Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

04 October 2012

TIPS PELAJAR DI AMBANG PEPERIKSAAN

Peperiksaan akhir 2012 bagi PMR, SPM dan STPM semakin hampir. Oleh itu calon-calon peperiksaan juga semakin serius mengulangkaji semada melalui kelas tambahan mahu pun secara latih-tubi soalan tahun-tahun lalu. Apa pun cara mereka, mungkin tips di bawah boleh membantu dalam pecutan akhir menghadapi peperiksaan.

1. Jangan panik
Masa masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.
.
2. Kaji topik dan pemetaan maklumat
Semak samaada anda memahami sepenuhnya atau tidak. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan. Paling mudah, tanya guru atau rakan atau ibubapa.
.
3. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.
.
4. Kuatkan ingatan dengan secara 'output learning'
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran menggunakan lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran..
-
5. Banyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek ialah melalui latihan berterusan (latih tubi) soalan tahun-tahun lalu. Tanya guru anda kalau tak faham.
.
6. Nota ringkas.
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.
.
7. Rehat dan riadah secukupnya.
Perlu mendapat tidur dan rehat yang cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.
.
8. Pemakanan berkhasiat dan seimbang.
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Pemakanan seimbang disyurkan.
.
9. Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi disaat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
.
10. Banyakkan berdoa dan solat
Calon perlu memperbanyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuanNya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, mohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Nota: Sebahagian tips ini telah disampaikan kepada pelajar islam Maktab Nasional Likas pada 27.09.2012 (Khamis) selepas solat hajat. Moga-moga memberi menafaat kepada semua calon PMR, SPM dan STPM pada tahun ini.

13 May 2012

KELEBIHAN SURAH AL-QURAN

(1) SURAH AL-KAUTSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin,daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya,nescaya permintaannya di perkenankan,jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu,nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya,serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain: Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Imam Jaafar S hadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta,nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) ( Pemutus Perhubungan)
Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpimimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir.Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatanperbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membaca ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala bala bencana, terutama nya dari rosaknya tanam-tanaman.
 
(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin."

Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.."

Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda : "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."

Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."

Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.

Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.

Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai /perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.

Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.

Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.

Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith.

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(39) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.

Amalkanlah selalu untuk kesejahteraan diri. Jika tidak dapat buat banyak, sikit-sikit pun memadai. InsyaaAllah, saya akan olah dan tambah dari masa kesemasa.

NERAKA

Sifat Api Neraka dan Ahlinya

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanatnya dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Api Neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga hitam gelap, bagaikan malam gelap kelam."

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: " Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli Neraka iaitu seorang yang bersandal (selipar) dari api Neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah di telinganya ada api, dan giginya berapi dan di bibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli Neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli Neraka."

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi s.a.w. pada saat yang tiada biasa datang dalam keadaan yang berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w. : 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'Jawabnya: 'Ya Muhammad aku datang kepadamu pada sa'at di mana Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api Neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.'

Lalu Nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibril jelaskan kepadaku sifat Jahannam!'Jawabnya, 'Ya ketika Allah menjadikan Jahannam maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli Neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut Allah dalam al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.''

Demi Allah yang mengutusmu dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa nescaya akan terbakar orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasan besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potong-potongan api. Api Neraka itu ada mempunyai TUJUH pintu, tiap-tiap pintu ada bahagian yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan.'Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintu bagaikan pintu-pintu rumah-rumah kami?'

Jawabnya: " Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dari bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh kali lipat ganda, maka digiring ke sana musuh-musuh Allah sehingga bila telah sampai ke pintunya disambut oleh Malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu di masukkan ke dalam mulut mereka hingga tembus ke dubur, dan diikat tangan kirinya ke lehernya, sedang tangan kanannya dimasukkan dalam dada dan tembus ke bahunya, dan tiap manusia diganding dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sampai dipukul oleh para Malaikat dengan pukul besi, tiap mereka ingin keluar kerana sangat risau maka ditanam ke dalamnya, kemudian Nabi s.a.w bertanya: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'Jawabnya:

'Pintu yang terbawah (pertama) untuk orang-orang Munafik, dan orang-orang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Alhawiyah.

Pintu kedua, tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.

Pintu ketiga, tempat orang-orang Shobi'in bernama Saqar.

Pintu keempat, tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha.

Pintu kelima, orang Yahudi bernama Huthomah.

Pintu keenam, tempat orang Kristian (Nashara) bernama Sa'ier.

Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga Nabi s.a.w. tanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat'.

Maka Nabi s.a.w jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi s.a.w di pangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar Nabi s.a.w bersabda: "Ya Jibril sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam Neraka? Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.'

