Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

19 January 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN KE 4 - Part 1

-
MAJLIS KHATAM AL-QURAN KE 4 ANJURAN UNIT PELANCONGAN MASJID NEGERI SABAH MERIAH
-
Kota Kinabalu, 17.01.2010 (Ahad):-
-
Seramai 50 orang pelajar Al-Quran telah selesai mengadakan majlis khatam Al-Quran di Masjid Negeri Sabah baru-baru ini. Majlis itu dianjurkan oleh Unit Pelancongan Masjid Negeri Sabah dengan kerjasama gabungan pelajar Al-Quran surau Taman Kemajuan dan Pelajar Al-Quran Masjid Negeri Sabah.
-
Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Bolkiah bin Hj Ismail, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan disaksikan oleh kira-kira 150 orang keluarga peserta khatam dan tetamu jemputan. Turut hadir ialah encik Janathan Kandok, Timbalan Pengarah Jabatan Kastam, Datin Saidatul Badru Tun Mohd Said, Ahli Lembaga Pengarah Majlis Ugama Islam Sabah dan Ustaz Muchlish Ali Kasim, Ketua Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah.
-
Majlis ini juga turut mendapat liputan dari media tempatan terutamanya RTM dan telah disiarkan pada 18.01.2010 dalam berita TV1 pada jam 7.00 pagi. (Nota: terima kasih kepada RTM)
Atas: Janis Abdullah menyampaikan cenderahati kepada YB Datuk Bolkiah, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah
Atas: Ustaz Muchlish sedang memberi ceramah bertajuk 'kelebihan membaca Quran'
Atas: Peserta Khatam Al-Quran dari Masjid Negeri Sabah (dari kiri: Sohasto Basri, Hussien Shukoor) Atas: Pengacara majlis Sdr Awang Jasmin Jaimin, sedang bertanya sesuatu kepada encik Janis Abdullah mengenai acara seterusnya.

Atas: Sebahagian dari pelajar kelas Sabtu dan Ahad turut memberi sokongan

Atas: Hajjah Kasmah Hasbullah, Ketua Pelajar Al-Quran Surau Taman Kemajuan Likas sedang memberi ucapan mewaklil pelajar dari surau Taman Kemajuan Likas. Atas: Profesor Madya Hj Ab Rahman Kimsin (wakil pelajar Al-Quran Masjid Negeri Sabah) memberi ucapan bagi pihak pelajar Masjid Negeri Sabah. Atas: Inilah antara tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.

Atas: Encik Janis Abdullah memulakan ucapannya sebagai mukadimah sebelum memulakan majlis.
Atas: Antara yang hadir (dari kiri): Janis Abdullah (Pengerusi Penganjur), Datin Saidatul Badru Tun Hj Mohd Said (Ahli Majlis Tertinggi MUIS), YB Datuk Bolkiah Hj Ismail (Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar), Janathan Kandok (Timbalan Pengarah Jabatan Kastam), Ustaz Muchlish Ali Kasim (Ketua Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah).

Atas: Yang Berhormat Datuk Bolkiah Hj Ismail, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, sedang menyampaikan ucapan perasmiannya.

Atas: YB Datuk Bolkiah menyeru umat Islam supaya terus bersatu padu dan mengimarakkan masjid dengan mengikuti pelbagai siri ceramah untuk menambah ilmu.

Atas: YB Datuk Bolkiah juga menasihatkan tenaga pengajar Al-Quran agar menyumbang bakti dengan seikhlasnya agar usaha mereka mendapat rahmat dan keberkatan Allah agar menjadi ibadah.
Atas: YB Datuk Bolkiah juga menasihatkan umat Islam agar bersederhana dalam segala perbuatan dan pertuturan kerana ini adalah selari dengan ajaran Islam.
Atas: Sebahagian dari peserta (berbaju hijau) majlis khatam Al-Quran dari Surau Taman Kemajuan Likas.
Atas: Pelajar Al-Quran dari Masjid Negeri bergambar bersama-sama Janis Abdullah (duduk No. 5 dari kanan)
Atas: Gabungan dua kumpulan pelajar Al-Quran iaitu Surau Taman Kemajuan Likas (berbaju hijau) dan pelajar Masjid Negeri Sabah (berbaju ungu) bergambar untuk kenang-kenangan.

Atas: Pelajar Al-Quran Surau Taman Kemajuan Likas yang diketuai oleh Hajjah Kasmah Hasbullah (nombor 5 dari kanan).
Atas: Pelajar mengabadikan kenangan mereka melalui sesi fotografi

Atas: Pelajar dari Masjid Negeri Sabah

Atas: Ceria ber'posing' sebelum majlis khatam dimulakan.

Atas: Beginilah suasana majlis khatam yang ditunggu-tunggu oleh pelajar Al-Quran sebagai satu lagi lekaran hidup mereka dalam usaha membudayakan Al-Quran "ke arah jutawan Al-Quran". Moga-moga usaha mereka ini mendapat keredaan Allah serta dilimpahi rahmat.

Atas: Suasana begitu meriah bergemuruh dengan wahyu dan kalimah Allah. Semoga para peserta majlis (samada pelajar mahu pun yang turut hadir) sama-sama mendapat ganjaran Allah melalui bacaan dan mendengar wahyu Allah. Pelajar juga disarankan agar memahami erti wahyu tersebut dan seterusnya mengamalkannya.

Atas: Pelajar dari Surau Taman Kemajuan Likas begitu tekun mengikuti kelas selama hampir setahun dan akhirnya dapat menamatkan bacaan 30 juzu pada hari ini.

Atas: "Relax lah... Kita santai-santai dulu sebelum mula khatam...lagi pun MC belum lagi datang bah.." Beginilah suasana sebelum khatam bermula.
Atas: "Kenapalah ustaz punya nada suara tu rendah sangat? Saya pun terikut-ikut sudah suara rendah. Selalunya suara kami kuat sebab biasa sudah nada suara tinggi" . Inilah yang sering berlaku bila ustaz memulakan bacaan dengan nada suara rendah maka pelajar pun terikut dengan suara rendah menyebabkan suara mereka 'kurang power' dan kedengaran mendayu-dayu.
-

No comments:

Post a Comment