I wish to recap what we have learned today during Quranic class for beginers:
1. Chapter 'Al-Lahab' : 3 types of Qalqalah ie. Kubra, Sugra and Akbar
2. 'S' special: Two letterings namely 'KAF' and 'TA'.
3. Wajibbal Ghunnah : 2 Letterings / Tasydid:-"NUN and MIIM'
4. Proper pronounciation (makraj) for all the arabic letterings
5. Difference in writing between "bagdadiah/Imlaii' and 'Rasm Uthmani'
REMINDER:
Those of you who wish to join the 'GROUP A' class, feel free to attend as follows:
DAY : Every Monday, Wednesday and Friday night
TIME : 8.00 PM (after Isyak prayer)
VENUE : Bilik Kuliah/Information Centre, The State Mosque Of Sabah'.
The chapter is 'Surah Muhammad: JUZU 26'.
INDIVIDUAL ASSIGNMENT: All given out. If anyone wish to change, let me know.
Final Recitation (Majlis Khattam): January or early February 2009.
See you in the next class.
Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469
WHATS ON
2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
30 November 2008
TO ALL REVERTS
ALL dear brothers and sisters reverts YOU ARE ALL WELCOME to share your heart, mind, experience and hope.... to contribute for the sake of Allah, Islam, ummah and humanity! Let me know whether you agree to publish your experience.
Insya Allah. Sharing is caring is loving all Mankind...
Send your mail to me: jjabcgroup@gmail.com
jazakallah khairan khatiran
Salam ukhwah for Allah
Insya Allah. Sharing is caring is loving all Mankind...
Send your mail to me: jjabcgroup@gmail.com
jazakallah khairan khatiran
Salam ukhwah for Allah
27 November 2008
ALUMNI UiTM SHAH ALAM DAN ALUMNI UiTM SABAH
26.11.2008, Kota Kinabalu, Rabu:-
Satu rombongan dari Alumni UiTM Shah Alam telah mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa Alumni UiTM Sabah. Rombongan itu di ketuai oleh Datuk Shafee dan disertai oleh beberapa ahli alumni UiTM Shah Alam termasuk Timbalan Pendaftar UiTM Shah Alam.
Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun, Yang Di Pertua Alumni UiTM Sabah serta beberapa AJK Tertinggi Alumni UiTM Sabah, turut meraikan rombongan ini di salah sebuah restoran di Kota Kinabalu. Turut hadir ialah Pengarah UiTM cawangan Sabah, Prof Madya Dr Worran Kabul.

Atas: YB Datuk Masidi, YDP Alumni UiTM Sabah, Datuk Shafee (kiri) dan Encik Azhar Matussin, Tim YDP Sabah (kanan) dalam satu majlis makan malam di Kota Kinabalu.
25 November 2008
A DAY TRIP TO TENOM
23.11.2008 (SUNDAY):-
After attending the wedding at Kg Jawa Sumbiling, my family visited the famous Agriculture Garden, which is eight kilometers from Tenom Town. It was quite tiring walking along the pathway for more than a kilometer. Those who loved plants will definitly love the beautiful and informative scenes. Of course, we see green all over. Not many visitors as we expacted, which made the visit all ours.
Tired of walking, we had a quick photo take
The famous lake with the rowing boat behind
One for our album.
Beautiful lake at Taman Pertanian
A night stay at Perkasa Hotel Tenom
SELAMAT PENGANTIN BARU
23.11.2008 (Ahad), Tenom:-
Selamat pengantin baru kepada Mohd Safffaruddin bin Sairun dan Norhafezahtul bt Md Darwis, keluarga kami di Kg Jawa Sumbiling, Melalap Tenom. Pengantin lelaki berasal dari Kg Talang Trosor, Sungai Siput (II), Perak dan pengantin perempuan dari Kg Jawa Sumbiling Tenom.

