Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

29 August 2011

MAJLIS TADARUS EXPRESS & KHATAM QURAN KE 7

-
Kota Kinabalu, 18.08.2011 (Ahad):

Lebih dari 100 orang telah menyertai majlis tadarus dan khatam Al-Quran express bertempat di Masjid Negeri Sabah pada 18.08.2011. Majlis tadarus dan khatam express ini dianjurkan oleh Masjid Negeri Sabah yang dipimpin oleh Janis bin Abdullah, Bendahari Jawatan Kuasa Masjid Negeri Sabah. Majlis khatam ini dibahagi-bahagi kepada 30 buah kumpulan. Sebuah kumpulan dikehendaki membaca satu juzu. Setiap juzu dibaca samada bergilir-gilir atau pun serentak, mengikut keselesaan kumpulan masing-masing.
-
Turut menjayakan majlis tersebut ialah pelajar Al-Quran Masjid Negeri Sabah, Pelajar Al-Quran Surau Taman Kemajuan Likas dan keluarga masing-masing, orang awam dan perseorangan dari dalam dan luar Kota Kinabalu. Turut hadir sebagai pemerhati memeriahkan majlis ini ialah pelajar mukaddam (Sabtu dan Ahad) yang juga sedang mengikuti kelas di Masjid Negeri Sabah.
-
Majlis itu bertujuan untuk mengimarah Masjid Negeri Sabah terutamanya di bulan Ramadhan pada tahun ini.
Atas: Para peserta majlis tadarus dan khatam express yg dipimpin oleh Janis bin Abdullah, Bendahari Masjid Negeri Sabah.
Atas: Janis Abdullah sedang menyemak bacaan semasa majlis khatam berlangsung.

Atas: Pemerhati yang turut memberi sokongan kepada rakan-rakan mereka. Mereka ini terdiri dari pelajar kelas muqaddam dan Al-Quran setiap Sabtu dan Ahad.


Atas: Suasana khatam beramai-ramai di Masjid Negeri Sabah


Atas: Peserta khatam khusyuk membaca semasa khatam.


Atas: Memang seronok menyertai khatam jika sudah boleh membaca. Apa lagi kalau sudah berkali-kali menyertai majlis khatam, pastinya akan yakin bila berhadapan dengan rakan-rakan yang lain.



Atas: Peserta tadarus terdiri dari pelajar Surau Taman Kemajuan Likas diketuai oleh Hajjah Kasmah Hasbollah.

Atas: Anak-anak peserta yang turut mengambil bahagian.


Atas: Penyertaan dari pelbagai tempat kelas pengajian, menambahkan lagi kemeriahan suasana majlis tadarus.

Atas: Antara pelajar lama yang turut menjayakan majlis ini. Mereka tidak jemu-jemu mengaji berterusan walaupun ada yang sudah khatam. Pelajar ini dari Masjid Negeri Sabah.


Atas: Masing-masing membaca bertadarus untuk menambahkan pahala dibulan Ramadhan.
Kelihatan pelajar dari Masjid Negeri Sabah.

Atas: Memang benar pandangan sesetengah pihak bahawa bertadarus secara beramai-ramai begini menambahkan lagi semangat membaca. Moga-moga mendapat ganjaran pahala dimusim Ramadhan al-mubarak ini. Pelajar di atas adalah Masjid Negeri Sabah.

Atas: Peserta dari Masjid Negeri Sabah.

Atas: Pelajar dari Surau Taman Kemajuan Likas.

Atas: Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Masjid Negeri Sabah

Atas: Pelajar Kelas siang (Sabtu dan Ahad) Masjid Negeri Sabah turut hadir sebagai pemerhati suasana majlis tersebut. Mereka juga turut menjadi jurufoto secara bidan terjun. Terima kasih atas sumbangan kedua beradik ini.

Atas: Kumpulan pelajar dari Surau Taman Kemajuan Likas.

