Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

11 October 2010

USIA TAMBUNAN SELESAI AGM 2010......?

-
TAHNIAH KEPADA AJK USIA BAHAGIAN TAMBUNAN
NAMUN MASIH ADA 'LOOP HOLES' YANG PERLU DIPERBAIKI
-
Tambunan, 10.10.10 (Ahad):
-
Melihat pada kecantikan tarikh, 10.10.10 sebagai tarikh mesyuarat agung tahunan (AGM) USIA Tambunan, semacam dirancang begitu rupa dengan harapan perjalanan AGM secantik tarikhnya.
-
Sebagai perwakilan, sepatutnya saya berada dalam dewan lebih awal tetapi keadaan mendesak menyebabkan saya berpatah-balik ke Kota Kinabalu setelah sampai di Inobong Penampang. Kenapa patah balik ke KK? Ada urusan segera yang terlupa urus. Namun saya sempat hadir dan sempat mendengar sebahagian sahaja ucapan perasmian Yang Berhormat Datuk Hj Sairin Karno.
-
Saya melihat begitu ramai perwakilan dan pemerhati yang telah hadir. Ini bukan satu perkembangan luar biasa sebab dari dulu pun beginilah ramai 'crowd' yang hadir. Malah saya pernah menyaksikan 'crowd' yang lebih ramai daripada ini suatu ketika dulu.
-
Saya ucapkan tahniah kepada AJK USIA Bahagian Tambunan kerana banyak 'improvements' dalam pengendalian AGM kali ini. Saya tidak pasti samada komentar saya mengenai AGM tahun 2009 telah membantu atau di sebaliknya. Dulu ada rakan seperjuangan saya menyarankan agar teguran saya tidak perlu masuk dalam 'blog' saya. Namun saya masukkan juga kerana inilah media yang boleh saya salurkan untuk bacaan orang lain kerana saya bukan lagi AJK yang boleh menegur secara dalaman atau dengan cara 'slow talk'. Semasa saya AJK, saya sering buat teguran semasa mesyuarat AJK tapi setelah saya tidak lagi duduk dalam AJK, tidak ada alasan lagi untuk dipanggil mesyuarat (kerana bukan lagi 'orang dalam') maka saluran yang terbaik bagi saya (sebagai orang luar) ialah melalui blog. Kepada pembaca yang terlepas peluang membaca, sila layari komentar saya tahun 2009 (sila klik di sini 2009). Saya pasti AJKnya banyak mendapat iktibar dari AGM tahun lalu.
-
Walau macam mana pun terdapat beberapa perkara atau 'loop holes' yang perlu diperbaiki. Cuma kali ini saya tidak mahu sentuh secara terperinci. Saya cuma sentuh dari segi keberadaannya AGM tahunan. AGM ini sangat penting untuk ahli bersuara tetapi hasrat itu tidak kesampaian kerana cara pengendalian AGM yang 'streotype' dari dulu sehingga sekarang. Kelihatan seolah-olah AGM pada kali ini sekadar syukur-syukur sahaja selesai AGM. Bahasa kampung kita bilang 'jangan tidak' sahaja. Maka perjalanan AGM betul-betul ala 'jangan tidak' kerana sudah diprogram mesti dihabiskan sebelum jam 1.00 pm. Maknanya, AGM diadakan hanya untuk membolehkan bahagian Tambunan hadir ke AGM pusat nanti.
-
Ketiadaan usul dibahas bukan bererti ahlinya semua akur atau dilihat sebagai 'ahli matang'. Fungsi AGM sebenarnya ialah sesi berbincang, sesi meluahkan pandangan, sesi melontarkan idea. Pendek kata, inilah sesi atau ruang yang ada untuk menjana minda. Fokusnya mencari kematangan berdiskusi antara ahli yang sanggup membuang waktu untuk menghadiri AGM. Sesi diskusi ini tidak akan berjaya jika masanya telah diprogram lebih awal dengan alasan 'mau cepat' habis. Jadi... apalah 'advantage' perwakilan yang sanggup buang masa meninggalkan kerja-kerja di kampung semata-mata untuk menghadiri AGM yang kosong selepas itu cepat-cepat 'halau pulang'?. Takkanlah pucuk pimpinan hanya ingin melihat semua perwakilan angguk-angguk kepala lalu berkata 'yes sir' atau 'setuju boss' dan terus 'dihalau pulang'!. Apakah pimpinan tersenyum puas hati dengan cara pengendalian AGM yang kononnya telah berjalan dengan 'jayanya', berjalan dengan licin. Malah yang 'terpantas' dalam sejarah formula one AGM USIA. Kalau macam inilah caranya maka AGM sedemikian tidak jauh bezanya dengan AGM PIBG di S.K Sinumpangalanku (maaf sekolah ini tidak ujud dalam rekod Jbt Pelajaran).
-
