Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

08 December 2021

*KUMPITAI vs. PEJUANG SENYAP* Menurut cerita orang-orang tua kami di Kampung Patau Tambunan, tentera jepun ini amat ganas dan zalim diketuai oleh Kumpitai. Kumpitai ini satu nama yang sangat popular pada zaman pemerintahan Jepun di negeri Sabah tahun 1943 hingga tahun 1945 khususnya di Kampung Patau Tambunan. Penjajahan jepun ke bumi Borneo Utara lapan puluh tahun yang lalu meninggalkan kesan yg amat mengerikan. Nama Kumpitai ini nama gelaran orang orang dusun utk ketua askar Jepun yang sangat ditakuti kerana sangat bengis, garang dan zalim membunuh sesuka hati. Kalau di Tambunan musuh ketat dan musuh tradisi bagi tentera jepun ialah orang-orang cina. Tiada satu pun orang cina Tambunan yg berani menunjukkan identiti kecinaan mereka kerana takut akan dibunuh oleh Kumpitai. Penduduk cina Tambunan menjadi 'pelarian' kerana diburu oleh kumpitai. Cerita dari perempuan tua cina yg mengusahakan kedai runcit 'Tun Tai', yg saya kenali tahun 1970, selepas balik dari sekolah St Martins saya berhenti rehat dibangku panjang kedai Tun Tai. Hampir hari hari saya duduk melepaskan lelah di depan kedai Tun Tai. Ceritanya kira-kira saya ceritakan melalui dialog ringkas. Tun Tai: (merenung saya yg kepenatan berjalan balik dri Sekolah St Martins lalu memulakan pertanyaan) Ko punya kampung di mana? Saya: Patau (jawab saya ringkas) Tun Tai: Ko kenal Abdullah Dihol kah? Saya: Bapa saya itu. (saya jawab ringkas). Tun Tai: Kalau bukan ko punya bapa, habis semua ini cina di Tambunan kena bunuh jepun. Saya: Apa bapa saya buat? (saya tanya ringkas). Tun Tai: Kalau ini Jipun datang, bapa kau bawa ini cina pi sungai pegalan dan kami lari ke ulu pegalan sampai ke Tunggaring. Kampung Tunggaring tempat lahir saya iaitu tempat ayah saya menyorokkan kami dari gangguan tentera Jepun) . Bapa kau bawa itu jipun pi sungai Pegalan tpi dia bawa Jipun ke muara. Di sanalah laitu Jipun dia kasi mati dan buang mayatnya di sungai pegalan (katanya. Dulu-dulu sungai pegalan ini masih dalam dan deras pula arus airnya). Inilah catatan dialog ringkas cerita Tun Tai sambil mengesat air matanya bila saya beritahu ayah saya sudah meninggal dunia. Rahsia ayah saya menolong cina diketahui oleh kumpitai lalu ditangkap dan masuk jail jepun utk dihukum keesokan harinya. Keesokkannya kumpitai membuka jail dan didapati jail itu kosong. Ayah saya kebetulan baru kembali dari perguruannya di Bandung Indonesia dan sudah tentu ilmu kebatinannya yg dipelajari dari 24 perguruannya tidak akan disia-siakan. Saya tidak berminat utk bercerita panjang mengenai mistik ini kerana saya tidak arif dengan masalah ini walaupun saya newarisi buku catitan-catitannya. Kumpitai ini jika ada sesiapa yang bersalah atau engkar arahan akan ditikam dengan pedang atau bonet atau ditembak dengan senapang lama .22 (point two two) . Kumpitai juga sentiasa mengganggu gadis² kampung termasuk isteri orang, selain itu Kumpitai akan merampas isteri dan makanan orang kampung seperti padi, ubikayu, binatang ternakan seperti ayam dan babi. Sebagai kenang-kenangan saya tulis senikata lagu kumpitai dlm bahasa jepun semasa mengganas di Kampung Patau Tambunan dulu. *Yoni yoni dete krayoku sokizo Tomonosino kadi komomoto Sundayama sundayama yaakawa Uta ata juni insi gaka yoko* Kira-kira beginilah bunyi lagu patriotik kumpitai jepun yg diturunkan kpd penduduk kampung Patau. Inilah lagu terakhir tentera Jepun yg mati satu persatu mati dibunuh serta diracun dengan buah merah 'lampada'. Suatu hari, saya dikunjungi oleh beberapa pelajar jepun ketika itu saya bertugas di Masjid Negeri Sabah pada tahun 2006 dan saya nyanyi lagu ini tetapi pelajar jepun itu tidak pernah dengar lagu tentera mereka itu. Mereka pun tidak faham apa erti lagu itu. Nenek moyang kami tidak sempat menterjemah lagu itu. Entah betul entah tidak sebutan saya. 'Siou' sajalah itu Jepun. Sungai Pegalan Tunggaring hingga ke Sungai Padas Beaufort menjadi aksi arwah ayah saya menjadi 'pejuang senyap' membunuh tentera jepun secara senyap-senyap tanpa menggunakan senjata canggih. Dan mayat mereka dibuang ke sungai Pegalan dengan cepat. Kaedah ini berjaya mengurangkan populasi tentera jepun di bumi pendalaman Sabah. Tektik senyap ini tidak ketahui oleh tentera british ketika itu sebab itu sedikit pun tidak diberi pengiktirafan orang putih. Setelah jepun surrender pada tahun 1945 barulah rakyat sedar tentera jepun semakin berkurangan di Tambunan dan Beaufort. Kalau di Tambunan, hanya Tun Tai dan kapitan cina yg tahu manakala di sungai padas Beaufort hanya arwah Abdul Rahman saja yg tahu. (bersambung...)