(Di petik dari Kitab Tanbihul Ghafilin Jilid 1 & 2 )

Untuk Muhasabah

PRESERVATION OF THE HOLY QURAN

Prophet Muhammad Era

While the Quran was being revealed, Prophet Muhammad ensured that it was written down. Although Prophet Muhammad himself could neither read nor write, he dictated the verses orally and instructed scribes to mark down the revelation on tree branches, stones, leather, and bones. The scribes would then read their writing back to the Prophet, who would check it for mistakes. Everytime each new verse revealed,  Prophet Muhammad dictated its placement accordingly.

When Prophet Muhammad died, the Quran has been fully written down. It was not in book form, however. It was recorded on different parchments and materials, kept by the Companions of the Prophet.

Caliph Abu Bakr Era

After the death of Prophet Muhammad, the entire Quran continued to be remembered in the hearts of the early Muslims. Hundreds of the early Companions of the Prophet had memorized the entire revelation. Large portions of the text were recited daily by them from memory. Many of the early Muslims also had personal written copies of the Quran recorded on various materials.

Ten years after the Hijrah (632 C.E.), many of these scribes and early Muslim devotees were killed in the Battle of Yamama. While the community mourned the loss of their comrades, they also began to worry about the long-term preservation of the Holy Quran. Recognizing that the words of Allah needed to be collected in one place and preserved, Caliph Abu Bakr ordered all people who had written pages of the Quran to compile them in one place and supervised by Prophet Muhammad’s key scribes, Zayd bin Thabit.

The process of compiling the Quran from these various written pages was done in four steps:

1. Zayd bin Thabit verified each verse with his own memory.
2. Umar Ibn Al-Khattab verified each verse. He had memorized the entire Quran.
3. Two reliable witnesses had to testify that the verses were written in the presence of Prophet Muhammad.
4. The verified written verses were collated with those from the collections of other Companions.

This method of cross-checking and verifying from more than one source was undertaken with the utmost care. The purpose was to prepare an organized document which the entire community could verify, endorse, and use as a resource when needed.

This complete text of the Quran was kept in the possession of Abu Bakr, and then passed on to the next Caliph, Umar ibn Al-Khattab. After his death, they were given to his daughter Hafsah (who was also a widow of the Prophet Muhammad).

Caliph Uthman bin Affan era

As Islam began to spread throughout the Arabian peninsula, more and more people entered the fold of Islam from as far away as Persia and Byzantine. Many of these new Muslims were not native Arabic speakers, or they spoke a slightly different Arabic pronunciation from the tribes in Makkah and Madinah. People began to dispute about which pronunciations were most correct. Caliph Uthman bin Affan took charge of ensuring that the recitation of the Quran is of a standard pronunciation.

The first step was to borrow the original, compiled copy of the Quran from Hafsah. A committee of early Muslim scribes, headed by Zayd bin Thabit, was tasked with making transcripts of the original copy, and ensuring the sequence of the chapters (surahs). When these perfect copies had been completed, Uthman bin Affan ordered all remaining transcripts to be destroyed, so that all copies of the Quran were uniform in script.

All Qurans available in the world today are identical to the Uthmani version, which was completed less than twenty years after the death of Prophet Muhammad.

Later, some minor improvements were made in the Arabic script (adding dots and diacritical marks), to make it easier for non-Arabs to read. However, the text of the Quran has remained the same.

18 April 2012

SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI PENGAJARAN MUKADDAM

Atas : Pelajar Quran di Bangunan USIA


Sedikit maklumat mengenai pengajaran mukaddam:

Mengaji ini tidaklah susah dan tidak juga mudah sangat. Untuk mengaji, tiada jalan pintas. Sering kita dengar ada kaedah yang pantas dan pintas. Sebenarnya, tidak ada cara pintas untuk mengaji Alif Ba Ta. Sekadar hanya boleh membaca tidak cukup tanpa mengetahui pelbagai cara bacaan garib, cara wakaf dengan betul, bertajwid dan lain-lain. Saya telah mengikuti pelbagai kursus kaedah belajar dan mengajar mukaddam, maka saya membuat kesimpulan bahawa sebenarnya tiada jalan pintas. Berikut adalah pelbagai kaedah pembelajaran mukaddam yang pernah saya ikuti:

1. Mukaddam biasa pimpinan beberapa ustaz
2. Hattawiyyah
3. Iqra
4. Qiraati
5. Ar Ruhul Al Amin
6. Bagdadi
7. Dan beberapa lagi kaedah yang lain

Kesemua kaedah di atas mempunyai kekuatan (strength) masing-masing dan saling lengkap-melengkapi antara satu dengan yang lain. Tahniah kepada guru-guru pengasas pelbagai kaedah di atas kerana dengan sumbangan mereka maka saya dapat mempelajari pelbagai kaedah yang banyak. Ini banyak membantu saya menyediakan modul sendiri yang sistematik. Penyediaan modul ini dalam bentuk ‘power point’ memakan masa yang panjang kerana memerlukan kemahiran IT. Kebaikan modul ini ialah ia boleh di 'update' pada bila-bila masa. Wanita yang uzur boleh mengikuti kelas tanpa menyentuh Al-Quran. Mereka hanya melihat power-point di skrin dan ini memudahkan pelajar mengikuti kelas mukaddam walaupun dalam keadaan uzur.

