Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

14 July 2009

PELUANG MENCARI PAHALA MELALUI DAKWAH ASAS

Bila berkata pasal dakwah, orang akan menyangka bahawa tugas berdakwah ini hanya terletak kepada ustaz-ustaz atau imam-imam. Sebenarnya dakwah adalah tanggung-jawab setiap individu Islam. Kita boleh menjalankan gerakan dakwah dengan pelbagai cara samada melalui tulisan, cara bersemuka, dalam perhimpunan, dalam pidato, melalui kursus dan seminar atau kelas-kelas kecil samada berasaskan ilmu akademik atau agama.
:
Saya mengambil pendekatan yang 'simple' iaitu melalui kelas muqaddam. Saya buka kelas muqaddam kerana ianya mudah jika kita berminat mengajar subjek ini. Untuk mengajar orang lain, kita tidak perlu tunggu sehingga kita khatam baru boleh mengajar Alif Ba Ta. Jika kita mahir Alif Ba Ta maka itulah subjek yang kita ajar kepada orang lain yang masih tak tahu seperti mualaf (yang baru kembali kepada Islam iaitu 'reverts'). Kalau kita tunggu sehingga khatam Al-Quran, kemungkinan besar kita tidak dapat mulakan dakwah asas kepada yang memerlukan.
:
Walaupun namanya 'asas' namun kita tidak boleh berpuas hati dengan ilmu kita kerana kita sendiri perlu berguru dengan orang lain yang lebih arif dan dalam masa yang sama menyampaikan ilmu yang sedikit ini kepada orang lain sebelum kita lupa.
:
Hari ini... tiada alasan lagi kita tidak berilmu atau sukar mendapat ilmu. Datang solat berjemaah di surau-surau atau masjid maka kita dapat ilmu melalui kuliah magrib dan subuh. Bawalah buku kecil dan pen untuk mencatit ilmu yang kita perolehi pada hari itu. Kadang-kadang ada ilmu yang disampaikan ustaz yang mungkin sudah kita baca atau dengar sebelum ini tetapi jangan merasa bosan atau lebih teruk lagi...jangan kondem penceramah. Fakta yang berulang anggaplah sebagai 'reminder' yang berterusan kerana minda manusia sangat 'pelupa'. Kadang-kadang kita 'take for granted' bahawa ilmu yang berulang tak perlu lagi kita mendengarnya. Sebenarnya semasa kita mendengar atau menuntut ilmu itu malaikat bersama-sama kita. Malah semua haiwan di darat dan laut pun turut mendoakan keampunan kepada mereka yang menuntut ilmu.
:
Banyak sekali dalil dari Al-Quran dan Hadith menyentuh mengenai keistemewaan 'menuntut ilmu'. So... jangan jemu-jemu belajar dan menuntut ilmu dan rebut peluang mencari pahala melalui 'basic' dakwah secara berterusan.
:

No comments:

Post a Comment