20 February 2021

 30 TAHUN UMNO SABAH

20.02.2021 genaplah 30 tahun UMNO bertapak di Sabah. Saya masih ingat 30 tahun dahulu berebut-rebut rakyat Sabah mau masuk umno dan berebut-rebut juga yang mahu pegang jawatan dalam UMNO. Saya bermula dari pemuda dan memegang jawatan sebagai naib ketua pemuda UMNO Keningau. Saya masih ingat perhimpunan USNO di Shangrilla Tg Aru yang membincangkan kemasukan UMNO ke Sabah dengan syarat USNO mesti dibubarkan. Semua pemimpin USNO akur dengan kemasukan UMNO ke Sabah. Berebut-rebutlah mereka mengisi borang keahlian UMNO. Maka dengan resminya USNO bubar. Setelah ratusan ribu mengisi borang keahlian maka semuanya rasa selesa bila mereka berpindah dari kapal kecil ke kapal besar.


Seminggu berlalu, saya melawat pejabat lama USNO di Jln Dewan Masyarakat, saya lihat borang keahlian UMNO masih terdam[ar dalam kotak tidak berseal. Tiada yang menghantar ke Ibu Pejabat UMNO di PWTC. Saya berbincang dgn pemim[in UMNO /USNO ketika itu bila borang-borang tersebut mau dihantar ke Ibu Pejabat KL. Masing-masing tidak tahu atau tidak mahu peduli. Saya pun menawarkan diri untuk menghantar kesemua borang tersebut dengan perbelanjaan sendiri dengan syarat ada yang menunggu saya di Lapangan Terbang Subang. Di Subang saya disambut oleh sdr Tajuddin Ali, mantan setiausaha  Pak Lah. Maka selamatlah 150,000 borang keahlian UMNO sampai ke Ibu pejabat PWTC.

Ramainya yang masuk ahli tetapi borang terbiar berampaian di ruang pejabat am. Masing masing mau rebut menjadi pemimpin tetapi tidak bertanggung-jawab menghantar ke Ibu pejabat. Dulu berpusu-pusu masuk UMNO dan memburu pelbagai jawatan dalam UMNO dan kerajaan Barisan Nasional, tetapi hari ini orang-orang yang sama juga berpusu-pusu meninggalkan UMNO setelah meraih laba dalam UMNO. 

Gensupit macam kami tertinggal jauh tanpa apa-apa yg diraih. Tetapi gensupit ini juga yang menyelamatkan UMNO Sabah dari dilanda tsunami setelah 21 ketua-ketua bahagian UMNO Sabah meninggalkan UMNO selepas tewas dalam PRU14. Apa pun saya tetap menghantar mesej seperti berikut:


SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN 30 TAHUN UMNO DI SABAH.   






20 January 2017

2,900 SINGLE MOTHERS IN SABAH ?

Officially, there are 2,900 single mothers in Sabah. That at least is how many who have registered with the Sabah West Coast Single Mother Association, according to Noraini Nooriman, 48, its chairwoman. She thinks there are 300 more scattered all over Kota Kinabalu and in towns in 17 districts such as Beaufort, Sipitang, Papar, Kinarut, Tuaran and Kota Belud. The federal and Sabah government have been helping them and a micro-finance scheme has given about 10m ringgit ($3.2m) of loans to more than a thousand of them to help them set up small businesses. Now the Sabah Women Entrepreneurs and Professionals Association (Swepa) has donated 20,000 ringgit to these poor women.