Penggunaan IT (LCD projector, note book, perisian power point) ini amat penting untuk tenaga pengajar dalam mempelbagaikan kaedah belajar mukaddam. Namun masih ramai tenaga pengajar yang menggunakan kaedah konvensional. Kedua-dua kaedah moden dan konyensionl ini bertujuan sama iaitu membantu pelajar supaya boleh membaca Al-Quran. Namun ada juga tenaga pengajar yang mempertikaikan kaedah moden. Malah saya menerima komen dari segelintir tenaga pengajar yang mengatakan kaedah moden ini tidak diguna-pakai pada zaman Rasulullah. Bagi saya, apa pun kaedah (konvensional atau kaedah moden dengan penggunaan IT) boleh diguna asalkan kaedah itu boleh membantu dan memudahkan pelajar memahami pengajaran mukaddam. Pelajar saya yang pernah mengikuti kelas bimbingan saya lebih sesuai membuat penilaian kaedah yang saya gunakan. Setakat ini, belum ada komen negatif dari pelajar saya melainkan positif belaka. Ini memberi kekuatan kepada saya supaya terus berjuang membasmi buta huruf Al-Quran dengan menggunakan kedua-dua kaedah konyensional dan kaedah moden..

Kini genap 24 tahun saya membuka kelas mukaddam. Selama 24 tahun membuka kelas, pelbagai pengalaman pahit dan manis saya tempuhi. Rahsia kelas saya bertahan sehingga hari ini ialah keikhlasan disokong dengan modul yang sistematik serta cara penyampaian yang jovial (santai-santai dan tiada tekanan). Dengan keikhlasan inilah maka alhamdulillah pelajar tidak cepat bosan. Malah pelajar saya semakin bertambah atau sekurang-kurangnya 'maintained'. Dulu saya belajar mukaddam secara ‘talaqi musyfahah’ dan terasa juga ego saya tergugat kerana kawan-kawan lain (termasuk kakitangan bawahan saya) boleh mendengar saya tidak fasih membaca Quran. Merah padam muka saya bila kerani saya mendengar bacaan saya. Perasaan malu membaca quran di hadapan mereka yang agak pandai membaca, menyebabkan sesekali saya ponteng kelas mengaji yang di anjurkan oleh ketua jabatan saya. Walaupun ponteng tetapi secara senyap-senyap saya mencari tenaga pengajar di luar yang boleh mengajar saya di rumah. Apabila saya boleh membaca Quran dan mengajar pula, saya menggunakan teknik yang sama iaitu minta setiap pelajar membaca secara bergilir-gilir (baca seorang-seorang). Jumlah pelajar semakin lama semakin berkurangan kerana mungkin mereka bosan atau malu membaca Al-Quran di hadapan kawan-kawan mereka. Pengalaman ini membuatkan saya mencari kaedah lain supaya pelajar tidak berkurangan.

Alhamdulillah, kaedah berkesan dapat ditemui dan diguna-pakai sehingga hari ini. Ada juga beberapa organisasi meminta saya membuka kelas di tempat mereka tetapi saya belum dapat memenuhi permintaan mereka kerana masa yang terluang amat terhad. Insyaa Allah, saya sedang mencari beberapa pelajar untuk dilatih sebagai 'future trainers' seperti yang kami (Tuan Hj Masri Yusoff, Pengurus Besar Petronas Wilayah Sabah Dan WP Labuan, serta selaku Penasihat Badan Kebajikan Islam Petronas Sabah dan kami pekerjanya) pernah buat pada tahun 1990an.

26 March 2012

CUTI AWAM NEGERI SABAH

Berikut adalah Senarai Cuti Awam Untuk Tahun 2012. Manalah tahu ada yang lupa.