Atas: Beginilah meriahnya suasana majlis tadarus dan khatam express yang diadakan di Masjid Negeri Sabah. Meriahnya mereka mengimarahkan Masjid Negeri Sabah dibulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Atas (dari kanan): Sdr Mansur Asun, Timbalan Pengarah Jabatan Arkib Sabah, Prof. Madya Hj Abdul Rahman Hj Kimsin, UiTM, turut memeriahkan majlis ini.

Atas: Sebahagian dari peserta tadarus bergambar sebagai kenang-kenangan selepas majlis tadarus selesai.

Atas: Bergambar di dalam ruang solat utama Masjid Negeri Sabah sebagai kenang-kenangan.

BBC MENGHINA ISLAM

-

Satu lagi percubaan menghina Islam di United Kingdom. Kali ini, British Broadcasting Corporation (BBC) memasukkan resipi masakan daging babi (pork vindaloo) bersama-sama dalam resipi aidil fitri yang disiarkan dalam laman webnya.
-
Hakan Camuz, Pengerusi The Independent Industrialists’ & Businessmens’ Association (MUSAID) United Kingdom, mengingatkan agar BBC sentiasa peka dengan sensitiviti dan kepentingan Aidil Fitri dalam kalangan umat Islam. “Adalah tidak menasabah BBC tidak mengendahkan fakta bahawa umat Islam tidak memakan daging babi. Ini tidak menghormati”, katanya dan memohon agar BBC memohon maaf kepada orang-orang Islam.


-


Sumber: Laman web BBC bertarikh 25.08.2011


-

28 August 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN KE 6 MASJID NEGERI SABAH

-
Kota Kinabalu, 23.07.2011:
-
Alhamdulillah, pelajar Al-Quran Masjid Negeri Sabah dibawah bimbingan Janis Abdullah telah selesai mengadakan majlis khatam di Masjid Negeri Sabah baru-baru ini. Seramai 32 orang pelajar telah menyertai. Majlis ini adalah yang ke 6. Turut hadir ialah keluarga pelajar.

Terdahulu dari ini ketua kelas, Hj Johari Dun Banir, dalam ucapan alu-aluannya, menyeru kepada rakan-rakannya agar terus membudayakan membaca Al-Quran serta belajar membaca secara berterusan sambil mengetahui ertinya. Dan yang paling utama ialah mengamalkan ajarannya disamping berusaha mengajarkan kepada orang lain.

Atas: Pelajar Al-Quran bergambar beramai-ramai setelah selesai majlis khatam ke 6 di Masjid Negeri Sabah. Hj Johari (ketua kelas) duduk no.5 dari kanan.

Atas: Pelajar Al-Quran bergambar berlatar-belakangkan masjid negeri selepas majlis khatam.

Atas: Majlis khatam sedang berlangsung

Atas: Backdrop majlis khatam Al-Quran ke 6


Atas: Peserta pelajar wanita sedang berkhatam


Atas: Antara yang menyertai majlis khatam


Atas: Beginilah suasana majlis khatam ke 6. Persediaannya dan perlaksanaannya pun ringkas tetapi sangat bermakna bagi peserta.


Sementara itu, pelajar ini bercadang mengadakan majlis tadarus secara express beramai-ramai bergabung dengan pelajar Al-Quran dari Surau Taman Kemajuan Likas di bulan ramadan dan khatam pada hari yang sama.
-

16 August 2011

SYAFAAT AL-QURAN

-
Sabda Rasulullah S.A.W:

'Apabila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selesai dikebumikan, semasa semua orang kembali ke rumah, Mungkar dan Nangkir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam syurga.'
-
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,
-
'Aku adalah Al-Quran, yang kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nangkir, kamu tidak akan bersedih.'
-
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur, untuknya malaikat dalam Syurga, tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
-
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda:
-
'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

-

08 August 2011

MAJLIS TADARUS & KHATAM AL-QURAN DI MNS SIRI KE 7

-
14.08.2011 (8.00 AM), Ahad:

Bersempena dengan bulan Ramadan (Puasa) tahun ini, Masjid Negeri Sabah akan menganjur satu majlis tadarus dan khatam Al-Quran siri ke 7 pada 14.08.2011 bertempat di Masjid Negeri Sabah. Dijangka lebih 100 peserta akan mengambil bahagian yang terdiri dari pelajar Al-Quran Masjid Negeri Sabah, pelajar Al-Quran Surau Taman Kemajuan serta beberapa kumpulan NGO dan individu.

