Keningau (26.11.2011 Sabtu):-
Seramai 50 orang peserta telah menghadiri ceramah mengenai makhluk halus dan jin yang disampaikan oleh Ust. Mohd Trimizi Zainal baru-baru ini. Ustaz Mohd Trimizi adalah pengamal perubatan Islam antarabangsa, telah banyak memenuhi jemputan di luar negara seperti di UK, Timur Tengah, Korea, China, HongKong, Australia, Singapura, Thailand dan Brunei. Kini, ustaz Mohd Trimizi bergerak aktif di Sabah terutamanya kawasan pendalaman menyampaikan risalah memperkasakan aqidah serta memberi penerangan kepada umat islam agar tidak terpesong dari ajaran islam.
Ustaz Trimizi juga menyeru umat islam agar berhenti dari amalan yang bercanggah dengan Al-Quran. Salah satu amalan yang bercanggah dengan islam ialah mempercayai bahawa ada kuasa lain selain Allah seperti memuja dan meminta bantuan makhluk jin. Amalan ini tergolong dalam amalan syirik.