Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

05 January 2010

TAKRIF ALLAH

الله أكبر-!
-
ALLAH DAN PENAARIFANNYA!
-
Kalimah "Allah" asalnya dari bahasa Arab, yg diseru-sebut sebagai nama Tuhan sebelum jahiliah lagi malah "Allah" itu sendiri diyakini kewujudan dan keesaanNya oleh bangsa Arab sebagai Tuhan Yang Maha Tinggi dan disembah sesuai dgn perutusan yg dibawa oleh Nabi Allah Ibrahim a.s.
-
Sayangnya, peredaran masa yg berlalu begitu lama dan panjang dari era Ibrahim a.s. hingga keera kerasulan Muhammad s.a.w. menyebabkan masyarakat Arab, yg mulanya menerima konsep keesaan Allah menurut millah Ibrahim a.s. itu, kiranya terdedah dgn unsur-unsur negatif dan penyelewengan, yg menyusur masuk kedalam tradisi dan kepercayaan bangsa Arab sehingga akidah mereka yg suci terjejas.
-
Penyelewengan kepercayaan dan akidah itu ketara ditahun Masehi 300 sesudah runtuhnya empangan Ma'arib diselatan Tanah Arabia, dan disinilah bermulanya era baru yg dikenali sebagai Zaman Jahiliah, suatu zaman begitu gelap bagi bangsa Arab, dimana pemujaan dewa-dewi dan berhala serta amalan animisma berleluasa apabila mereka meletakkan objek dan imej pelbagai bentuk-rupa untuk disembah bagi mendapatkan restu sbg amalan keagamaan, namun kalimah "Allah" tetap dibibir mereka dan sering digunakan sebagai kata sumpahan.
-
Demikian kalimah "Allah" bagi bangsa Arab, yg amat memahami maksud yg tersurat dan yg tersirat – baik golongan Arab Muslimin; Arab Musyrikin, Arab Kristian mahupun golongan Yahudi yg menghuni ditengah-tengah masyarakat Arab. Kalimah "Allah" begitu mudah dan jelas diucapkan dikalangan mereka kerana kalimah itu adalah kalimah yg terbit dari bahasa ibunda mereka sendiri. Akan tetapi, mereka yg diluar Arab, mendapati sukar menuturkannya dgn jelas, fasih dan tepat, dan bagi penganut-penganut agama Islam lainnya, sekalipun bukan keturunan Arab, ucapan kalimah "Allah" begitu mudah dipertutur dlm kehidupan seharian, kerana ia merupakan kalimah paling suci dan sering disebut berulangkali dlm solat dan dzikir.
-
Kalimah "Allah" adalah nama Tuhan bagi orang-orang Islam maka begitulah "Yahweh" (يهوه) bagi orang-orang Yahudi; Jesus atau Christ bagi orang-orang Kristian ataupun God dan Lord sementara tuhan atau dewa-dewi bagi agama lain seperti Budha, Hindu, Majusi, diberikan nama tertentu yg diguna pakai dlm penyembahan mereka.
-
Kalimah "Allah" itu begitu asing bagi mereka yg bukan Arab dan juga bukan Islam, menyebabkan terkelu lidah mereka utk menyebutnya, selain kaedah mengeja dan menulis kalimah itu, tidak mampu membunyikannya dgn tepat dan jelas maka itulah kalimah الله"" begitu eklusif kedudukannya dalam pertuturan dan sintaksis bahasa Arab.
-
Penaarifan ataupun definasi "Allah" dari sudut pemahaman makna dan maksud begitu berbeza sekali dgn pemahaman maksud "tuhan" yg dipercayai dan diamal oleh penganut-penganut agama luar Islam. Penaarifan dan definasi "Allah" disisi Islam begitu jelas iaitu berpaksikan tawhid atau kewujudan Allah Yg Maha Esa, yg zatNya dilitupi oleh أسماء الحسنى" " (Nama-Nama atau Sifat-Sifat Yg Mulia) sementara agama lain, mempercayai dan meletakkan imej, makhluk, benda ghaib, roh, binatang, bermacam makhluk dan kejadian alam sebagai tuhan utk disembah dan dipuja.
-
Apabila kalimah "Allah" itu desebut maka ia membawa pengertian Tuhan Yg Maha Esa; tidak berbilang; tidak bersekutu; tidak berbapa; tidak beribu; tidak beranak atau diperanakkan; tidak berpasangan; tidak bercucu, dan tidak bercicit; dlm erti kata lain, tidak menyerupai atau menyamai apajuapun makhluk, semangat, roh, batu, api, bulan, bintang dan sebagainya. Sehubungannya Allah berfirman هوالله أحد. الله الصمد. لم يلد و لم يولد. ولم يكن له كفؤا أحد" – الإخلاص 4-1 قل [Mfhm: "Katakanlah (wahai Muhammad), Dia adalah Allah Yg Maha Esa; Allah, yg bergantung kepadaNya segala sesuatu; Dia yg tidak beranak dan tidak pula diperanakkan; dan tiada sesuatupun yg setara denganNya"].
