Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

20 December 2008

KELAS MUQADDAM DI KG LIKAS


Kg.Likas, Kota Kinabalu:-


Seramai 23 orang wanita telah menghadiri kelas muqaddam yang dianjurkan oleh penganjur di Kg Likas pada 16.12.2008, baru-baru ini. Jumlah perserta ini dijangka akan bertambah di kelas akan datang. Untuk kelas kedua, tempat dan hari telah berpindah seperti berikut:

Perubahan kelas:

HARI : SETIAP HARI RABU
MASA : 1.30 PM
TEMPAT : SURAU TAMAN KEMAJUAN


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Kasmah Hasbullah, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kelas.








Pelajar sedang mengikuti kelas muqaddam.













Jawatankuasa Pengelola kelas muqaddam. Puan Kasmah Hasbullah (duduk nombor dua dari kanan) telah dipilih menjadi pengerusi.








Pelajar bergambar beramai-ramai dihari
pertama kelas muqaddam.

16 December 2008

KELAS MUQADDAM DI KG LIKAS BERMULA 16.12.2008

Penganjur kelas Muqaddam Kg Likas akan memulakan kelas Muqaddam pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16.12.2008 (Selesa).
Tempat : Balairaya / Tadika, Kg Likas Kota KInabalu.
Masa : 1.30 Petang.

Kelas pertama ini terbuka hanya kepada wanita dewasa. Insya Allah, kelas dewasa untuk lelaki akan diadakan kemudian. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: 0138686885 atau datang sendiri ke Balairaya Kg Likas (berhampiran dgn padang SK Kampung Likas).

13 December 2008

RAYA KORBAN DI HARI KETIGA

10.12.2008, Kg Likas Kota Kinabalu:-



Raya korban hari ketiga, saya dijemput oleh J/Kuasa wanita Kg Likas untuk memberi ceramah bertajuk 'Jutawan Al-Quran' bertempat di Balairaya Kg Likas. Majlis tersebut dihadiri oleh pemimpin masyarakat serta kira-kira 40 orang wanita Kg Likas.
Pada hari itu, kelas Al-Quran di lancarkan oleh Encik Jumat Ideris, Ketua Bahagian UMNO Sapangar. Ketua Bahagian berjanji akan membantu persatuan ini menganjur kelas Muqaddam dan Al-Quran yang bakal dimulakan tidak lama lagi.
Turut hadir ialah, Hjh Zaiton binti Kasim, Naib Ketua UMNO Sapangar, Yusof Ghani, Ketua Kampung Likas.






Puan Kusnah Kadis, Ketua Cawangan Kg Likas menyampaikan cenderahati kepada Janis selepas ceramah.















Peserta Wanita sedang mendengar ucapan dari Ketua Bahagian Sapangar.












Sebahagian dari peserta wanita








Sementara itu, J/Kuasa telah menetapkan kelas muqaddam pertama pada 16.12.2007 bertempat di Balairaya Kg Likas.

KORBAN DI KAMPUNG PATAU

9.12.2008 (Selasa), Kg Patau Tambunan:

Korban hari kedua saya ke Tambunan menyaksikan majlis korban di surau Kg Patau. Umat islam di Kg Patau begitu bersemangat menyambut raya korban walaupun hanya seekor yang dikorbankan. Bagi penduduk Islam Kg Patau, korban ini satu-satunya cara menghimpunkan mereka. Walau pun bilangan penduduk islamnya amat sedikit, namun semangat berkorban tetap tinggi.


Sebanyak empat buah kampung terlibat dalam korban tersebut iaitu Kg Patau, Kg Narayat, Kg Bambangan, Kg Babagon. Sementara daging korbannya di agih-agihkan kepada penduduk islam di luar kampung ini.









Pemberian kepada mualaf dari Kg Katagayan











Seorang lagi mualaf dari Kg Bambangan Tambunan menerima daging korban.














Korban ini juga turut disaksikan oleh kanak-kanak walaupun mereka tak tahu pengertian korban.












Memang susah menumbangkan lembu besar yang liar lagi agresif tapi semangat berkorban dapat mengatasi segala-galanya.






Semoga rezki bertambah untuk membolehkan korban di masa akan datang.

