku?” atau terjemahan dalam bahasa inggeris "Lord, Lord, why did you abandon me?"
Manakala di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud tuhan ialah Theos. Orang-orang Rom yang menyembah Tuhan yang disepakati oleh mereka sebagai Tuhan yang sebenar memanggil Tuhan ini sebagai Hotheos. Manakala sekiranya ada di kalangan mereka yang menyembah Tuhan palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tontheos. Perhatikan! Bagi kedua-dua bahasa yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun yang menyebut kalimah Allah. Sesetengah sarjana Kristian menyatakan bahawa alasan yang paling kukuh bagi mereka untuk dibenarkan penggunaan kalimah Allah ialah berdasarkan penggunan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Arabic. Sememangnya diakui kalimah Allah digunapakai di dalam Bible berbahasa Arab. Bible versi bahasa Arab tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi Alkitab Al-Muqaddas. Begitu juga Bible berbahasa Melayu yang menggunakan nama yang sama? Di dalam terjemahan Bible bahasa Melayu mereka menamakannya sebagai Al-kitab berita baik.*

Perlu dinyatakan bahawa kalimah Allah wujud di dalam Bible bahasa Arab adalah kerana sesetengah Kristian Arab (seperti Syria, Mesir dan lain-lain) yang wujud sebelum kedatangan Islam meyakini konsep Unity (Keesaan Allah). Ia berbeza sama sekali dengan konsep Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini termasuk mereka yang terlibat dengan tuntutan isu kalimah Allah ini. Maka hujah yang dijadikan sandaran sebagai alasan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak masuk akal kerana golongan Kristian Trinity sendiri mengkafirkan golongan Kristian Unity. Terdapat juga sarjana mereka yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan sekali-kali timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada penterjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan adalah terjemahan dari kalimah Lord.

Pandangan mereka ini juga mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible mereka. Persoalannya, apakah perbezaan antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian? Sekiranya mereka mendakwa bahawa Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam syurga maka mereka perlu mengetahui bahawa ayat yang akan dinyatakan di bawah ini membuktikan bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja! Perhatikan di dalam The Gospel Of St. Mark 12:29 menyebut :

Jawab Jesus : “Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa”

Saya bertanya kepada orang-orang Kristian, siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah Nabi Isa? Tidak! Lafaz Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata. Sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan oleh sarjana mereka bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Nabi Isa! Sekiranya mereka berhujah dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan kalimah Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa, iaitu seperti dinyatakan di dalam The Gospel Of St.Matius 16:22 yang menyebut :

Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya :“Tuhan, (Jesus) semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu”. Maka mereka perlu menyelesaikan dahulu percanggahan di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu adalah Nabi Isa sahaja ataupun Tuhan juga adalah Allah! Di samping itu, kita juga tidak lupa untuk menyeru agar mereka memerhatikan kata-kata Jesus sendiri terhadap keesaan Allah. Perhatikan The Gospel Of St.John 20:17 yang menyebut :

Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu.”

Dalam The Gospel Of St. Matthew 22:37menyebut: Jawab Jesus kepadanya: “Kasihilah Tuhan Allahmu dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan segenap akal budimu. Dalam erti kata lain Nabi Isa bukannya Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Nabi Isa sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah!

KESIMPULAN

1.  Allah bukan bahasa bible (injil), sufuf-suhuf dan kitab-kitab lain selain Al-Quran.
2. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah yang diwartakan menerusi keputusan kabinet yang bersidang pada 16 Mei 1986 adalah amat wajar. Empat perkataan dikhususkan hanya buat umat Islam dan sama sekali tidak dibenarkan penggunaannya oleh Non Muslim iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah.
3. Sesetengah negeri pula contohnya Selangor, telah menambah lagi beberapa perkataan yang dianggap mengelirukan sekiranya digunakan oleh Non Muslim.
4. Kerajaan Malaysia telah pun mengeluarkan fatwa melarang non-muslim menggunakan kalimah Allah dalam apa juga bentuk tulisan keagamaan mereka khusunya kitab bible. (Rujuk: Muzakarah Kali Ke-82, Tarikh Keputusan : 5 Mei 2008).

Jelaslah di sini kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim yang bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat apabila terminologi yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.
.

6 comments:

  1. Semoga penganut berkenaan sedar akan kebenaran artikel ini. Kepada penganut Kristian, harap jangan emosi sangat kerana ada komen mengenai Jesus. Sebaliknya fikirkan kerana kami pun sayang dengan Nabi Isa macam kamu sayang Jesus.

    ReplyDelete
  2. Yg Dr Asri tak setuju tu kenape? Dr Asri mau Allah digunakan dalam bible. Kitaorang semakin confused la.

    ReplyDelete
  3. Dr Asri tu bukan ulama yg mahir dalam semua bidang.Cakap dulu sebelum buat kajian .Banyak artikle yang saya baca artikle ini yang releven.Niat nasrani hanya untuk kucar kacirkan umat"YAHUDI DAN NASRANI ITU TIDAK AKAN REDO KEPADA KAMU SEHINGGALAH KAMU IKUT AGAMA MEREKA"

    ReplyDelete
  4. Kalimah(Lafzul Jalalah) Allah bukan milik kita tetapi milik Allah. Apabila Nabi Muhammad diutuskan,ajaran kitab-kitab sebelumnya termansuh.Jadi biarlah Kristian nak menggunakan Kalimah Allah asalkan yang di maksudkan Allah yang Esa. Sekurang-kurangnya mereka terima ajaran Nabi Muhammad pada Kalimah Allah. Jikapun mereka ada perancangan jahat di sebaliknya, kita yakin "wamakaruu wamakarallah, wallahu khairal makirin.."

    ReplyDelete
  5. Betul, kalimah Allah milik Allah sebab itu mana2 agama yang tidak mengesakan Allah maka tuhan mereka bukan Allah yang Maha Esa tetapi tuhan yang beranak. Inikan jelas tidak sama.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana membaca walaupun tidak kesemuanya bersetuju terutamanya 'non-muslim'.

    ReplyDelete