Tahun Baru ( 01 Jan 2012 )
Hari Gantian Pelepasan Am ( 02 Jan 2012 )
Tahun Baru Cina ( 23 Jan 2012 hingga 24 Jan 2012 )
Maulidur Rasul ( 05 Feb 2012 )
Hari Gantian Pelepasan Am ( 06 Feb 2012 )
Good Friday ( 06 Apr 2012 )
Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ( 11 Apr 2012 )
Hari Pekerja ( 01 May 2012 )
Hari Wesak ( 05 May 2012 )
Pesta Kaamatan ( 30 May 2012 hingga 31 May 2012 )
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ( 02 Jun 2012 )
Hari Raya Puasa ( 19 Aug 2012 hingga 20 Aug 2012 )
Hari Gantian Pelepasan Am ( 21 Aug 2012 )
Hari Kemerdekaan ( 31 Aug 2012 )
Hari Malaysia ( 16 Sep 2012 )
Hari Gantian Pelepasan Am ( 17 Sep 2012 )
Hari Jadi TYT ( 06 Oct 2012 )

Hari Raya Haji ( 26 Oct 2012 )
Hari Deepavali ( 13 Nov 2012 )
Awal Muharam ( 15 Nov 2012 )
Hari Natal ( 25 Dec 2012 )

MIRACLES OF ZAM-ZAM WATER

Do you know the miracles of zamzam?

ZamZam water level is around 10.6 feet below the surface. It is the miracle of Allah that when Zam Zam was pumped continuously for more than 24 hours with a pumping rate of 8,000 liters per second, water level dropped to almost 44 feet below the surface,

BUT WHEN THE PUMPING WAS STOPPED, the level immediately elevated again to 13 feet after 11 minutes. 8,000 liters per second means that 8,000 x 60 = 480,000 liters per minute 480,000 liters per minutes means that 480,000 x 60 = 28.8 Million liters per hour And 28.8 Million liters per hour means that 28,800,000 x 24 = 691.2 Million liters per day So they pumped 690 Millions liters of zamZam in 24 hours, but it was re-supplied in 11 minutes only.

There are 2 miracles here, the first that ZamZam was re filled immediately, & the second is that Allah Holds the extra-ordinarily powerful Aquifer for not throwing extra ZamZam out of the well, otherwise the world will SINK.

It is the translation of the word ZamZam, which means Stop! Stop!! said by Hajirah Alaih As Salaam.

Zamzam water has no colour or smell, but it has a distinct taste.

By: Islamic knowledge

29 February 2012

BARAT BERKALI-KALI MENGHINA ISLAM TAPI UMAT ISLAM DILANDA SINDROM BISU

Penghinaan demi penghinaan terhadap Islam berterusan tetapi umat Islam seolah-olah 'cool' sahaja menerima penginaan ini. Bermula dengan menghina nabi Muhammad, membunuh pemimpin Islam, membunuh saintis dan intelektual Islam, membunuh jutawan Islam, membunuh umat Islam secara beramai-ramai, membakar quran dan menyerang serta menawan negara Islam, namun tidak hebat memprotes.

Amerika menawan Iraq kerana kononnya Iraq mempunyai senjata pemusnah yang besar (Weapons of mass destruction atau WMD), ternyata semuanya bohong. Amerika sedikit pun tidak rasa bersalah melakukan kezaliman, penganyiaan dan penghianaan ke atas umat dan negara Islam. Pelbagai tuduhan Amerika terhadap negara islam sebagai negara tidak demokratik, rasuah dan tidak menjaga hak-hak kemanusiaan. Setelah melakukan penindasan, Amerika hanya berkata "we are sorry" dan selesai. Begitu mudahnya menyerang dan kemudian dengan sewenang-wenangnya minta maaf seolah-olah tiada yang berlaku. Begitu murahnya maruah umat Islam di seluruh dunia di mata dunia barat. Berikut adalah artikel yang saya petik dari salah satu laman web Iran mengenai rakyat Afganistan yang terbunuh kerana memprotes tindakan tentera Amerika membakar Quran.

Egyptian MP Urges Arab States to Protest at Quran Burning by Cutting Ties with US

TEHRAN (FNA)- A senior Egyptian legislator called on the Arab countries to voice their protest at the desecration of the Holy Quran at a US base in Afghanistan by cutting relations with Washington.

"The US militaries' burning of Quran is an insult to Islam and Muslims and a new position should be adopted against the US administration which has done nothing but apologizing," Ahmad Abdul-Al told FNA on Tuesday.

He called on all parliaments of the Arab states to cut relations with Washington until the culprits of this action are tried and Muslims' rights are restored.

In relevant remarks, a prominent Iranian Islamist organization had earlier lashed out at the Muslim world's silence on the burning of the Muslims' Holy Book by American soldiers in Afghanistan, and urged the Muslim Ummah to show a strong and extensive reaction to the sacrilege of Islamic values.

"The Muslim world's silence on the US soldiers (provocative) act in Afghanistan is not justifiable," the International Union of Unified Ummah (Community) said in a statement on Monday, and condemned the desecration of the Muslims' holy Book.