Closeup photo.
Keluarga kedua pengantin laki-laki dan perempuan bergambar kenang-kenangan tanda restu.
Dah penat berdiri, kita duduk pula...!!!
SEMOGA PASANGAN INI KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT
21 November 2008
'My Journey'' - By Yusuf Estes (DI PETRONAS)
Kota Kinabalu, 20.11.2008, Khamis:-

Yusuf Estes bersama dengan Pengurus Besar Petronas Hj Burhan Rasit, dalam bertukar-tukar cendera kenangan.

Syeikh Yusuf menghadiahkan topi koboi Texas kepada Hj Burhan Rasit selepas selesai ceramah.

Syeikh Yusuf Estes sedang memberi ceramah mengenai 'perjalanannya' menuju jalan keimanan iaitu agama islam.
Full video available. Contact: janis.abdullah@gmail.com
Syeikh Yusuf Estes dari Texas USA sempat memberi ceramah di Pejabat Petronas Kota Kinabalu bagi memberi suntikan semangat kepada kakitangan PETRONAS. Ceramah bercampur gurauan Syeikh Yusuf mengenai kemasukannya kapada islam, banyak memberi semangat kepada penonton.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung USIA, Datuk Hj Abdullah Hussin dan Ustz Abu Hurairah, Pegawai Dakwah USIA dan Hj Burhan Rasit, Pengurus Besar Petronas Wilayah Sabah & Labuan, serta kakitangannya.
Yusuf Estes bersama dengan Pengurus Besar Petronas Hj Burhan Rasit, dalam bertukar-tukar cendera kenangan.
Syeikh Yusuf menghadiahkan topi koboi Texas kepada Hj Burhan Rasit selepas selesai ceramah.
Syeikh Yusuf Estes sedang memberi ceramah mengenai 'perjalanannya' menuju jalan keimanan iaitu agama islam.
Full video available. Contact: janis.abdullah@gmail.com
20 November 2008
CERAMAH YUSUF ESTES BEKAS PADRI DARI TEXAS USA (DI YAYASAN SABAH LIKAS)
KOTA KINABALU, 19.11.2008:-

Yusuf juga membenarkan penonton bertanya secara bertulis yang adakalanya lucu dan menghiburkan.

Ada juga pertanyaan samada benar atau tidak angkasawan Amerika benar-benar mendarat di bulan atau disebaliknya. Yusuf menjawab secara bersahaja. Beliau minta penonton menjawab sendiri. Penonton bertambah gamat.
Yusuf mengakhiri ceramahnya dengan mengajak penonton melihat sendiri laman-laman webnya untuk lebih lanjut. Antaranya: yusuf estes.com
Saya sempat mengambil video walaupun videonya kurang mantap tetapi cukup baik untuk saya membuat kajian dan kalau boleh dijadikan video untuk edaran kepada rakan-rakan yang tidak berkesempatan hadir.
Kira-kira 800 orang menghadiri ceramah Yusuf Estes, bekas padri dari Texas USA, yang diadakan di Auditorium Yayasan Sabah. Antara kenamaan yang hadir ialah Datuk Masidi Manjun dan Datuk Jahid Jahim. Majlis itu anjuran JAKIM, USIA, JHEAINS dan CONCERN.
Ceramahnya yang memakan masa kira-kira sejam itu menyentuh mengenai pengertian islam sebenar, sains dan keimanan.
Yusuf juga membenarkan penonton bertanya secara bertulis yang adakalanya lucu dan menghiburkan.
Antara pertanyaan lucu yang menggamatkan penonton ialah : Kenapa kamu kelihatan 'comel' di TV? Yusuf tidak menjawab kerana menganggap soalan ini soalan mengusik.
Ada juga pertanyaan samada benar atau tidak angkasawan Amerika benar-benar mendarat di bulan atau disebaliknya. Yusuf menjawab secara bersahaja. Beliau minta penonton menjawab sendiri. Penonton bertambah gamat.
Yusuf mengakhiri ceramahnya dengan mengajak penonton melihat sendiri laman-laman webnya untuk lebih lanjut. Antaranya: yusuf estes.com
Saya sempat mengambil video walaupun videonya kurang mantap tetapi cukup baik untuk saya membuat kajian dan kalau boleh dijadikan video untuk edaran kepada rakan-rakan yang tidak berkesempatan hadir.
19 November 2008
CERAMAH MR. YUSUF ESTES - BEKAS PADRI, TEXAS USA
18 November 2008
DISCOURSE ON THE TRUTH (DOTT)
DISCOURSE ON THE TRUTH (DOTT KE 2):
Kota Kinabalu, Dewan Tun Ahmad Rafee, Yayasan Sabah Likas:
Forum bertajuk "Answering misunderstandings about Islam" dalam bahasa Inggeris itu dipengerusikan oleh Janis Abdullah. Sementara panel ialah Sdr Lim Jooi Soon (Malaysian Chinese Muslim Association - MACMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Ustaz Abu Hurairah Abd Rahman - USIA). Forum, itu dihadiri oleh oleh kira-kira 200 orang islam dan bukan islam. Forum ini dianjurkan oleh JAKIM, JHEAINS, Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu dan Masjid Bandaraya Likas.