Jika sekiranya majlis ini berjaya, pihak penganjur bercadang akan mengadakan majlis tadarus dan khatam kali kedua iaitu siri ke 8 di bulan Ramadan. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai majlis ini, sila berhubung terus kepada urus setia melalui telefon bimbit 013-8693148.
-

18 April 2011

KURSUS PERUBATAN ISLAM SIRI KE 5 MODUL 1 (ASAS)

-

Atas: Kelihatan Ust Mohd Trimizi Zainal sedang merawat pesakit
Atas: Ust Mohd Trimizi sedang memberi kursus perubatan Atas: Pesakit sedang dirawat Ust Mohd Trimizi

Atas: Ust Trimizi sedang memberi kuliah kepada peserta
----------------------------------------------------------------------------------------------
PENGUMUMAN
Kursus Perubatan Islam Modul 1 (Asas) akan diadakan pada ketatapan
berikut.

TARIKH:
23 & 24.04.2011 (Sabtu & Ahad)
MASA:
8.30 PAGI
TEMPAT:
Masjid Negeri Sabah K.Kinabalu
PEMBIMBING:
Ust. Mohd Trimizi Zainal
(Pengamal Perubatan Islam Antarabangsa)
PENDAFTARAN:
HP:013-8693148 EMAIL:
jjabcgroup@gmail.com



Pelajar lama dan baru dialu-alukan hadir terutamanya yang terlepas peluang menghadiri kursus asas yang telah berlalu.
-

21 March 2011

US & ALLIES BOMBED LIBYA

-

French fighter jets and US and British ships began bombing Libyan military targets Saturday evening (19.3.2011).

-
The US has deployed 19 fighter jets, including stealth bombers. Spain, Belgium and Canada have contributed fighter jets and other weapons to the Libya mission.
-

Italian and Danish fighter jets have been participating in enforcing the no-fly zone over Libya, and the Arab Gulf state of Qatar was moving aircraft into position to join the mission.
-

13 March 2011

KURSUS PERUBATAN ISLAM KALI KE 4 (MODUL 2)