The IUUU called on Muslim scholars and elites to show proper reaction to such insults, specially at a time when Islamic awakening movements are sweeping the region.

At least 25 people have been killed and hundreds wounded in Afghan protests against the desecration of the Holy Quran since it first emerged that copies of Quran and religious materials had been thrown into a fire pit used to burn garbage at Bagram Air Field.

Americans have set fire to the copies of the Holy Quran on several occasions thus far. Angry Afghans have staged increasing protests across the war-torn country since the US troops burnt the Holy Quran in their base in Afghanistan.
-----------------------------------------------------------------------------

Lebih 50,000 tan bom digugurkan di Afganistan yang membunuh ratusan ribu rakyat awam. Sehingga kini kira-kira satu juta penduduk awam Iraq telah mati dibom oleh Amerika tapi negara Islam tiada kekuatan kerana tidak bersatu dan terus dilanda sindrom bisu.

21 February 2012

MY FAMOUS INSPIRATIONS

Orang berjaya

Orang menang ialah orang yang tersungkur tapi bangun semula untuk meneruskan perjuangan. Orang yang kalah ialah orang yang tersungkur dan tidak bangun-bangun lagi.

I laughed last

Today I laughed big. Bad decision I made five years back, turned out to be a good decision in five years time (ie. today). At last, my CEO acknowledge his weakness by saying "Yes I agree with you, we could have made 3 millions five years ago. Now, not only we lost 3 million but we spend another 2 millions additional expanses".

Dont take for granted. Lets go back to basic!

Back to basic was the theme of my presentation yesterday, today and maybe tomorrow. Most of us look straight on but we forget to go back to basic.

Do away with that book?

I read a book entitled 'think and grow rich'. I did my thinking but I did not get rich. Go to h**l with all that so called motivational books. Someone get rich without even thinking. You know what? They actually do it now or did it yesterday. Procastination made me failed again and again.

17 February 2012

JANGAN MUDAH MENGKAFIRKAN ORANG LAIN

Dua perkataan yang saya takut gunakan ialah 'kafir' dan 'jahil'. Menjahilkan seseorang memang mudah tetapi atas ukuran apa?. Jahil ini dipandang melalui mata manusia yang membuat 'judgement' kepada seseorang mengikut pandangannya. Melalui pandangan seseorang maka terbitlah pelbagai 'andaian' mengikut perspektif masing-masing. Orang putih selalu mengingatkan kita dengan perkataan 'dont judge the book by its cover' yang bererti 'jangan membuat penilain buku berdasarkan kulitnya'.

Dalam surah Al-Fatihah, Allah mengingatkan kita 'maaliki yau mid-diin' ertinya 'You (Allah) are the Master of the day of judgment'. Ertinya, hanya Allah sahaja yang 'raja' dalam menghakimi dihari pembalasan. Dengan ini, perkataan 'jahil' yang sebenar hanya layak dinilai oleh Allah. Penilaian manusia selalunya tidak tepat atas sebab keterbatasan ilmunya yang Allah sifatkan sebagai 'hanya setitis dari air lautan'. Sebab itu para ilmuan perlu berhati-hati menggunakan perkataan seperti 'kafir' atau 'jahil' apatah lagi melabelkan orang lain sebagai 'jahil' atau 'kafir'.

Kisah yang saya paparkan di bawah ini adalah kisah benar yang cukup menginsafkan saya.

'Suatu ketika ada seorang perempuan tua warga kampung yang kuat minum arak. Pagi petang minum arak. Tidur dalam keadaan mabuk. Bagun pagi terus bersarapan dengan arak.

Suatu hari saya dan ibu saya (kami) mengajaknya ke rumah berhari raya. Beliau memenuhi pelawaan kami. Kami hidangkan kuih-muih dan minuman panas. Beliau tidak membantah lalu makan dan minum. Beliau juga tidak berani meminta minuman kegemaranya iaitu arak. Mungkin kerana rasa hormat kepada kami yang beragama islam.

Dipendekkan cerita, apabila beliau pulang, kami menghadiahkan tudung kecil kepadanya dan memberikan sedikit ole-ole iaitu bungkusan kuih raya, duit raya dan sedikit lauk kegemarannya. Sebelum meninggalkan rumah kami, saya tanya beliau samada mau masuk islam. Katanya dengan nada keras 'tidak! tidak! tidak!.............. (ada kata-katanya yang lain sebagai sambungan untuk menyokong kenapa beliau tidak mahu masuk islam)'. Memang pun saya tidak 'expact' beliau akan masuk islam dengan labelnya sebagai pemabuk 24 jam.

