Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

25 November 2009

LAMBAI LIMBAI SECARA LANGSUNG DI TV.1

-

Siaran langsung satu jam di TV1 pada 24.11.2009 (Selasa) di Studio C, RTM Sabah dalam rancangan 'Lambai Limbai', sempena perayaan hari korban pada 2009.
-
Atas (dari kiri): Janis Abdullah (Masjid Negeri Sabah), Ust Sarip Adul (Pensyarah Universiti Malaysia Sabah), Sdr Suaran Shah (juruacara RTM).
-
Berikut adalah coretan peristiwa yang sempat dicatit.
-
1.30 PM
-
- Saya diperingatkan sekali lagi mengenai program Lambai Limbai di TV 1 samada dapat datang ke tidak. Saya jawab "saya on the way". Ditanya lagi "dekat Karamunsing ka?". Saya jawab ringkas "Ya" kerana sambil driving. RTM agak risau takut saya tidak datang atau ada hal dalam perjalanan. Begitu 'concern'nya penerbit program Lambai Limbai. Maklumlah siaran tersebut dibuat secara langsung. Kalau rakaman boleh tahan sikit tapi ini siaran secara langsung.
-
2.02 PM
-
- Saya tiba di perkarangan RTM Jalan Tuaran dan saya lihat penerbit, Sdr Ruskap Hj. Muaram, sudah bersedia menunggu di tempat parking kereta. Beliau menunjukkan saya tempat parking kereta. Lalu terus naik ke Tingkat 2, di studio C RTM. Saya terlupa catitan saya mengenai jawapan kepada soalan-soalan yang bakal ditanya oleh Sdr Suaran Shah. Kalau ada catitan, sekurang-kurangnya saya boleh baca sebelum sesi bermula. Saya lihat panel sahabat saya Ust Sarip Adul sudah siap di 'touch-up' malah siap dengan buku catatannya mengenai soalan yang bakal diutarakan. Kini tiba giliran saya untuk di 'Touch-up' pula. Touch-up tak lama iaitu kira-kira 5 minit sahaja. Sekadar menyapu muka daripada peluh dan sedikit warna muka supaya tidak kelihatan berminyak atau terlalu pucat disuluh oleh spotlight.
-
2.20 PM
-
- Duduk di kerusi depan 6 buah video kamera. Kira-kira lima orang krew (petugas) berada di studio C tidak termasuk krew-krew penerbit dan pembantu. Perbincangan dimulakan oleh Sdr Suaran dengan memberitahu panel (tetamu) mengenai overall set-up. Latihan simulasi bermula sebagai persediaan dan berakhir kira-kira 10 minit. Kerisauan yang amat sangat pada diri saya ialah 'batuk' saya belum pulih. Walaupun saya berkumur-kumur dengan ubat sebelum datang ke studio C tapi masih belum baik. Sesekali saya terbatuk kerana kerongkong gatal-gatal. Sebelum bertandang ke Studio C, saya sempat minum air dan masuk ke bilik air sebagai persediaan awal. Namun bibir dan tekak saya agak kering sehinggakan sukar mengeluarkan suara halus (tidak garau). Lampu spotlight yang sangat terang dan panas mempercepatkan lagi kekeringan tekak.
-
3.00 PM
-
- Program dimulakan. Soalan pertama diajukan kepada saya dijawab dengan nada tersekat kerana kerongkong masih gatal-gatal. Alhamdulillah, kerongkong yang gatal tidak terlalu teruk mengganggu suara saya. Dalam masa sejam program itu berjalan, tidak terlalu tension kerana lebih banyak berehat dari bercakap jadi banyak ruang masa untuk berbincang 'what to do next'. Masa rehat diselitkan dengan iklan dan lintas langsung dengan Wan Kamaruddin, Timbalan ketua rombongan haji yang sedang berada di Mekah. Saya patuh kepada arahan Saudara Suaran terutamanya masa yang diperuntukkan untuk menjawab mestilah tidak terlalu lama iaitu satu hingga 2 minit sahaja dan tidak boleh lebih. Kalau tidak maka masa siaran langsung akan terganggu dari segi timing. So saya akur dengan peruntukan masa yang ditetapkan. Sepatutnya ada enam soalan yang perlu dijawab tetapi memandangkan masa tidak mengizinkan maka hanya empat soalan sahaja ditanya kepada setiap tetamu. Sebagai tetamu... saya merasa lega kerana jumlah soalan dikurangkan. Jadi...taklah tension sangat.
-
3.55 PM
-
Selesai program diikuti dengan lagu 'jannah'. Kami pun dibawa ketingkat 3 bangunan RTM untuk minum petang sambil bersembang dengan krew-krew yang terlibat. Turut hadir ialah Pemangku Pengarah RTM Kota Kinabalu. Sebelum balik... kami sempat solat asar berjemaah di surau RTM.
-
Demikianlah sedikit coretan pengalaman menjadi tetamu secara live (siaran langsung) di TV.
-

5 comments:

  1. aku tak sempat nonton..tengah kerja di ofis. Bos tak bagi tengok walaupun ada TV kat ofis.

    ReplyDelete
  2. Saya sempat menonton rancangan ini dan memang baik terutama bab tragedi bangunan runtuh di Mekah. Sangat menyedihkan. Saya dapat bayangkan kesedihan keluarga yang menanti kedatangan ibubapanya dari Mekah yang tak kunjung tiba. Saya pun ikut menangis kerana menonton 'flash back' peristiwa itu. Congratulations RTM. Harap ada lagi rancangan lain sebaik ini.

    ReplyDelete
  3. Macam mana nak dapatkan CD rancangan tersebut. Rancangan itu sangat menarik. Inilah rancangan yang terbaik yang pernah saya tonton kerana ada peristiwa sedih dan informatif. Saya termotivasi dengan kandungan program itu. Bagaimana untuk menyertai kelas asas Quran itu. Saya dan empat orang anak mau ikut mengaji.

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada ketiga-tiga panel termasuk hos. Tahniah kepada RTM dan semua kakitangan yang terlibat. Terima kasih kerana menemuramah kawan-kawan saya.

    ReplyDelete
  5. rosmah (keningau)03 December, 2009 10:56

    Ada siaran ulangan ka? Saya tak sempat tengok semua. Di hujung-hujung suda bara dapat tengok.

    ReplyDelete