Noraini says the money comes in handy to fund her association work in training her members for vocation and business. These women – widowed, divorced or just abandoned by their husbands – are some of the poorest people, according to government officials. Slightly more than half of them are unable to fend for themselves and their children. Many are sick and are trapped in towns working as cheap labourers or factory hands.

Sociologists say they can’t return to their village to carve out a good rural living out of shame. And so help from voluntary associations such as Swepa has been a godsend for these helpless women. They are taught how to cope with their lot learning vocational and business skills to cope with life in towns which is very different from that of their village.

Free health care and education for their children have helped to ease their burden, they add.

Sources: (?)
-

KESILAPAN TERJEMAHAN AL-QURAN DALAM B.INGGERIS

PELBAGAI TERJEMAHAN AL-QURAN DALAM B.INGGERIS


Lihat pelbagai terjemahan dalam bahasa inggeris menandakan lain status pemahaman mengikut kemampuan ilmu dan kebijaksanaan masing-masing. Kita kena akui bahawa kebijaksanaan setiap manusia amat berbeza makanya kita perlu hormati setiap perbezaan kebijaksanaan ilmu mereka. Namun umat islam perlu waspada terjemahan yang dibuat oleh agen zionist bertujuan untuk memesongkan aqidah umat islam. 

PERINGATAN:
Terjemahan bahasa inggeris bernombor 9 dan 11  (dalam tulisan merah) adalah terjemahan yang salah. Saya sengaja 'copy paste' untuk mengingatkan umat islam supaya tidak sewenang-wenangnya menerima terjemahan dari internet tanpa merujuk kepada terjemahan yang betul.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terjemahan melayu

31. Dan kalaulah ada mana-mana kitab suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadaNya, maka Al-Quran ialah kitab suci yang mengandungi mukjizat. (tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya (lalu menjadikan mereka semuanya beriman) dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (keatas diri atau harta benda mereka) atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya), sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.


English translations

1. Terjemahan Imam Iskender Ali Mihr

And if there had been a Qur’ân with which the mountains are moved or the earth is torn asunder, or the dead are made to speak, all things (commands) belong to Allah. Have not yet those who believe (who are âmenû) despaired of their becoming believers? If Allah had willed, He would certainly have delivered all people to Hidayet (Guidance). Those who disbelieve do not cease to be struck by calamity (punishment), for what they have done or for it to descend near their home until there comes the promise of Allah. Certainly Allah does not turn away from His Promise.

2. Terjemahan Abdul Majid Daryabadi

And if there were a Qur´an whereby the mountains could be moved or whereby the earth could be traversed or whereby the dead could be spoken to, it would be in vain. Aye! the affair belongeth to Allah entirely. Have not then those who believe yet known that had Allah willed, He would have guided all mankind! And a rattling adversity ceaseth not to befall those who disbelieve for that which they have wrought or to alight nigh unto their habitation. until Allah´s promise cometh; verily Allah faileth not the tryst.

3. Ali Quli Qarai

If only it were a Quran whereby the mountains could be moved, or the earth could be toured, or the dead could be spoken to.... Indeed, all dispensation belongs to Allah. Have not the faithful yet realised that had Allah wished He would have guided mankind all together? The faithless will continue to be visited by catastrophes because of their doings—or they will land near their habitations—until Allah’s promise comes to pass. Indeed Allah does not break His promise.

4. Terjemahan Ali Unal

If at all through a discourse (qur’an) mountains were moved, or the earth were torn apart, or the dead were made to speak, (all would be only through this Qur’an so that the unbelievers would be compelled, having no choice but, to believe). No, but to God belongs the whole command (to decide what shall be and how it shall be). Do not yet those who believe accept that, if God had so willed, He would indeed have guided all humankind (to faith)? Those who disbelieve will not cease to be struck by severe blows for what they have been contriving, or these will alight close to their homes (to afflict them), until God’s promise (of the final victory of Islam or Judgment Day) is fulfilled. Surely God does not fail to keep the promise.

5. Terjemahan Ahmed Ali

Had there been a Qur´an which could have made the mountains move, or the earth to cleave asunder, or the dead to speak, yet all authority belongs to God. Have the believers not learnt that if God had so willed He could have guided all mankind? As for unbelievers, they will be visited by misfortune endlessly for what they have done; or it would sit in their homes till the promised threat of God comes to pass. Surely God does not go back on His promise.