Raya tahun kedua, saya dan ibu saya sekali lagi menjemput beliau ke rumah dan dijamu dengan kuih raya dan minuman panas. Sebelum pulang sekali lagi dibekalkan dengan ole-ole raya dan mengajaknya masuk islam. Jawapannya pun sama dengan tahun lalu cuma kali ini nada keras menolak tidak lagi kedengaran.

Raya tahun ketiga, sekali lagi saya dan ibu saya menjemput lebih awal iaitu seminggu sebelum raya. Beliau menyatakan persetujuan untuk datang ke rumah kami. Setibanya raya, kami tunggu-tunggu tapi tak muncul-muncul. Berulang-kali menjenguk dari tingkap tapi bayang-bayangnya tidak kelihatan. Hari pertama dan kedua pun beliau tidak muncul. Hari ketiga, saya mengambil keputusan kembali ke Kota Kinabalu kerana cuti raya saya tidak panjang. Sebelum balik ke Kota Kinabalu, saya singgah di rumahnya dengan membawa sedikit ole-ole raya dan lauk kegemarannya.


Setiba di rumahnya, saya lihat beliau duduk di dalam keadaan berbaju kurung yang kemas dengan rambut rapi disikat ke belakang. Rupa-rupanya sudah tiga hari beliau bersedia untuk berkunjung ke rumah kami tetapi tidak dapat berjalan kerana kakinya sakit bengkak macam penyakit biri-biri. Kami bercerita sekejap sambil bersimpati dengan keadaan kesihatannya. Sebelum saya meninggalkan rumahnya, saya sempat bertanya soalan samada sudah buat keputusan untuk masuk islam. Sebenarnya tiada unsur-unsur paksaan semasa mengajak beliau masuk islam.

"Tengoklah lepas mengetam padi baru saya buat keputusan. Saya tunggu dulu anak-anak saya balik kampung dari Brunei, Sipitang dan Labuan. Saya minta tolong diorang dulu mengetam padi", katanya.

Dengan semangat yang tinggi, saya meminta keluarga saya dan umat islam di kampung, membantu beliau mengetam padi sehingga selesai. Seminggu kemudian saya pulang dari Kota Kinabalu sengaja mahu 'follow-up' setelah selesai mengetam padi. Sebelum balik ke Kota Kinabalu, saya tinggalkan pesan kepada beliau iaitu jika beliau sudah mempunyai keputusan maka saya mencadangkan agar upacara pengislaman itu di buat dihujung minggu supaya saya boleh pulang tanpa memohon cuti. Tiga hari kemudian (hari Rabu), saya mendapat panggilan telefon dari beliau.


"Saya mau masuk islam sekarang!", katanya ringkas.

"ALLAHU AKBAR", tersembur perkataan ini dari mulut saya dengan iringan air mata. Saya kelam-kabut sedikit kerana masa itu hari bekerja dan saya tidak dapat bercuti untuk mengurus pengislamannya. Saya menelefon pejabat agama Tambunan meminta bantuan. Alhamdulillah, lebih 40 orang datang menyaksikan pengislamannya tanpa kehadiran saya.

Dihujung minggu, setelah masuk islam, saya melawat beliau di rumahnya. Saya lihat wajah beliau berubah menjadi putih berseri dan ceria. Sakit bengkak di kaki pun sembuh. Enam bulan kemudian beliau meninggal dunia dan jenazahnya diurus secara islam oleh anaknya di Sipitang. Alhamdulillah meninggal dalam islam. Allahu Akhbar! '

Cerita ini menginsafkan saya agar jangan mudah meng'kafir'kan orang selagi orang itu masih bernyawa. Orang ini meninggal dunia dengan dosa lampau terhapus. Kita tak tahu nasib kita. Kita belum diuji Allah. Yang paling ditakuti ialah semasa hayat, kita begitu gah mengharungi segala cabaran tetapi dihujung hayat kita kecundang atau termakan godaan syaitan akibat dari keceluparan dan perbuatan kita memperlekehkan orang lain dengan mengkafirkan serta menjahilkan orang lain sehingga menyakiti hati mereka.

'The morale of the story' ialah, jangan kita mudah memanggil seseorang itu 'jahil' atau mengkafirkan orang lain kerana bukan milik kita sewenang-wenangnya membuat 'judgement' terhadap seseorang.

Mari kita sama-sama merenungi terjemahan surah Al-Hujurat ayat 11 dalam bahasa inggeris dan melayu:


English translations:

"O you who believe, no men should ever scoff at other men. May be, the latter are better than the former. Nor should women (ever scoff) at other women. May be, the latter women are better than the former ones. And do not find fault with one another, nor call one another with bad nicknames. Bad is the name of sinfulness after embracing Faith. If anyone does not repent, then such people are the wrongdoers"

Terjemahan Bahasa Melayu:


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."