Janis Abdullah mempengerusikan forum dalam bahasa Inggeris

Dari Kiri: Sdr Lim Jooi Soon (MACMA), Janis Abdullah (Pengerusi), Ust Abu Hurairah bin Abd Rahman (USIA)
Video keseluruhan Forum : Sila hubungi Pengerusi Forum, Janis Abdullah.
Email: janis.abdullah@gmail.com

16 November 2008
HARI KEDUA PERSIDANGAN USIA
Kota Kinabalu, 16.11.2008 (Ahad):-

Sempat bergambar bersama kawan lama dari Sempurna, Hj Abu Bakar (tengah), sahabat saya semasa bertugas di Tawau dan Hj Ariffin Sani (Bendahari Agung), rakan satu sekolah, satu asrama pada tahun 1973
Pidato Ketua Penerangan USIA Haji Salsidu bin Haji Ibrahim
- Janis Abdullah-
Jam 1.40 petang, Persidangan USIA yang ke 22 yang berlangsung di Dewan Saadah, Wisma Muis, selesai. Sebanyak 23 bahagian telah mengambil bahagian dalam perbahasan serta 7 orang Ahli Majlis Tertinggi turut mengambil bahagian. Banyak cadangan telah di kemukakan dengan teknik penyampaian yang berbeza-beza. Ada yang tersasul, ada suara yang keras, ada yang bersahaja, ada yang serious, ada yang berpantun, ada yang bersyaer, ada yang petah berkata-kata bak pemidato 'sukarno' dan ada juga menyindir. Apa pun teknik yang digunakan, semuanya bertujuan untuk memantapkan USIA. Kepelbagaian penyampaian ini menambahkan lagi seri kemeriahan persidangan pada tahun ini.
Sebagai pertubuhan Islam yang terbesar di Malaysia, USIA bakal melekar sejarah apabila tahun depan USIA akan menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke 40 tahun berkemungkinan diadakan di bangunan barunya di One Borneo Likas. Pada masa yang sama, kita akan melihat pemilihan Ahli Majlis Tertinggi yang baru.
Sementara itu, saya telah diberi mandat untuk menjadi jurucakap bagi USIA Tambunan membawa 5 usul antara lain:
1. Memperkasakan Research & Network Development (R&D) USIA.
(Maklum-balas YDP: Satu cadangan yang baik)
2. 30% Equiti bumiputera dalam pemilikan rumah dinaikkan ke 50%.
(Maklum balas YDP: Cadangan ini sangat baik dan akan dibincang untuk dikemukakan kepada kerajaan)
3. Mencadangkan agar undang-undang murtad di gubal dengan segera.
(Tidak ada komen YDP)
4. Menggubal undang-undang menghalang non-muslim menyebarkan agama mereka kepada orang islam. (Tidak ada komen YDP).
5. Membena rumah ibadat atau surau di setiap perumahan atau kedai-kedai baru.
(Tidak ada komen YDP)
6. Mengenal-pasti pelajar-pelajar islam yang tercicir PMR atau SPM untuk diberi latihan dalam pelbagai bidang terutamnya berasaskan teknikal agar masa depan mereka terjaga.
(Komen YDP: Satu cadangan yang baik dan akan di ambil tindakan)
7. Ancaman dari non-muslim kepada umat Islam Kg Sandapak kerana melaungkan 'azan'.
(maklum balas YDP: Terus bersabar tetapi jangan berhenti berdakwah. Laporkan kepada USIA pusat untuk tindak seterusnya).
(Nota: semua jawapan ini di videokan untuk makluman AJK USIA Tambunan, jika perlu)
Tugas membahas dan membentang bagi pihak Tambunan diberikan kepada saya disaat-saat akhir (di saat-saat pemidato pertama dari Kota Kinabalu telah memulakan pidatonya) menyebabkan saya kekurangan 'statistik atau 'data' sebagai 'back-up' hujjah pidato saya. Namun, amanah ini saya laksanakan juga demi maruah USIA Tambuanan.
YDP, Tun Sakaran Dandai, menggulung perbahasan usul-usul yang dikemukan para perwakilan.
Sempat bergambar bersama kawan lama dari Sempurna, Hj Abu Bakar (tengah), sahabat saya semasa bertugas di Tawau dan Hj Ariffin Sani (Bendahari Agung), rakan satu sekolah, satu asrama pada tahun 1973
Peranan saya semasa persidangan berjalan:
1. Menyokong penyata kewangan yang disediakan oleh Bendahari diterima.
2. Menyokong cadangan perubahan 'external auditor' kepada 'Azhar Matusin & Associates', memandangkan syarikat ini dimiliki 100% oleh orang islam.
3. Membahas serta membentang usul-usul mewakili Tambunan.
4. Menjadi jurucakap bagi pihak USIA Keningau membentangkan ancaman dari 'non-muslim' di Kg Sandapak Bingkor, akan membuang kepala babi di surau jika 'azan' dilaungkan berterusan melalui pembesar suara.
Pidato Ketua Penerangan USIA Haji Salsidu bin Haji Ibrahim
- Janis Abdullah-
15 November 2008
PERSIDANGAN AGUNG USIA KE 22 MERIAH & INFORMATIF (HARI PERTAMA)
Kota Kinabalu, 15.11.2008 (Sabtu):-