6. Terjemahan Ahmed Raza Khan

And were such a Qur’an to come that would cause the mountains to move, or the earth to split asunder, or the dead to speak, even then these disbelievers would not believe; in fact, all matters are only at Allah’s discretion; so have not the Muslims despaired in that, had Allah willed, He would have guided all mankind? Disasters shall continue to strike the disbelievers on account of their deeds, or descend near their homes until Allah’s promise comes; indeed Allah does not break the promise.

7. Terjemahan Amatul Rahman Omar

Had there been a Qur´ân whereby mountains could be moved, or whereby the earth could be torn asunder, or whereby the dead could be made to speak (it is this very Qur´ân indeed). Behold! the commandment and all power belongs to Allâh. Have not those who believe realized yet that if Allâh had (enforced) His will He would have indeed guided all mankind. And as for those who disbelieve, one calamity or the other will continue to befall them owing to their (evil) activities till you come to alight in their neighborhood, until the promise of Allâh (about the conquest of Makkah) comes to pass. Verily, Allâh will not fail (this) promise (of His).

8. Terjemahan Arthur John Arberry

If only a Koran whereby the mountains were set in motion, or the earth were cleft, or the dead were spoken to -- nay, but God's is the affair altogether. Did not the believers know that, if God had willed, He would have guided men all together? And still the unbelievers are smitten by a shattering for what they wrought, or it alights nigh their habitation, until God's promise comes; and God will not fail the tryst.

9. Terjemahan Hamid Aziz

Thus have We sent you to a nation before which other nations have passed away, to recite unto them that which We have inspired in you, while they are disbelievers in the Beneficent. Say, "He is my Lord; there is no God but He; On Him do I rely, and unto Him do I turn." 
(Note: This is a wrong translation)

10. Terjemahan Hilali & Khan

And if there had been a Quran with which mountains could be moved (from their places), or the earth could be cloven asunder, or the dead could be made to speak (it would not have been other than this Quran). But the decision of all things is certainly with Allah. Have not then those who believe yet known that had Allah willed, He could have guided all mankind? And a disaster will not cease to strike those who disbelieve because of their (evil) deeds or it (i.e. the disaster) settle close to their homes, until the Promise of Allah comes to pass. Certainly, Allah does not fail in His Promise.

11. Terjemahan Maulana Muhammad Ali

Thus We have sent thee among a nation before which other nations have passed away, that thou mightest recite to them what We have revealed to thee, and (still) they deny the Beneficent. Say: He is my Lord, there is no god but He; in Him do I trust and to Him is my return. 
(Note: This is a wrong translation)

12. Terjemahan Mohammed Habib Shakir

And even if there were a Quran with which the mountains were made to pass away, or the earth were travelled over with it, or the dead were made to speak thereby; nay! the commandment is wholly Allah´s, Have not yet those who believe known that if Allah please He would certainly guide all the people? And (as for) those who disbelieve, there will not cease to afflict them because of what they do a repelling calamity, or it will alight close by their abodes, until the promise of Allah comes about; surely Allah will not fail in (His) promise.

13. Terjemahan Muhammad Marmaduke Pickthall

Had it been possible for a Lecture to cause the mountains to move, or the earth to be torn asunder, or the dead to speak, (this Qur´an would have done so). Nay, but Allah´s is the whole command. Do not those who believe know that, had Allah willed, He could have guided all mankind? As for those who disbelieve, disaster ceaseth not to strike them because of what they do, or it dwelleth near their home until the threat of Allah come to pass. Lo! Allah faileth not to keep the tryst.

14. Terjemahan Muhammad Sarwar

Even if the Quran would make mountains move, cut the earth into pieces and make the dead able to speak, (the unbelievers still would not believe). All affairs are in the hands of God. Do the believers still hope that they will believe? Had God wanted he could have guided the whole of mankind to the right path. The unbelievers will always suffer afflictions that result from their deeds or the affliction which occur near their homes, until God´s promise of punishing them will be fulfilled. God does not disregard His promise.

15. Terjemahan Qaribullah & amp Darwish

If only a Koran whereby the mountains were set in motion, or the earth cleaved asunder, or the dead spoken to. No, but to Allah is the affair altogether. Do those who believe know that had Allah willed He could have guided all people? As for those who disbelieve, because of what they do, disaster will not cease to afflict them, or it alights near their home until the promise of Allah comes. Allah will not break His promise.

16. Terjemahan Saheeh International

And if there was any qur'an by which the mountains would be removed or the earth would be broken apart or the dead would be made to speak, [it would be this Qur'an], but to Allah belongs the affair entirely. Then have those who believed not accepted that had Allah willed, He would have guided the people, all of them? And those who disbelieve do not cease to be struck, for what they have done, by calamity - or it will descend near their home - until there comes the promise of Allah. Indeed, Allah does not fail in [His] promise.

