WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
KEPADA PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM & STPM 2016, SELAMAT BERJUANG MOGA-MOGA MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

15 December 2010

PUASA ASYURA

-
Keutamaan puasa ‘Asyura.

Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan di dalam sahih mereka dari Abdullah bin Abbas radhiallahu ‘anhuma, ia berkata:

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَومَ فَضْلِهِ عَلَى غَيْرِهِ إِلاَّ هَذَا اليَوْمِ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَهذَا الشَّهْرُ يَعْنِي شَهْرُ رَمَضَانَ
-
“Aku tidak pernah mendapati Rasulullah menjaga puasa suatu hari kerana keutamaannya dibandingkan hari-hari yang lain kecuali hari ini iaitu hari ‘Asyura dan bulan ini iaitu bulan Ramadhan”.
Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللهِ المُحَرَّمُ. وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الفَرِيْضَةَ، صَلاَةُ اللَّيْلِ
-
“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah (puasa) dibulan Allah Muharram. Dan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam”. Abu Daud meriwayatkan di dalam Sunannya dari Abu Qatadah Ra:

وَصَوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ إنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَنَة َالتِيْ قَبْلَهُ
-
“Dan puasa dihari ‘Asyura, sungguh saya mengharap kepada Allah boleh menggugurkan dosa setahun yang lalu”.
-

No comments:

Post a Comment