KORBAN DI SANA-SINI

8.12.2008 (Isnin), Kota Kinabalu:-

Dikala orang lain bercuti, saya dan rakan saya di Masjid Negeri Sabah sebok menyediakan tempat yang selesa di Masjid Negeri Sabah bagi menyambut kehadiran kira-kira 10,000 orang jemaah Masjid Negeri yang bakal bersolat di Masjid. Memang tidak mudah menyediakan tempat untuk 10,000 jemaah yang terdiri dari pelbagai kaum dari dekat dan jauh dari masjid negeri. Tandas perlu dibersihkan, tikar tambahan dibentangkan di seluruh jawasan masjid, pemasangan kain sempadan lelaki dan perempuan, menyediakan petugas yang cekap menjaga keselamatan masjid negeri, kenderaan jemaah dan pelbagai lagi.





Jemaah lelaki di Masjid Negeri Sabah

















Jemaah wanita di Masjid Negeri Sabah















Selepas solat, saya menyaksikan 6 ekor yang di korbankan di perkarangan Masjid Negeri.

05 December 2008

PERKEMBANGAN GADIS MUALAF DI SEMENANJUNG

Baru-baru ini saya bertanyakan perkembangan gadis mualaf yang sedang belajar agama di semananjung. Alhamdulillah, pembelajaran gadis itu amat membarangsangkan. Beliau cepat sekali menerima ilmu agama. Cuma, kakaknya belum menemuinya kerana mereka tinggal berjauhan. Masalah kekurangan dana, kakak gadis mualaf itu tidak dapat menemui adiknya.
Baru-baru ini, saya menerima SMS dari kakaknya memohon ihsan dari saya dan rakan muslim lain agar dapat kiranya menyumbangkan dana membeli tikit kapal terbang untuk membolehkan ia kembali ke Sabah untuk urusan formal mengenai beberapa dokumen adiknya. Insya Allah sedang diusahakan.
Kepada penyumbang yang ingin menyumbang, bolehlah dihantar kepada saya , HP: 013-8693148 di Masjid Negeri Sabah atau terus ke akaun kakak kepada 'gadis mualaf' di Bank Islam bernombor: 10016020432489.

30 November 2008

UPDATES: TO ALL QURAN STUDENTS

I wish to recap what we have learned today during Quranic class for beginers:

1. Chapter 'Al-Lahab' : 3 types of Qalqalah ie. Kubra, Sugra and Akbar
2. 'S' special: Two letterings namely 'KAF' and 'TA'.
3. Wajibbal Ghunnah : 2 Letterings / Tasydid:-"NUN and MIIM'
4. Proper pronounciation (makraj) for all the arabic letterings
5. Difference in writing between "bagdadiah/Imlaii' and 'Rasm Uthmani'

REMINDER:

Those of you who wish to join the 'GROUP A' class, feel free to attend as follows:

DAY : Every Monday, Wednesday and Friday night

TIME : 8.00 PM (after Isyak prayer)

VENUE : Bilik Kuliah/Information Centre, The State Mosque Of Sabah'.


The chapter is 'Surah Muhammad: JUZU 26'.

INDIVIDUAL ASSIGNMENT: All given out. If anyone wish to change, let me know.

Final Recitation (Majlis Khattam): January or early February 2009.

See you in the next class.


TO ALL REVERTS

ALL dear brothers and sisters reverts YOU ARE ALL WELCOME to share your heart, mind, experience and hope.... to contribute for the sake of Allah, Islam, ummah and humanity! Let me know whether you agree to publish your experience.

Insya Allah. Sharing is caring is loving all Mankind...

Send your mail to me:
jjabcgroup@gmail.com

jazakallah khairan khatiran

Salam ukhwah for Allah

27 November 2008

ALUMNI UiTM SHAH ALAM DAN ALUMNI UiTM SABAH

26.11.2008, Kota Kinabalu, Rabu:-


Satu rombongan dari Alumni UiTM Shah Alam telah mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa Alumni UiTM Sabah. Rombongan itu di ketuai oleh Datuk Shafee dan disertai oleh beberapa ahli alumni UiTM Shah Alam termasuk Timbalan Pendaftar UiTM Shah Alam.




Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun, Yang Di Pertua Alumni UiTM Sabah serta beberapa AJK Tertinggi Alumni UiTM Sabah, turut meraikan rombongan ini di salah sebuah restoran di Kota Kinabalu. Turut hadir ialah Pengarah UiTM cawangan Sabah, Prof Madya Dr Worran Kabul.
















Atas: Kelihatan beberapa AJK Tertimggi Alumni UiTM Sabah turut hadir.














Atas: Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan abadi.
