-
Unit Pelancungan Masjid Negeri Sabah (MNS) / Syukbah Penerangan & IT MNS dengan kerjasama ‘Professional Islamic Support And Nurture Group (P.I.S.A.N.G) Eastmalaysia' akan menganjurkan kursus perubatan Islam kali yang ke 4 (modul 2) pada :
-
Tarikh : 26 & 27.03.2011 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Bilik Kuliah 1, Masjid Negeri Sabah
Masa : 8.00 AM hingga 4.30 PM
-
1.0 Objektif:
-
1.1 Memberi kefahaman kepada masyarakat islam mengenai kepentingan menjaga aqidah & akhlak untuk mengelak dari gangguan makhluk jin/syaitan.
1.2 Melatih perawat yang boleh memberi perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan rawatan.
-
2.0 Sasaran :
-
2.1 Peserta yang pernah mengikuti kursus pendedahan perubatan pada 2007 & 2010 dibawah bimbingan Ust. Mohd Trimizi Zainal.
2.2 Peserta yang mempunyai pengalaman dalam perubatan islam atau pernah mengikuti kursus perubatan.
2.3 Peserta baru yang boleh membaca Al-Quran atau sedang belajar Al-Quran dan berminat menambah pengalaman dalam bidang perubatan Islam.
-
3.0 Penyertaan : Terhad kepada 40 orang sahaja.
-
4.0 Penceramah : Ustaz Mohd Trimizi Zainal.
-
5.0 Untuk pendaftaran sila SMS nama, No. I/C, Tel./HP & alamat ke:
-
5.1 Adzman bin Jupri (PISANG Eastmalaysia) HP: 016- 8307944
5.2 Janis bin Abdullah (Syukbah Penerangan & IT MNS) HP: 013-8693148
5.3 Rozhan bin Yacob (Madrasah Islamiah MNS) HP: 016- 8484512
5.4 Muzri bin Abdul Karim (Madrasah Islamiah MNS) HP: 016- 8497659
5.5 Melalui email: jjabcgroup@gmail.com
5.6 Blog: www. pisang-eastmalaysia.blogspot.com
-
6.0 Kandungan kursus modul 2:
-
6.1 Persediaan Merawat: Sebelum merawat, Semasa Rawatan, Selepas Rawatan
6.2 10 peringatan kepada Mu’alij (perawat)
6.3 Langkah rawatan sihir perceraian
6.4 Kaedah rawatan pelbagai penyakit: Sihir pengasih/khayalan/gila/bodoh/sihir bisikan/histeria/penyakit/pendarahan/menahan pernikahan
6.5 Rawatan melalui kaedah sentuhan
6.6 Pengalaman merawat penyakit misteri di beberapa negara di dunia – Satu kajian
6.7 Rawatan secara praktikal - demonstrasi
-
LATAR BELAKANG PENCERAMAH:
-
1.0 NAMA: Ustaz Mohd. Trimizi Zainal
2.0 ASAL : Kuala Lumpur
3.0 UMUR: 24 Tahun
-
4.0 PENDIDIKAN:
-
4.1 Medical Terminology Certificate (Australia 2010)
4.2 Diploma Tahfiz Wal Qiraat Darul Quran JAKIM (2004/2007)
4.3 Ijazah Perubatan Islam (Jordan 2007 & Yaman 2009)
-
5.0 GURU KEPADA PENCERAMAH:
-
Berikut adalah guru-guru kepada penceramah.
5.1 Syeikh Dr Ibrahim Jawarneh (Pensyarah Fakulti Syariah Universiti Yarmouk Jordan)
5.2 Syeikh Mahmud Ahmad Al-Qadasi (Imam Besar Masjid Hail Yaman)
5.3 Syeikh Sulaiman Abduh (Pegawai Pusat Dakwah Sana'a Yaman)
-
6.0 PENGALAMAN:
-
6.1 Aktif memberi kuliah dan rawatan di Malaysia sejak berusia 16 tahun hingga kini.
6.2 Aktif memberi kuliah dan rawatan di peringkat antarabangsa seperti Singapura, Brunei, Arab Saudi, Mesir, Yaman, Jordan, Qatar, United Kingdom, Perancis, Australia, New Zealand, China, Hong Kong dan Korea.
-
7.0 PENGLIBATAN DALAM KHIDMAT SOSIAL:
-
7.1 Koresponden antarabangsa Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Jordan dan Australia pada 2006 & 2007.
7.2 Mantan Timbalan Pengerusi ‘Professional Islamic Support and Nurture Group’ (PISANG) United Kingdom pada 2008 & 2009.
7.3 Aktivis dalam misi dakwah bersama Persatuan Masyarakat Melayu U.K di United Kingdom pada 2007 hingga 2010.
7.4 Aktivis dalam misi dakwah bersama Khairat Melayu Islam Victoria (KMIV) dan Jabatan Penuntut Malaysia Sydney & Melbourne di Australia pada 2006 hingga 2010.
7.5 Aktivis dalam misi dakwah bersama Kedutaan Malaysia di New Zealand pada 2009.
7.6 Aktivis dalam misi dakwah bersama Kedutaan Malaysia di Seoul Korea pada 2009 dan 2010.
7.7 Aktivis dalam misi dakwah bersama Kedutaan Malaysia, Dewan Perwakilan Mahasiswa Iskandariah & Damanhur dan Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri (Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Melaka dan Perak) di Mesir pada 2008 & 2009.
-

