Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

17 July 2009

GURU AL-QURAN SAYA YANG PERTAMA KEMBALI KE RAHMATULLAH

AL-FATIHAH
Saya belajar Al-Quran dengan Allahyarham Ustaz Darbi Lubis pada tahun 1973 iaitu semasa saya baru selesai menduduki peperiksaan 'Lower Certificate of Education (LCE). Sementara menunggu keputuasan peperiksaan LCE, saya meninggalkan kampung halaman saya selama tiga minggu untuk belajar mengaji Alif Ba Ta dengan Allahyarham Ustaz Darbi.
:
Saya meninggalkan kampung halaman saya iaitu Kampung Patau Tambunan untuk bertemu dengan Allahyarham kerana di Kampung saya tidak ada siapa-siapa yang boleh mengajar agama. Kampung saya terletak kira-kira 10 Km jauhnya dari pekan Tambunan.
:
Alhamdulillah berkat kesungguhan serta keikhlasan seorang guru, dua minggu sahaja saya boleh membaca Al-Quran. Saya mengaji selama tiga minggu dan usaha saya tidak sia-sia. Doa pertama yang saya pelajari daripada Allahyarham Ustaz Darbi ialah doa selepas azan.
:
Pada 14hb Julai 2009 (Selasa) kira-kira jam 8.00 pagi saya menerima sms dari kawan mengatakan Ustaz Darbi telah kembali ke Rahmatullah. Saya terus balik ke Tambunan untuk menziarahi jenazahnya tetapi saya tak dapat melihatnya secara dekat kerana ditutupi oleh ribuan orang yang terdiri dari anak-anak muridnya, sahabat handai dan kenalannya.
:
Saya cuba menyelit tetapi ramai pengunjung silih berganti mengurus jenazahnya seolah-olah tidak memberikan peluang kepada orang lain mencari pahala disaat-saat akhir mengurus jenazahnya. Lepas seorang, berpuluh lagi mahu berkhidmat. Jenazah Allahyarham dibentengi ribuan manusia sehinggakan saya tak dapat tembus untuk masuk ke dalam kawasan perkuburan. Anak-anak muridnya begitu ramai sekali membanjiri kawasan pengkebumian. Saya cuma menanti dibelakang sehingga selesai.
:
Petangnya setelah selesai azan Asar, airmata saya berderai apabila membacakan 'doa selepas azan' mengenangkankan doa pertama inilah yang diajari oleh Allahyarham sehingga benar-benar hafal serta ingat sehingga hari ini. Azan Magrib dan Isyak pun sama. Semasa membaca surah yassin dan tahlil selepas Magrib dan selepas Isyak pun airmata berderai tak terkawal.
:
Begitulah kesedihan yang dialami bagi mengenangkan guru saya yang banyak menabur jasa kepada perkembangan dan pembangunan Islam di daerah kami iaitu Tambunan.
:
Semoga roh guru saya ditempatkan Allah bersama-sama para syuhada di Syurga. Amiin.
:

No comments:

Post a Comment