Atas: YB Datuk Masidi, YDP Alumni UiTM Sabah, Datuk Shafee (kiri) dan Encik Azhar Matussin, Tim YDP Sabah (kanan) dalam satu majlis makan malam di Kota Kinabalu.







































25 November 2008

A DAY TRIP TO TENOM




23.11.2008 (SUNDAY):-


After attending the wedding at Kg Jawa Sumbiling, my family visited the famous Agriculture Garden, which is eight kilometers from Tenom Town. It was quite tiring walking along the pathway for more than a kilometer. Those who loved plants will definitly love the beautiful and informative scenes. Of course, we see green all over. Not many visitors as we expacted, which made the visit all ours.










Tired of walking, we had a quick photo take











The famous lake with the rowing boat behind
















One for our album.











Beautiful lake at Taman Pertanian


















A night stay at Perkasa Hotel Tenom







SELAMAT PENGANTIN BARU

23.11.2008 (Ahad), Tenom:-


Selamat pengantin baru kepada Mohd Safffaruddin bin Sairun dan Norhafezahtul bt Md Darwis, keluarga kami di Kg Jawa Sumbiling, Melalap Tenom. Pengantin lelaki berasal dari Kg Talang Trosor, Sungai Siput (II), Perak dan pengantin perempuan dari Kg Jawa Sumbiling Tenom.







TAHNIAH!













Closeup photo.














Keluarga kedua pengantin laki-laki dan perempuan bergambar kenang-kenangan tanda restu.












Dah penat berdiri, kita duduk pula...!!!







SEMOGA PASANGAN INI KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT

21 November 2008

'My Journey'' - By Yusuf Estes (DI PETRONAS)

Kota Kinabalu, 20.11.2008, Khamis:-



Syeikh Yusuf Estes dari Texas USA sempat memberi ceramah di Pejabat Petronas Kota Kinabalu bagi memberi suntikan semangat kepada kakitangan PETRONAS. Ceramah bercampur gurauan Syeikh Yusuf mengenai kemasukannya kapada islam, banyak memberi semangat kepada penonton.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung USIA, Datuk Hj Abdullah Hussin dan Ustz Abu Hurairah, Pegawai Dakwah USIA dan Hj Burhan Rasit, Pengurus Besar Petronas Wilayah Sabah & Labuan, serta kakitangannya.








Yusuf Estes bersama dengan Pengurus Besar Petronas Hj Burhan Rasit, dalam bertukar-tukar cendera kenangan.













Syeikh Yusuf menghadiahkan topi koboi Texas kepada Hj Burhan Rasit selepas selesai ceramah.












Syeikh Yusuf Estes sedang memberi ceramah mengenai 'perjalanannya' menuju jalan keimanan iaitu agama islam.




Full video available. Contact: janis.abdullah@gmail.com

20 November 2008

CERAMAH YUSUF ESTES BEKAS PADRI DARI TEXAS USA (DI YAYASAN SABAH LIKAS)

KOTA KINABALU, 19.11.2008:-

Kira-kira 800 orang menghadiri ceramah Yusuf Estes, bekas padri dari Texas USA, yang diadakan di Auditorium Yayasan Sabah. Antara kenamaan yang hadir ialah Datuk Masidi Manjun dan Datuk Jahid Jahim. Majlis itu anjuran JAKIM, USIA, JHEAINS dan CONCERN.
Ceramahnya yang memakan masa kira-kira sejam itu menyentuh mengenai pengertian islam sebenar, sains dan keimanan.







Yusuf juga membenarkan penonton bertanya secara bertulis yang adakalanya lucu dan menghiburkan.






Antara pertanyaan lucu yang menggamatkan penonton ialah : Kenapa kamu kelihatan 'comel' di TV? Yusuf tidak menjawab kerana menganggap soalan ini soalan mengusik.


Ada juga pertanyaan samada benar atau tidak angkasawan Amerika benar-benar mendarat di bulan atau disebaliknya. Yusuf menjawab secara bersahaja. Beliau minta penonton menjawab sendiri. Penonton bertambah gamat.

Yusuf mengakhiri ceramahnya dengan mengajak penonton melihat sendiri laman-laman webnya untuk lebih lanjut. Antaranya: yusuf estes.com

Saya sempat mengambil video walaupun videonya kurang mantap tetapi cukup baik untuk saya membuat kajian dan kalau boleh dijadikan video untuk edaran kepada rakan-rakan yang tidak berkesempatan hadir.

19 November 2008

CERAMAH MR. YUSUF ESTES - BEKAS PADRI, TEXAS USA



Bekas Padri bernama Yusuf Estes dari Texas USA akan berceramah di Likas pada ketetapan berikut:


Tajuk : Faith, Science &Common sense
Tarikh : 19.11.2008 (Rabu)
Tempat : Auditorium Yayasan Sabah Likas, K.K
Masa : 7.30 Malam



Semua dijemput hadir.