Topik kali ini yang dibincang ialah mengenai 'The secret of Iftirash'. Saya dah banyak memperkatakan perkara ini melalui ceramah asas saya di mana-mana saya berkunjung. Semasa solat duduk antara dua sujud, kita membaca 'Robbigfirli, Warhamni, Waj-burni, Warfa'ni, Warzuqni, Wahdini, W'aafini, wa'fu-an-nii'. Kita melafazkan doa memohon 8 perkara iaitu, 1. Ampun 2. Rahmat 3. Cukupkan (segala kekurangan) 4. Darjat 5. Rezki 6. Petunjuk 7. Afiat (kesihatan) 8. Maaf. Jika 8 perkara ini Allah kurniakan kepada kita maka kita tak perlu lagi yang lain di dunia ini (tak tahulah kalau ada permintaan kita yang tidak termasuk dalam 8 permintaan ini) atau mungkin ada permintaan yang lain daripada ini. Bagi saya, selain daripada 8 perkara ini yang lain adalah permohonan kecil (minor request).
.
Ada kawan saya bertanya, "Tuan, saya belum khawin lagi jadi saya mohon jodoh", katanya.
.Saya jawab, "Khawin itu termasuk dalam 'rezki' ". Dia angguk tersipu seketika sambil memerhatikan gambar rajah di bawah yang saya selalu tayangkan melalui LCD. Kawan ini tersenyum.
.
Mari kita lihat kepentingan setiap permohonan doa iftirash. Katakanlah semua doa dimakbulkan iaitu Rahmat, Cukupkan yang kurang, dapat darjat, dapat rezki yang melimpah ruah, dapat petunjuk, sihat tubuh badan, sudah minta ampun tetapi Allah tak maafkan dosa maka permohonan kita tak lengkap. Begitu juga kalau semua kita dapat kecuali kesihatan, tak bahagia juga hidup kita di dunia ini. Dan begitulah seterusnya... semua dapat kecuali tak dapat petunjuk pun kita khuatir kita akan sesat dan terpedaya sentiasa.
Atas: Untuk mengingatkan kelapan-lapan permohonan itu, saya telah ringkaskan dengan menggunakan singkatan yang mudah dihafal iaitu ARC, DR, PAM atau -(ARC : semicircle), (DR=Singkatan Doktor), (PAM=Persatuan Arketik Malaysia). Dengan singkatan ini saya mudah mengingat urutan doa antara dua sujud seperti berikut:
.A - Ampun
R - Rahmati
C - Cukupkan
.D - Darjat
R - Rezki
.P -Petunjuk
A - Afiat
M - Maaf
(Lihat gambar rajah di bawah).
.
Moga-moga kita dapat menghayati pengertian ini dalam setiap kali solat. Sangat rugi kalau tak baca dengan habis dengan bacaan yang teliti serta sebutan yang betul secara bertajwid. Seperti juga bacaan dalam solat yang lain, saya anggap semuanya penting dibaca secara bertajwid. Jangan terlalu cepat sangat sujud sedangkan mengikut 'average speed' bacaan, tidaklah selaju seperti beberapa jemaah yang tergesa-gesa melakukan sujud sedangkan bacaan doa ini belum sempurna. Kalaulah berlaku sujud seperti 'patuk ayam' rasanya sangat-sangat rugi kerana doanya tak lengkap ataupun tak tertil dari segi bacaan. Inilah salah satu hikmatnya rukun 'tomaninah' dalam solat.
.Moga-moga kita dapat menghayati pengertian ini dalam setiap kali solat. Sangat rugi kalau tak baca dengan habis dengan bacaan yang teliti serta sebutan yang betul secara bertajwid. Seperti juga bacaan dalam solat yang lain, saya anggap semuanya penting dibaca secara bertajwid. Jangan terlalu cepat sangat sujud sedangkan mengikut 'average speed' bacaan, tidaklah selaju seperti beberapa jemaah yang tergesa-gesa melakukan sujud sedangkan bacaan doa ini belum sempurna. Kalaulah berlaku sujud seperti 'patuk ayam' rasanya sangat-sangat rugi kerana doanya tak lengkap ataupun tak tertil dari segi bacaan. Inilah salah satu hikmatnya rukun 'tomaninah' dalam solat.
Amalan menegakkan ibu jari kaki kanan juga sangat baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Urat saraf di hujung ibu jari kaki, mengikut urutan reflexology, berhubung terus dengan saraf otak sebab itu jika kepala sakit maka hujung ibu jari kaki terasa sakit bila diurut atau dipicit. Ini menandakan kepala kita sakit atau pening. Amalan menegakkan ibujari kaki (bagi yang sihat atau mampu) insyaa Allah dapat merawat kesakitan dibahagian kepala (otak). Begitu juga posisi sujud sangat baik untuk otak dan saraf utama yang lain kerana semasa kita sujud, urat saraf kita berada pada regangan (stretching) yang maximum dan ini sangat baik untuk mengelakkan 'kelumpuhan' dalam usia yang masih muda mahu pun semasa usia lanjut.
.
Wallahu 'Alam.
.
alamak! jadi selama ini aku cepat2 sujud tu...tak sahlah ye... Kalau gitu...kena habis baca dulu baru sujud..astagfirullah.
ReplyDelete