Kenapa tidak diatur awal supaya bahagian menyediakan usul-usul untuk dibahaskan dan semua 15 buah cawangan diminta menyuarakan pandangan mereka walau pun hanya 5 minit satu cawangan? Maknanya perbahasan akan memakan masa 75 minit (1 jam 15 minit) untuk semua cawangan. Masanya sekejap tetapi perwakilan dan pemerhati merasa berpuas hati kerana diberi peluang mengemukakan hujjah masing-masing. Kalau pun diberi ruang masa 5 minit, tetapi ada cawangan yang mungkin mengambil masa 3 minit dan mungkin ada yang tidak mahu berbahas langsung. Walau sekejap tetapi kita dapat mendengar luahan pemikiran dari 'grass-root' dari gabungan golongan veteran dan muda. Inilah 'zest' sebenar dalam AGM dan bukan seperti perjalanan mesyuarat biasa. AGM adalah sesi 'ala-brain storming' yang sangat berguna untuk mendapat 'inputs' yang boleh digunakan untuk merancang pelbagai strategi. Inilah yang kita sering 'over-looked' dalam AGM. Tidak semestinya AGM yang cepat siap dengan lancar sudah menandakan satu kejayaan. Macam mana dengan 'inputs' dari 'grass-roots' untuk dibawa oleh Ketua Bahagian apabila tiba masanya perbahasan usul di pusat nanti? Apakah ada perwakilan dari Tambunan yang sanggup mengada-adakan usul 'palsu' untuk dibawa ke pusat lantas mengatakan usul yang mereka bawa adalah usul dari AGM Tambunan? Ganjil bukan? Aneh sekali bila Ketua Bahagian atau Setiausahanya nanti naik ke pentas bercakap dalam AGM USIA pusat di Kota Kinabalu membawa usul yang dibikin-bikin iaitu usul yang tidak dibincang dan dibahaskan diperingkat bahagian. Agak-agaknya siapa yang sanggup menjadi mangsa mewakili bahagian Tambunan untuk tampil ke hadapan berbahas dengan 'usul palsu' kali ini?
-
Kalau ada sebarang 'complaints' jangan cepat-cepat di'nullified' sebagai permohonan projek. Inilah kesilapan kita... ' more often, we failed to listen to grivances'. Pada hal inilah masalah yang perlu diambil tindakan untuk dibantu. Kalau tidak, kita akan dicap sebagai tidak mahir 'mendengar' keluhan dari 'grass-root'. Apabila kita tidak mahir mendengar maka berlakulah 'break-down of communication'. Akhirnya AGM berlalu tanpa apa-apa yang dicapai. Apakah ini matlamat pimpinan dalam AGM tahun ini?
-
Tahun 2009 fokus utama AGM ialah 'pemilihan AJK' baru maka itu perbahasan usul bukan 'priority'. Tapi tahun ini, tiada pemilihan AJK maka fokus utama ialah 'menjana minda' melalui perbahasan 'usul-usul'. Saya lihat AJK Bahagian gagal mengadakan usul untuk di bahas oleh perwakilan masa AGM. Saya kepingin sangat mendengar ahli USIA Tambunan terutamanya golongan muda tampil berbahas di hadapan. Melalui perbahasan yang terkawal ini nanti kita dapat mengenal-pasti kewibawaan golongan muda yang boleh di angkat dan di 'groom' menjadi pelapis pemimpin islam di masa akan datang. Dengan ini objektif utama AGM kali ini tidak tercapai keseluruhannya maka jadilah AGM itu sekadar 'melepaskan batuk di tangga'.
-
Sekian ulasan ringkas dari saya mengenai AGM USIA Bahagian Tambunan. Banyak lagi yang mahu di 'highlight' seperti kaedah penganugerahan 'jasamu dikenang', laporan bendahari, aktiviti bahagian tetapi saya takut kematangan seseorang akan tercabar dan menuduh saya sebagai .......... dan tidak matang pula.
-
Bagaimanapun, komen ini tidak berakhir di sini kerana tahun 2011 masih ada ruang untuk berbahas kerana masa itu belum masanya pemilihan AJK baru dan harap-harap kita gunakan sesi itu nanti untuk sesi 'cungkilan budi' atau 'in search of young potential presenters and leaders to help in leading islam in Tambunan'. Kepada anak-anak muda, tampillah ke hadapan dan cabarlah kami yang sudah mulai longlai dalam tenaga perjuangan. Warisilah perjuangan kami serta pejuang lama yang mulai lemah ini.
-
Go! MarchOn.., marchforward.. pull up your socks and be on your toes. Stand up and speak up!.
-
Selamat bersidang di Kota Kinabalu.
-