Ahli Majlis Tertinggi berarak keluar setelah selesai perasmian pembukaan AGM USIA ke 22. Kelihatan YB Datuk Lajim Ukin mengiringi YDP, Tun Sakaran sambil bersalaman dengan ahli USIA.

Janis bersama dengan Datuk Ahmad Alawi, mufti Kerajaan Negeri Sabah

Sdr Zaki Laumin, Ketua Belia USIA Tambunan menerima anugerah cemerlang 2008 dari Tun DSP Hj Sakaran, YDP USIA.
15.11.2008, Kota Kinabalu:-
Video clip ucapan YDP USIA

Seramai 240 perwakilan USIA dari lebih 23bahagian mengamatkan Dewan Saadah Wisma MUIS hari ini. Ucapan dasar Yang DiPertua USIA, Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Seri Panglima Hj Sakaran bin Dandai sangat informatif dan merupakan satu ucapan yang penuh dengan fakta mengenai aktiviti USIA pusat.
Sehingga jam 1.00 petang, baru seorang perwakilan turut membahaskan ucapan dasar Yang Di Pertua USIA. Giliran saya bagi mewakili USIA Bahagian Tambunan, adalah yang ke 10 setelah USIA Bahagian Ranau tidak menghantar perwakilannya.
TAHNIAH diucapkan kepada Ketua Belia USIA Tambunan kerana dianugerah sebagai ahli belia USIA yang paling aktif bagi tahun 2008.
Video clip ucapan YDP USIA
12 November 2008
SELAMATKAN AQIDAH SEORANG GADIS YANG DIPAKSA AYAHNYA BERHENTI SEKOLAH KERANA MASUK ISLAM
Foto: Gadis mualaf dibawah umur semasa berkunjung ke masjid meminta perlindungan
Baru-baru ini ada seorang gadis mualaf bawah umur (berumur 14 tahun) yang baru 3 bulan memeluk agama islam, diberhentikan dari sekolah menengah oleh ayahnya kerana memeluk islam. Ayah gadis itu memaksa anaknya berkhawin. Anaknya terpaksa melarikan diri meminta perlindungan dari mana-mana orang islam yang prihatin.
Atas saranan seseorang, gadis itu mencari saya di Masjid Negeri Sabah untuk meminta pertolongan. Saya menasihatinya membuat laporan polis bahawa dia (gadis itu) dipaksa untuk kawin menyebabkan dia melarikan diri dari rumah. Tindakan saya itu dibuat untuk mengelakkan tuduhan 'menculik'. Setelah mendapat salinan laporan polis, saya mencari dana untuk menghantar gadis itu bersama kakaknya ke semananjung untuk bersekolah di sana. Sementara menunggu dana, gadis itu dipakaikan tudung di Masjid Negeri Sabah. Dengan bantuan beberapa mahasiswi dari IPTA, gadis itu dibawa keluar dari Masjid Negeri Sabah dengan ditempatkan di sebuah rumah yang tidak diketahui oleh keluarganya. Setelah dana mencukupi, gadis itu diterbangkan ke Semananjung bersama kakaknya yang juga mualaf. Kedua-dua mereka adalah 'under-aged' menyebabkan sukar mendapat bantuan dari jabatan kebajikan dan baitulmal. Alhamdulillah, beberapa rakan saya membantu memberi dana termasuk seorang YB.
