-
Masih segar dalam ingatan saya rakan sekerja saya yang pelik. Pelik kerana suka dipuji. Kuat memperolok-olok orang lain. Suka mempermain-mainkan orang lain. Suka memperkecil-kecilkan kehebatan orang lain. Suka memperendah-rendahkan orang lain. Suka gossip orang lain. Dari gaya bahasanya, memang kelihatan seolah-olah bijak pandai. Kawan kami memanggil beliau dengan penggilan 'Irish Potato' (IP) kerana badannya yang gempal dan 'over-weight'.
-
Semasa kursus atau seminar, pastinya dia akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati bila mendengar. Saya dari dulu suka mencatit. Apa sahaja yang disebut oleh 'trainer' saya, pastinya saya akan catit. Saya memang suka mencatit walaupun kadangkalanya catitan saya tidak dapat difahami. Namun itulah hobi saya iaitu 'mencatit'. Sehingga sekarang pun saya rasa rugi kalau tidak mencatit. Isi kandungan ceramah agama banyak saya catit. Semasa saya masih dalam tingkatan satu, habis sebuah buku nipis saya catit kerana dulu-dulu belum ada fotokopi seperti yang ada sekarang.
-
Hobi mencatit ini sudah menjadi budaya kerja saya kerana saya masih percaya bahawa disamping memory, catitan akan menjadi medium untuk 'retention' yang terbaik. Saya tidak 'rely' seratus peratus kepada memory kerana ianya boleh mogok pada bila-bila masa. So I rely on written record. Kelakuan saya ini rupa-rupanya diperhatikan oleh kawan-kawan sekerja saya. Lalu mereka akan menegur saya kenapa terlalu kerap mencatit. Maka kembali kepada kawan saya bergelar IP, beliau gemar sekali memperolok-olokkan kelakuan saya yang tak berhenti-henti mencatit sehingga beliau boleh mengeluarkan kata-kata "product knowledge made simple". Kata-kata ini mempunyai dua makna iaitu memuji atau menyindir. Tanggapan saya ialah yang kedua iaitu menyindir. Saya agak 'suuzon' (sangka buruk) sikit kerana IP tidak pernah memuji secara ikhlas. Setiap katanya diiringi dengan senyuman sinis atau 'ferli' mempersendakan serta memperlekehkan kebolehan orang lain. Pendek kata, setiap tutur kata IP diselitkan dengan kata yang menyakiti hati dan saya adalah orang yang sering terkena.
-
"Product knowledge made simple", ulangnya terbahak-bahak memperlekehkan kebolehan saya. Saya tak peduli kata nistanya dan terus mencatit sehinggalah tamat seminar tiga hari. Saya tak pandai membalas 'olokannya' terhadap saya. Namun, deep in my heart, hati ini begitu menyampah serta cukup meluat dengan wataknya 'memperolok-olok' kebolehan orang lain. Watak IP ini amat berlawanan dengan watak saya. Namun saya tak berani berterus terang memberitahu bahawa saya tidak suka diolok-olok. Saya hanya perlukan 'respact' kerana saya mencatit kerana mau belajar. Tetapi IP tak makan saman. Beliau terus menerus mentertawakan bukan sahaja saya tetapi orang lain. Perkataan 'product knowledge made simple' adalah satu penghinaan kepada saya. IP cuba memperlekehkan keupayaan saya menulis semula fakta yang dipelajari.
-
Kekadang terlintas di hati saya perkataan seperti "nanti suatu hari kamu akan tahu juga apa kekuatan saya" atau "one day I will show you". Kata-kata hati ini sebenarnya memotivasikan saya supaya mempertingkatkan ilmu dan kemahiran saya. Perasaan geram terbuku disanubari dan akhirnya meletup bagai bom jangka. Kekuatan ledakan semangat ini dapat diterjemahkan melalui tulisan berbentuk artikel saya tersiar di dada-dada akbar dan pelbagai laman web di internet. Hari ini, peluang saya untuk 'menghentam' semula IP terbuka luas namun saya masih akur kepada etika kewartawanan.
-
Masa di Universiti dulu, saya telah berpeluang mengikuti dua kursus kewartawanan anjuran The New Straits Times dan kursus penulisan kreatif anjuran Utusan Malaysia. Di sinilah saya belajar menulis secara beretika tanpa menyentuh peribadi orang lain.
-
Melalui penulisan, segala perasaan yang terbuku di hati dapat diluahkan di media-media menerusi penulisan kreatif berbentuk rencana, cerpen dan sajak.
-
Hari ini, impian saya untuk menjadi penulis tercapai malah lebih menyerlah dengan terbinanya blog bertajuk 'marchon' dimana saya berkuasa penuh menulis, mengolah, mengedit dan meng'delete' mengikut kemahuan saya. Tidak lagi seperti dulu yang mana terpaksa menelefon editor Daily Express atau Sabah Times untuk meyakinkan kepada mereka bahawa karya itu adalah ciptaan saya yang tidak melanggar etika kewartawanan. Mahu rasanya nak bagi tahu IP bahawa usaha saya mencatat fakta yang menjadi 'olokan' dan 'sindiran'nya dulu kini tidak sia-sia malah banyak membantu saya dalam penulisan.
-
Kesimpulannya, sesuatu perkara yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai 'a waste of time' mungkin berguna disuatu hari nanti. Dan sememangnya sangat berguna kerana kemahiran menulis dapat menjimatkan masa menulis laporan yang komprehensif dan sudah tentu orang yang mahir menulis akan menjadi aset berguna kepada sesebuah organisasi. Tulisan yang padat dan 'made simple' menepati keperluan pembaca. Sindiran negatif IP mengenai 'Product Knowledge Made Simple' saya 'transformed' menjadi rangsangan positif.
-