25 February 2011

MANAGEMENT - SIRI 1

-
Seringkali kita mendengar terdapat pengurus yang tidak tahu mana satu kerja yang harus dilaksanakan mengikut prioritinya. Ringkasnya, mereka tidak peka dengan cara pengurusan yang betul. Malah, mungkin dalam aspek pengurusan mereka tidak mendalami. Bila ditanya apa itu 'pengurusan' mereka terpinga-pinga mendengar soalan 'basic' ini.
-
Lantas mulalah mereka melihat buku rujukan untuk merujuk perkataan 'pengurusan'. Lalu mereka pun mencatit bahawa pengurusan ini melibatkan 'planning', 'organising', 'delegating' dan 'control'. Apa pula erti keempat-empat perkara di atas? Bingung lagi. Ingin bermula dengan 'merancang' tetapi keliru apa yang mahu dirancang, bagaimana merancang. Baru 'planning' sudah bingung kerana tidak tahu apa yang dirancang.
-
Bagaimana mahu 'organise', 'delegate' dan 'control' kalau tiada perancangan strategik terlebih dahulu? Akhirnya, ada pengurus yang memulakan pengurusan 'songsang' dengan mendahulukan 'control'!. Lebih memburukkan lagi keadaan bila mana pengurus itu melangkau tugas orang lain. Perbuatannya melangkau tugas orang lain salah satu punca keruntuhan keberkesanan organisasi. Ini disebut sebagai 'overlapping'. Kerja utamanya tidak dilaksanakan tetapi kerja orang lain dia buat. Bila ini berlaku, subordinate (kakitangan dibawahnya) akan menjadi bingung dan akhirnya akan melepaskan tanggung-jawabnya.
-
-

BREAKING NEWS - GAZA DISERANG LAGI?

-
Pada masa negara Islam bergolak, Isreal pula mengambil kesempatan mengebom dan membunuh rakyat Palestin. Israel munuduh Palestin melancarkan roket ke bandar Beersheva tetapi dinafikan oleh pemimpin Hamas. Inilah cara yahudi yang sangat pintar mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain. Mungkin juga ajen Israel yang melancarkan roket itu ke nagaranya sendiri dan memberitahu satu dunia menuduh Palestin yang melancarkan roket lalu mencipta dijadikan sebagai alasan untuk menyerang Gaza. Sekali lagi, kita mungkin akan menyaksikan kereta kebal Isreal masuk ke Gaza seperti yang berlaku pada bulan Disember 2008 hingga Januari 2009 yang membunuh 1,400 rakyat awam Palestin.
-
Kemungkinan lain, Isreal mengambil kesempatan melancarkan roketnya mengebom mana-mana masjid di Libya atau Mesir yang boleh menimbulkan ketegangan dikalangan rakyat Libya dan Mesir. Angkara jarum halus Yahudi, akhirnya akan tercetus perang saudara dan ini menguntungkan Isreal dan Yahudi.
-
Berikut adalah petikan berita yang saya petik hari ini, 23.02.2011:
-
-
"JERUSALEM (AFP) - – Israel on Thursday warned militants in the Gaza Strip not to "test" the Jewish state, as fighter jets pounded targets across the coastal enclave after a Palestinian rocket attack.
-
Netanyahu said he had ordered the military "to respond with force and they did that immediately on a wide scale."
-
Later, war planes bombed several other sites across the coastal strip, which the military called "hubs of terror."
Palestinian sources said there were four Israeli strikes, three in Gaza City and one in the southern town of Khan Yunis.
-
Hamas spokesman Ismail Radwan rejected the accusation, blaming the "Zionist enemy" for "this escalation and the targeting of our people."
-
Israel carried out a massive 22-day offensive in Gaza from December 2008 to January 2009 to stop rocket fire from the coastal enclave. The offensive killed 1,400 Palestinians, more than half of them civilians, and 13 Israelis, 10 of them soldiers.
-
-

