*KUMPITAI vs. PEJUANG SENYAP*
Menurut cerita orang-orang tua kami di Kampung Patau Tambunan, tentera jepun ini amat ganas dan zalim diketuai oleh Kumpitai. Kumpitai ini satu nama yang sangat popular pada zaman pemerintahan Jepun di negeri Sabah tahun 1943 hingga tahun 1945 khususnya di Kampung Patau Tambunan. Penjajahan jepun ke bumi Borneo Utara lapan puluh tahun yang lalu meninggalkan kesan yg amat mengerikan. Nama Kumpitai ini nama gelaran orang orang dusun utk ketua askar Jepun yang sangat ditakuti kerana sangat bengis, garang dan zalim membunuh sesuka hati. Kalau di Tambunan musuh ketat dan musuh tradisi bagi tentera jepun ialah orang-orang cina. Tiada satu pun orang cina Tambunan yg berani menunjukkan identiti kecinaan mereka kerana takut akan dibunuh oleh Kumpitai. Penduduk cina Tambunan menjadi 'pelarian' kerana diburu oleh kumpitai.
Cerita dari perempuan tua cina yg mengusahakan kedai runcit 'Tun Tai', yg saya kenali tahun 1970, selepas balik dari sekolah St Martins saya berhenti rehat dibangku panjang kedai Tun Tai. Hampir hari hari saya duduk melepaskan lelah di depan kedai Tun Tai. Ceritanya kira-kira saya ceritakan melalui dialog ringkas.
Tun Tai: (merenung saya yg kepenatan berjalan balik dri Sekolah St Martins lalu memulakan pertanyaan) Ko punya kampung di mana?
Saya: Patau (jawab saya ringkas)
Tun Tai: Ko kenal Abdullah Dihol kah?
Saya: Bapa saya itu. (saya jawab ringkas).
Tun Tai: Kalau bukan ko punya bapa, habis semua ini cina di Tambunan kena bunuh jepun.
Saya: Apa bapa saya buat? (saya tanya ringkas).
Tun Tai: Kalau ini Jipun datang, bapa kau bawa ini cina pi sungai pegalan dan kami lari ke ulu pegalan sampai ke Tunggaring. Kampung Tunggaring tempat lahir saya iaitu tempat ayah saya menyorokkan kami dari gangguan tentera Jepun) . Bapa kau bawa itu jipun pi sungai Pegalan tpi dia bawa Jipun ke muara. Di sanalah laitu Jipun dia kasi mati dan buang mayatnya di sungai pegalan (katanya. Dulu-dulu sungai pegalan ini masih dalam dan deras pula arus airnya).
Inilah catatan dialog ringkas cerita Tun Tai sambil mengesat air matanya bila saya beritahu ayah saya sudah meninggal dunia. Rahsia ayah saya menolong cina diketahui oleh kumpitai lalu ditangkap dan masuk jail jepun utk dihukum keesokan harinya. Keesokkannya kumpitai membuka jail dan didapati jail itu kosong. Ayah saya kebetulan baru kembali dari perguruannya di Bandung Indonesia dan sudah tentu ilmu kebatinannya yg dipelajari dari 24 perguruannya tidak akan disia-siakan. Saya tidak berminat utk bercerita panjang mengenai mistik ini kerana saya tidak arif dengan masalah ini walaupun saya newarisi buku catitan-catitannya.
Kumpitai ini jika ada sesiapa yang bersalah atau engkar arahan akan ditikam dengan pedang atau bonet atau ditembak dengan senapang lama .22 (point two two) . Kumpitai juga sentiasa mengganggu gadis² kampung termasuk isteri orang, selain itu Kumpitai akan merampas isteri dan makanan orang kampung seperti padi, ubikayu, binatang ternakan seperti ayam dan babi.
Sebagai kenang-kenangan saya tulis senikata lagu kumpitai dlm bahasa jepun semasa mengganas di Kampung Patau Tambunan dulu.
*Yoni yoni dete krayoku sokizo
Tomonosino kadi komomoto
Sundayama sundayama yaakawa
Uta ata juni insi gaka yoko*
Kira-kira beginilah bunyi lagu patriotik kumpitai jepun yg diturunkan kpd penduduk kampung Patau. Inilah lagu terakhir tentera Jepun yg mati satu persatu mati dibunuh serta diracun dengan buah merah 'lampada'.
Suatu hari, saya dikunjungi oleh beberapa pelajar jepun ketika itu saya bertugas di Masjid Negeri Sabah pada tahun 2006 dan saya nyanyi lagu ini tetapi pelajar jepun itu tidak pernah dengar lagu tentera mereka itu. Mereka pun tidak faham apa erti lagu itu. Nenek moyang kami tidak sempat menterjemah lagu itu. Entah betul entah tidak sebutan saya.
'Siou' sajalah itu Jepun. Sungai Pegalan Tunggaring hingga ke Sungai Padas Beaufort menjadi aksi arwah ayah saya menjadi 'pejuang senyap' membunuh tentera jepun secara senyap-senyap tanpa menggunakan senjata canggih. Dan mayat mereka dibuang ke sungai Pegalan dengan cepat. Kaedah ini berjaya mengurangkan populasi tentera jepun di bumi pendalaman Sabah. Tektik senyap ini tidak ketahui oleh tentera british ketika itu sebab itu sedikit pun tidak diberi pengiktirafan orang putih. Setelah jepun surrender pada tahun 1945 barulah rakyat sedar tentera jepun semakin berkurangan di Tambunan dan Beaufort. Kalau di Tambunan, hanya Tun Tai dan kapitan cina yg tahu manakala di sungai padas Beaufort hanya arwah Abdul Rahman saja yg tahu. (bersambung...)