Mari kita renungi hadis ini:

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mencemuh dan melabel orang lain sebagai jahil bukan satu kelayakan bagi sesama manusia. Begitu juga melabel non-muslims sebagai 'kafir' pun bahaya kerana kita takut non-muslim yang kita labelkan kafir lebih dulu masuk syurga dari kita seperti paparan kisah di atas yang saya pernah alami.

Wallahu 'alam.

29 January 2012

MAT JALI (PADUKA MAT SALLEH) MATI DI PATAU PROPER? - SIRI 1

Atas: Paduka Mat salleh

Atas: Kota Mat salleh di Tambunan

Pada tahun 1964, umur saya baru 7 tahun dan berada di darjah satu. Saya mulai masuk sekolah semasa berusia 5 tahun tanpa berdaftar. Zaman dulu, guru kelas tidak kesah sangat budak dibawah umur masuk sekolah. Sekarang budak berumur 5 dan 6 tahun sudah masuk tadika. Dalam umur yang masih muda, saya diajar oleh ibu saya cara berdikari seperti masak nasi dan goreng telur dan sayur untuk dimakan ketika tiada seorang pun berada di rumah. Sebenarnya, ibu saya tidak mengajar pun cara-cara masak tetapi saya sendiri melihat cara ibu saya memasak. Saya juga belajar bagaimana menjahit (bahasa dusun 'ampung') seluar saya yang koyak dengan menggunakan jarum tangan. Inilah 'survival' saya diperingkat kanak-kanak. Malah banyak cerita dongeng dan cerita rakyat yang saya pernah dengar semasa kanak-kanak dulu masih segar dalam ingatan saya sehingga sekarang.
 
Di zaman kanak-kanak ini saya suka meneroka di seluruh pelusuk kampung. Bahasa dusun bilang 'minsandayang'. Salah satu kegemaran zaman kanak-kanak dulu ialah belajar silat dan belajar ilmu batin. Ayah saya tidak bersekolah secara formal tetapi boleh membaca dan menulis. Banyak sekali catatannya yang saya baca. Antaranya ialah catatan pelbagai mentera ilmu batin. Salah satu catatan ilmu batin ada menyebut 'Mas Sali (Mat Jali)'. Ketika itu saya tidak tahu siapa itu Mat Jali. Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai Mat Jali. Saya mulai membuka soalan kepada orang-orang tua yang sudah lanjut usia.

Saya bertanya kepada aman (pak cik) Uliti (Ketua Kampung Patau), aman Yajuni (org veteren Kampung Patau), aman Amuru (penduduk Kg Patau yang hidup sezaman Mat Salleh) dan mereka tidak sempat menceritakan mengenai riwayat Mat Jali secara terperinci. Akhirnya, saya berjumpa dengan aki Sebintal di Patau Proper (di bawah kampung Narayat). Dalam usia muda, saya mulai meminati cerita 'doung-gulu' (cerita lama). Ketika saya berusia 7 tahun, aki (datuk) Sebintal berumur 76 tahun. Ini bermakna semasa Mat Jali meninggal dunia pada 1900, Aki Sebintal sudah berumur kira-kira 12 tahun. Pada masa umur 12 tahun, banyak perkara dan peristiwa yang dia masih ingat. Aki Sebintal menceritakan kepada saya bahawa Mat Jali mati di Patau Proper. Sambil menuding jarinya ke arah rumpunan bambu di lereng bukit, Aki Sobintal memberitahu saya bahawa Mat Jali mati di bawah rimbunan bambu atau 'koporingan'. Untuk kepastian, saya bertanya kepada Aki Sebintal.

"Macam mana Aki tahu mayat itu Mat Jali?".

Aki Sebintal jawab, "Mayat itu saya kenal kerana ada kubunya di sini (di Kampung Narayat). Dia selalu datang ke sini", katanya. Memang benar, di Kampung Narayat Patau ada kubunya tetapi saya masih tidak puas hati dengan jawapan itu lalu bertanya lagi.

"Ada apa-apa lagi bukti lain yang menyokong bahawa mayat itu Mat Jali punya?", tanya saya.
Aki Sebintal menjawab,

"Dari pakaiannya pun saya kenal. Mat Jali selalu pakai baju warna kehitam-hitaman dan kepalanya sentiasa berikat (serban) dan memakai topi hitam. Dulu, di kampung ini, hanya Mat Jali sahaja yg berpakaian baju begitu. Kami semua masih pakai baju 'sinonson' ", katanya aki Sabintal.