-
Apakah pengertian atau semantic kalimah "Allah" sedemikian ini diaku-terima oleh penganut agama lain lebih lagi oleh golongan Kristian yg hendak menggunakannya dlm risalah agama mereka? Mengapa harus digunakan kalimah "Allah" yg skrip jawinya الله"" kalau ianya tidak disebut atau tertulis didalam Injil? Mengapa baru sekarang ini kalimah "Allah" diperlukan? Untuk apa? Kewujudan Allah Yg Maha Esa, bukan akar-umbi kepercayaan Kristian; konsep ketuhanan mereka ialah "Trinity" – satu dlm tiga; dan tiga dlm satu; jadi mengapa mereka perlu menggunakannya sekalipun ianya bertentangan dgn kepercayaan mereka? Apakah mereka jujur? Sukar penafiannya jika dikatakan mereka menggunakannya sekadar mahu mengelirukan konsep keesaan Allah yg menjadi pegangan orang-orang Islam! Kemungkinan cakap-cakap pasar dlm dialog nanti bunyinya seakan begini; "Aِnda orang Islam percaya "Allah" sbg Tuhan maka kami pun begitu, percaya kpd "Allah"; dan "Allah" kami adalah Holy Spirit (Bapa)!".
-
Kalimah "Allah" yg tiada sekatan penggunaannya oleh agama lain akan lebih parah jadinya bilamana patung terbesar didunia misalnya, selain benda-benda dan pelbagai imej beraneka rupa yg lain akan juga dinamakan sbg "Allah" oleh mereka yg menyembahnya semata-mata utk mengeliru dan menarik minat orang Islam mendekati agama mereka masing-masing; apakah tiada kemungkinannya? نعو ذ بالله من ذلك !
-
Agama Islam bertapak dibumi Malaysia sejak kesultanan Melayu Melaka melalui Negri Trengganu ditahun 1303; yg diperkenal sejurus kemudian secara lebih meluas kpd orang-orang Melayu termasuk pembesar-pembesar Negeri oleh pedagang dari Gujarat, dan sebaliknya agama Kristian dibawa masuk dan diperkembangkan melalui kuasa penjajahan Portugis dari Eropah, yg meruntuhkan Kerajaan Melayu Melaka, sebuah Kerajaan Islam lalu menakluki dan memerintahnya bermula ditahun 1511.
-
Hakikat sejarah menunjukkan, perkembangan agama Kristian disokong-bantu oleh penjajah Portugis, yg diikuti kemudian oleh penjajahan orang Eropah lainnya iaitu Belanda dan British, yg mempermudah perjalanan agama Krtistian sampai menjadi selesa penyebarannya, dan nyata sekali Kristian itu sinonim dgn penjajahan Barat sbg mana berlaku di Benua Afrika maka itu, tiada halangan dan tiada galangan terupaya dilakukan dlm bentuk apajuapun untuk mengganggu perkembangan Kristian di Malaysia, yg berterusan hingga kehari ini.
-
Amat malang sekali, demi keghairahan menarik minat orang Islam kpd Kristian mereka sanggup mengurbankan kehadhiran agama yg harmonis perjalanannya sekian lama, dgn usaha yg siasia kebelakangan ini. Jika demokrasi diambil kira sebagai sistem pentadbiran bernegara maka penduduk majority Islam yg berjumlah 60.4 peratus itu lebih berhak mengambil sesuatu tindakan berbanding Kristian, yg merupakan golongan minoriti berjumlah hanya 9.1 peratus dari bilangan rakyat Malaysia seluruhnya. Apakah wajar suara minoriti membelenggu dan mengekang suara majoriti?
-
Adalah diharapkan agar kewajaran yg dihasilkan dari kesedaran dan tanggungjawab sosial demi kesuburan masyarakat dinamis dan harmonis, akan mengambil alih sikap tidak mensyukuri nikmat yg dimiliki selama ini, lalu dikhuatiri kerugian besar lagi berpanjangan jua yang akan dialami kelak! Menarik balik rayuan penggunaan kalimah "Allah" dlm penerbitan dan penggunaan oleh mereka yg bukan Islam, adalah satu-satunya cara terbaik demi memelihara hubungan dan interaksi yg menjana kerukunan dan kesejahteraan hidup pelbagai pihak di Malaysia saat ini! Penyebaran kristian atau sesuatu agama bukan Islam, tidak cacat tanpa penggunaan kalimah "Allah"!

-
Sorotan: rashad shamsuddin
(nota: tulisan ini diemailkan kepada saya)
-

No comments:

Post a Comment