23 February 2011

Flash Back - Dr Jeffrey Resigned Dari PKR

-
Wednesday, October 28, 2009

Dr Jeffrrey Resigned as PKR member
-
Kota Kinabalu, 28.10.2009 (Wednesday):-
-
At last Dr Jeffrey Kitingan made decision to quit Parti Keadilan Rakyat (PKR). He made the decision to quit PKR due to PKR leadership who are disrespactful to the Sabahan sentiments.
-
Dr Jeffrey was a former PBS member, joined Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) later quit to join Parti Bersatu Rakyst Sabah (PBRS). Dr Jeffrey was forced to quit PBRS after a court decision to give PBRS to Tan Sri Joseph Kurup, the rightful leader of PBRS. Later on, Dr Jeffrey joined PKR not through PKR Keningau but went direct to PKR Kuala Lumpur. Anwar through Wan Azizah, PKR President, appointed him as Naib President of PKR at the national level. Finally Dr jeffrey quit as PKR today citing his disatisfaction to PKR leadership.
-

BILA CERAMAH DISELITKAN UNSUR NEGATIF...

-
Sekadar menjana pemikiran strategik

Seringkali kita mendengar keluhan umat islam terutama jemaah masjid dan surau-surau kerana isi kutbah jumaat dan ceramah lebih banyak tertumpu kepada menyindir, mencemuh atau memperlekehkan kewibawaan orang lain dan membelakangi unsur-unsur atau isi kandungan yang memotivasikan, mendidik, menerapkan nilai-nilai murni, berunsurkan perpaduan dan persaudaraan, menaikkan semangat kesukarelaan dan menerapkan sikap keikhlasan serta menerapkan pendidikan melalui saikologi.

-


Kata mereka lagi, isi kandungan ceramah yang mendatar dan isinya yang hampir sama sebulan yang lalu (tidak ada peningkatan isi dan kualiti) atau isi kandungan ceramah yang diada-adakan ini salah satu penyebab umat islam berfikiran 'statik' dan tidak ada peningkatan ilmu. Lebih malang lagi, mereka tidak berminat mendengar ceramah kerana alasan yang sama. Kata mereka lagi, isi ceramah dan kutbah yang mendatar (membosankan) atau tidak berasaskan fakta terkini (fakta yang ketinggalan zaman) tidak mampu menyatu-padukan ummah dan gagal menabur benih keikhlasan di negara kita. Ketiadaan ceramah yang berkualiti boleh menyebabkan pendidikan agama islam tidak sampai ke akar umbi. Ceramah tidak lagi dapat menyentuh hati umat islam kerana penyampaiannya tidak berkualiti. Samalah dengan kita mempunyai sejenis 'produk' yang baik tetapi tiada yang membelinya kerana cara dan kaedah 'memperagakannya' tidak menarik. Implikasinya, gejala negatif melanda umat islam. Umat islam kehilangan nilai-nilai murni, sikap bertolak-ansur dan sikap kesederhanaan. Umat islam menjadi angkuh, sombong, bongkak, celupar dan suka memperlekehkan orang lain.

-

Mungkin kenyataan ini tidak betul jika dipandang dari satu sudut sahaja. Benarkah ini berlaku? Soal betul atau salah bukan perkara utama tetapi sekadar 'menjana pemikiran strategik'. -

-

14 February 2011

'LESEN' MEMPERLEKEHKAN ILMU ORANG LAIN

-
Saya terdengar satu kenyataan/cerita dari ustaz beberapa hari yang lalu. Katanya "Tafsiran ayat Quran yang dibuat oleh orang yang tidak bersekolah agama (secara formal) tidak akan atau tidak boleh diterima walau pun tafsirannya betul". Betulkah? Lalu saya bertanya "Dan bagaimana dengan buku tafsiran Pak Hamka?", katanya "sama" kerana Pak Hamka tidak bersekolah agama. Kenyataan ini sudah berkali-kali saya dengar dari mulut ustaz ini. Lalu, hati kecil saya bertanya, "Loh..bagaimana dengan umat Islam yang belajar agama melalui ceramah, kuliah magrib dan subuh dan bagaimana pula kalau berguru dengan isteri atau suaminya yang jauh lebih tinggi kelulusan pendidikan agamanya dari ustaz yang mengeluarkan kenyataan?".
-
Saya pasti pengalaman ustaz ini diawal usianya (baru keluar/lulus dari kolej islam) juga pada ketika itu masih kurang. Dan untuk menambah pengalamannya, pastinya ustaz ini belajar atau merujuk kepada buku-buku islam yang ditulis oleh orang lain. Pak Hamka juga pastinya banyak membaca buku-buku islam yang membolehkannya memahami ajaran Islam dan menulis buku. Kan ada persamaanya tu. Jadi, soalnya kenapa memperlekehkan kewibawaan ilmu orang lain? Apakah dengan mengeluarkan kenyataan diatas maka 'lesen' memperlekehkan orang lain bertambah mahal nilainya dan sekali gus mengekalkan atau memartabatkan lagi 'authority'nya mengenai hak mentafsir agama mengikut pandangannya dan menidakkan pandangan orang lain walaupun betul? Atau.. ada niat lain barangkali atau...memperlekehkan ilmu anak muridnya sendiri.
-