Aki Sabintal menuding jarinya ke arah pakaian sinonson yang masih tersangkut di tiang kayu rumahnya. Sinonson ialah baju tiada lengan yang diperbuat daripada kulit kayu.

Inilah mungkin bukti awal bahawa Mat Jali atau 'Paduka Mat Salleh' Pahlawan Sabah mati di Patau Proper. Zaman remaja saya pula, saya pernah mendengar cerita bahawa Mat Salleh tidak mati. Walaupun saya tidak bersetuju namun saya mendiamkan diri untuk mengelakkan pertelingkahan sesama kawan. Hari ini saya berani menjawab bahawa Mat Salleh telah mati bukan atas sebab penemuan cerita ini tetapi atas dasar beriman kepada Al-Quran yang berbunyi:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (Ali Imran: 185)

 
Cuma tiada siapa pun yang menemui kuburnya. Dan mungkin cerita ini boleh menyelesaikan misteri mengenai kematian Paduka Mat Salleh.
 
(Nak tahu cerita lanjut.... tunggu sambungan siri ke 2).

25 January 2012

Kristianisasi Menular Di Iraq

Kristianisasi Menular Di Iraq? Demikian catatan salah satu blog yg saya baca baru2 ini. Saya masuk blog itu lalu membuat komen spontan ini. Nota: komen ini tidak diedit kerana ia adalah komen spontan berdasarkan idea spontan beberapa minit.


"Apa kurangnya di Malaysia? Ulama kita sekarang sebuk berpolitik, ceramah sana-sini, kutuk sana-sini, tuduh rasuah sana-sini sehinggakan mengkafirkan orang lain. Dakwah kepada non-muslims terus dilupakan. Sesama islam pun tak bersatu walhal ILMU agama 'at fingertips'. Ustaz2 kita di sekolah dan universiti bukan ajar agama dengan betul kerana setiap kuliahnya mesti 'cornering' pi hudud untuk dipolitikkan dan akhirnya menghasut pelajarnya membenci kumpulan 'umarak' dan kerajaan. Berapa ramai ulama kita tak pernah berdiskusi dengan org kristian? Asyik2 kutip dana untuk mahad tahfiz dan sekolah pondok tapi dakwah kepada 'non-muslims' diketepikan. Ulama kita membiarkan dakwah kpd non muslims dikendalikan oleh org yg tak berapa mahir dalam ilmu agama. Bila si Jahil ini menyampaikan dakwah, kumpulan ulama ini juga yg memperlekehkan tapi ulama tak buat apa pun.

Satu lagi, walau pun ada ulama yg cuba2 berdakwah dengan non-muslims, cara mereka tak betul kerana ulama ini juga jahil dalam ilmu 'perbandingan agama' dan yg lebih teruk lagi 'jahil' dalam teknik dan strategi menyampaikan dakwah. Yang dia tahu sangat ialah dakwah bil lisan atau dakwah melalui pidato tetapi SANGAT lemah dalam dakwah 'bil hal' !!. Bercakap fasih dalam bahasa arab tetapi sebijik perkataan bahasa inggeris pun tak tahu. Kalau tahu pun slang englishnya macam filipina atau spanyol. Macammana nak berdakwah dan 'gain respact' dari non-muslims?

Sekarang ini kristianisasi menular di Iraq. Salah siapa sehingga US boleh masuk menawan Iraq? Semuanya kerana rakyat Iraq TAK bersatu.... macam di Malaysia ni dah lama berpecah-belah tapi ulama masih sibuk berpolitik untuk menumbangkan umarak dan 'less focus' kepada dakwah sebenar.

Ingatlah bahawa songkok setinggi mana pun, kopiah seputih mana pun, janggut sepanjang mana pun, buku2 agama di rumah sederet mana pun, ilmu menjulang setinggimana pun, dan serban setebal mana pun, tidak akan menjaminkan seseorang itu menjadi ahli syurga kalau tanggung-jawab dakwah diketepikan serta penyatuan ummah di abaikan".


Komen di atas adalah sekadar lontaran idea bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia dan ummah kembali 'bersatu'.


04 January 2012

JADUAL KELAS MUQADDAM USIA KOTA KINABALU

KEPADA SEMUA PELAJAR MUQADDAM DAN AL-QURAN USIA KOTA KINABALU, BERIKUT ADALAH JADUAL TERKINI KELAS BERMULA PADA 02.01.2012.


Kelas yang tidak termasuk dalam jadual di atas ialah 'Kursus Perubatan Islam' yang dianjurkan dari masa ke semasa mengikut jadual khas. Sementara itu kelas bagi pelajar di Surau Taman Kemajuan Likas tidak berubah iaitu pada setiap hari Khamis Petang jam 2.30 petang.

-