15 comments:

  1. setelah "meng orang luar" kan diri....inilah hasil komennya...., kami tidak sehebat tuan tapi disebaliknya juga tuan tidak sehebat kami....., saya mengharapkan komen yang MEMBINA.....DENGAN CONTOH2 KEPIMPINAN......

    ReplyDelete
  2. Tidak sangka pula USIA Tambunan bergolak ya. Harap2 ini tidak berlaku di tempat kami di Sandakan.

    ReplyDelete
  3. Saudara, USIA Tambunan tidak bergolak kerana hubungan kami masih kuat walau pun terdapat komen seperti yang saya tulis. Sila baca semula tulisan saya, semuanya bersifat 'umum' dan tidak specific kepada nama-nama tertentu.

    ReplyDelete
  4. Tapi, bila baca komen mengenai usia tahun 2009, macam ada yang tidak kena saja.

    ReplyDelete
  5. Kalau dibaca sekali memang ya...kalau baca kedua kali secara rasional tidak seteruk yg kita sangkakan.... dan kebanyakkan ahli usia Tambunan sudah mulai menerima kritikan dgn tenang. Kawasan kami tak ramai muslim sebab itu kami tidak mampu berpecah-belah.

    ReplyDelete
  6. Tapi... cara tuan membuat komentar boleh membawa kepada perpecahan.

    ReplyDelete
  7. adam... bagi majoriti ahli usia Tambunan, diorang sudah biasa dgn komen macam ini. Cuma tidak dinafikan ada segelintir sahaja yang tersinggung tapi moga-moga tidak menjejaskan kerjaya mereka.

    ReplyDelete
  8. Kenapa tidak buat teguran membina saja dan secara dari hati ke hati dripada menimbulkan kekecohan antara ahli? Kalau baca seimbas... semacam ada sesuatu yang tidak puas hati.

    ReplyDelete
  9. Inilah bah yg susah ini.. talampau gatal tangan mau menulis. kadang2 rasa menyesal juga bila telanjur tulis kerana diorang itu kawan seperjuangan saya dan sekampung serta satu tambunan pula tu. mungkin parasan semangat macam muda2 dulu. kalau muda2 dulu (tahun 80an)...saya biasa hentam pairin, (sebagai ketua menteri sabah lesel 'L'), di paper sabah times. tapi...pairin saya respact betul... walau saya hentam dia left and right, dia masih tetap senyum. cuma penyokong dia marahlah melalui news paper.

    ReplyDelete
  10. tuan...terlajak perahu boleh diundur... terlajak cakap emas padahnya...

    ReplyDelete
  11. Terima kasih tuan.. itu satu peringatan yang sangat berguna kepada saya dan relevant sampai bila2 masa

    ReplyDelete
  12. Terima kasih juga di atas komen yang pertama diatas pengakuan 'kehebatan' sesorang. Sepanjang ingatan saya; Saya tidak pernah mengaku hebat. Hanya Allah sahaja yang maha hebat.

    ReplyDelete
  13. siapa yang mengaku hebat tu?

    ReplyDelete
  14. adam...lupakan saja isu ini. mungkin penulisnya tersasul... lain dalam fikiran lain yg tertulis. Saya pun pernah mengalami situasi macam ini.

    ReplyDelete
  15. tahun 2021 sudah ini. Harap semua ok. salam perjuangan semua.

    ReplyDelete