30 TAHUN UMNO SABAH
20.02.2021 genaplah 30 tahun UMNO bertapak di Sabah. Saya masih ingat 30 tahun dahulu berebut-rebut rakyat Sabah mau masuk umno dan berebut-rebut juga yang mahu pegang jawatan dalam UMNO. Saya bermula dari pemuda dan memegang jawatan sebagai naib ketua pemuda UMNO Keningau. Saya masih ingat perhimpunan USNO di Shangrilla Tg Aru yang membincangkan kemasukan UMNO ke Sabah dengan syarat USNO mesti dibubarkan. Semua pemimpin USNO akur dengan kemasukan UMNO ke Sabah. Berebut-rebutlah mereka mengisi borang keahlian UMNO. Maka dengan resminya USNO bubar. Setelah ratusan ribu mengisi borang keahlian maka semuanya rasa selesa bila mereka berpindah dari kapal kecil ke kapal besar.
Ramainya yang masuk ahli tetapi borang terbiar berampaian di ruang pejabat am. Masing masing mau rebut menjadi pemimpin tetapi tidak bertanggung-jawab menghantar ke Ibu pejabat. Dulu berpusu-pusu masuk UMNO dan memburu pelbagai jawatan dalam UMNO dan kerajaan Barisan Nasional, tetapi hari ini orang-orang yang sama juga berpusu-pusu meninggalkan UMNO setelah meraih laba dalam UMNO.
Gensupit macam kami tertinggal jauh tanpa apa-apa yg diraih. Tetapi gensupit ini juga yang menyelamatkan UMNO Sabah dari dilanda tsunami setelah 21 ketua-ketua bahagian UMNO Sabah meninggalkan UMNO selepas tewas dalam PRU14. Apa pun saya tetap menghantar mesej seperti berikut:
SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN 30 TAHUN UMNO DI SABAH.