Dana yang dikumpul, saya masukkan ke dalam akaun kakak gadis itu kerana bimbang akan diketahui oleh keluarganya jika saya memberikan dana secara berhadapan. Alhamdulillah, kedua-dua gadis itu selamat sampai ke semananjung dan belajar di sekolah. Untuk tujuan keselamatan, nama mereka dan nama sekolah mereka dirahasiakan.
Cerita ini dipendekkan walaupun banyak melibatkan isu lain seperti kad pengenalan dan surat beranak yang masih disimpan oleh ayah gadis itu. Gadis itu kini sedang belajar agama islam secara formal. Bagaimanapun, kedua-dua adik beradik ini memohon kepada saudara muslim yang prihatin agar dapat kiranya membantu mereka dari segi perbelanjaan bulanan membeli keperluan harian. Sila hubungi 013-8693148 untuk maklumat lanjut mengenai kedua beradik ini.
Moga-moga gadis ini akan membesar dalam islam serta boleh berdikari dimasa-masa akan datang. Insyaa Allah akan kembali ke Sabah dengan kekuatan imannya yang luar biasa. Amiin.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT HAJI KPD MAIDIN BIN AMAT TUA
Seorang lagi pelajar mengaji saya akan menunaikan ibadat haji. Beliau ialah Maidin Amat Tua serta isterinya. Kedua-dua mereka adalah bekas pelajar Al-Quran kumpulan pertama.
Saya mengucapkan selamat menunaikan ibadat haji kepada Maidin, isteri dan anak. Semoga mendapat haji mabror serta selamat pergi dan balik dalam keadaan sihat walafiat. Amiin.
09 November 2008
KHATAM AL-QURAN YANG PERTAMA
Seramai 24 pelajar saya menyertai majlis khatam Al-Quran di Masjid Negeri Sabah kali yang pertama. Mereka terdiri dari mualaf, pegawai kerajaan dan ahli perniagaan. Sebahagian besar dari pelajar ini adalah dari sebuah keluarga ramai yang terdiri dari datuk, nenek, ibu, ayah, anak-anak serta cucu-cucu mereka. Trend mengaji begini jarang berlaku dimana seluruh keluarga turun mengaji dalam kelas yang sama.
Atas: Sebahagian dari pelajar lelaki

Atas: Majlis khatam ini dibuat di dewan serbaguna masjid solat di tingkat bawah.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)