11 February 2011

KURSUS PERUBATAN ISLAM ANJ. PISANG E/MALAYSIA

-
Penyertaan kursus ini terbuka kepada mereka yang serius menjadikan perubatan Islam sebagai salah satu medium dakwah yang berkesan. Penyertaan terhad kepada 30 orang. Latar belakang penceramah boleh dilihat dalam blog "Pisang-eastmalaysia" di bawah:
Tarikh: 5 & 6 Mac 2011 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Masjid Negeri Sabah (Bilik Kuliah 1)
Masa : 8.00 AM - 5.00 PM
-
Penceramah:
Ust Mohd Tirmizi Zainal (Pengamal Perubatan Islam Antarabangsa)
-
Anjuran:
Professional Islamic Support And Nurture Group (P.I.S.A.N.G) East Malaysia.
-
Penyertaan:
Sila hantar Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat & No.HP melalui SMS ke 013-8693148 atau melalui email:jjabcgroup@gmail.com
-
Topics covered:
-
1. The concept of Islamic Medical Treatment (IMT)
2. IMT in relation to modern medical treatment
3. IMT in relation to alternative therapy
4. The unseen in Qur’an and Sunnah
5. Illnesses and disease caused by the unseen
6. Sihr and disturbances
7. Protection against the unseen
8. Determining diagnoses
9. Treatment methodology (Ruqyah Shar'iyyah): Evidence and principles
10. Ruqyah Shar'iyyah (practical)
11. Case studies
-
*Nota: Bagi yang telah menyertai kursus Siri 1 dan 2, mereka layak mengikuti ujian praktikal untuk tujuan 'pengijazahan'.
-
Latar Belakang Penceramah:
-
1.0 NAMA:
Mohd. Tirmizi Zainal
-
2.0 UMUR:
24 Tahun
-
3.0 PENDIDIKAN:
-Medical Terminology Certificate (Royal Melbourne Hospital, Australia 2010)
-Diploma Tahfiz Wal Qiraat Darul Quran JAKIM (SELANGOR 2004/2007)
-Ijazah Perubatan Islam (Jordan 2007 & Yaman 2009)
-
4.0 GURU PERUBATAN ISLAM:
-Syeikh Dr Ibrahim Jawarneh (Pensyarah Fakulti Syariah Universiti Yarmouk Jordan)
-Syeikh Mahmud Ahmad Al-Qadasi (Imam Besar Masjid Hail Yaman)
-Syeikh Sulaiman Abduh (Pegawai Pusat Dakwah Sana'a Yaman)
-
5.0 PENGALAMAN:
-Aktif memberi kuliah dan rawatan di Malaysia (sejak berusia 16 tahun), Singapura, Brunei, Arab Saudi, Mesir, Yaman, Jordan, Qatar, United Kingdom, Peranchis, Australia, New Zealand, China, Hong Kong dan Korea.
-
6.0 PENGLIBATAN DALAM KHIDMAT SOSIAL:
-Koresponden antarabangsa Group Pengkaji tamadun Dunia (GPTD) Jordan dan Australia 2006 & 2007
-Mantan Timbalan Pengerusi Professional Islamic Support and Norture group (PISANG) United Kingdom 2008 & 2009
-