17. Terjemahan Shah Faridul Haque

And were such a Qur’an to come that would cause the mountains to move, or the earth to split asunder, or the dead to speak, even then these disbelievers would not believe; in fact, all matters are only at Allah’s discretion; so have not the Muslims despaired in that, had Allah willed, He would have guided all mankind? Disasters shall continue to strike the disbelievers on account of their deeds, or descend near their homes until Allah’s promise comes; indeed Allah does not break the promise.

18. Terjemahan Talal Itani

Even if there were a Quran, by which mountains could be set in motion, or by which the earth could be shattered, or by which the dead could be made to speak. In fact, every decision rests with God. Did the believers not give up and realize that had God willed, He would have guided all humanity? Disasters will continue to strike those who disbelieve, because of their deeds, or they fall near their homes, until God’s promise comes true. God never breaks a promise.

Terjemahan Wahiduddin Khan

Even if there were a Quran by which mountains could be set in motion, by which the earth could be rent asunder, or by which the dead could be made to speak [they would not believe in it]. Surely all things are subject to God's will. Are the faithful unaware that, had He pleased, God could have guided all mankind? Calamity shall not cease to strike those who deny the truth because of their misdeeds or to strike near their homes, until God's promise be fulfilled. God will not fail to keep His promise.

19. Terjemahan Yusuf Ali

If there were a Qur´an with which mountains were moved, or the earth were cloven asunder, or the dead were made to speak, (this would be the one!) But, truly, the command is with Allah in all things! Do not the Believers know, that, had Allah (so) willed, He could have guided all mankind (to the right)? But the Unbelievers,- never will disaster cease to seize them for their (ill) deeds, or to settle close to their homes, until the promise of Allah come to pass, for, verily, Allah will not fail in His promise.

30 November 2016

PROPHET MUHAMMAD (PBUH) FAREWELL SERMON

THE LAST SERMON (KUTBAH) (FAREWELL SERMON):

O People, lend me an attentive ear, for I know not whether after this year, I shall ever be amongst you again. Therefore listen to what I am saying to you very carefully and take these words to those who could not be present here today.

O People, just as you regard this month, this day, this city as Sacred, so regard the life and property of every Muslim as a sacred trust. Return the goods entrusted to you to their rightful owners. Hurt no one so that no one may hurt you.

Remember that you will indeed meet your Lord and that He will indeed reckon your deeds. Allah has forbidden you to take usury (interest), therefore all interest obligation shall henceforth be waived. Your capital, however, is yours to keep. You will neither inflict nor suffer any inequity. Allah has Judged that there shall be no interest and that all the interest due shall henceforth be waived.

Beware of Satan, for the safety of your religion. He has lost all hope that he will ever be able to lead you astray in big things, so beware of following him in small things.

O People, it is true that you have certain rights with regard to your women, but they also have rights over you. Remember that you have taken them as your wives only under Allah’s trust and with His permission. If they abide by your right then to them belongs the right to be fed and clothed in kindness. Do treat your women well and be kind to them for they are your partners and committed helpers. And it is your right that they do not make friends with any one of whom you do not approve, as well as never to be unchaste.

O People, listen to me in earnest, worship Allah, say your five daily prayers (Solah), fast during the month of Ramadan, and give your wealth in Zakat. Perform Hajj if you can afford to.

Remember, one day you will appear before Allah and answer your deeds. So beware, do not stray from the path of righteousness after I am gone. All mankind is from Adam and Eve, an Arab has no superiority over a non-Arab nor a non-Arab has any superiority over an Arab; also a white has no superiority over black nor a black has any superiority over white except by piety (taqwa) and good action.

Learn that every Muslim is a brother to every Muslim and that the Muslims constitute one brotherhood. Nothing shall be legitimate to a Muslim which belongs to a fellow Muslim unless it was given freely and willingly. Do not, therefore, do injustice to yourselves.

All those who listen to me shall pass on my words to others and those to others again; and may the last ones understand my words better than those who listen to me directly. Be my witness, O Allah, that I have conveyed your message to your people”. O People, no Prophet or Apostle will come after me and no new faith will be born. Reason well, therefore, O People, and understand words which I convey to you. I leave behind me two things, the Quran and my example, the Sunnah and if you follow these, you will never go astray.

23 November 2016

MUKTAMAR MAJLIS AMAL ISLAMI MALAYSIA 2016

MUKTAMAR MAJLIS AMAL ISLAMI MALAYSIA 2016
25 Februari 2016

MEMBINA KASATUAN SIKAP DALAM MENGHADAPI CABARAN SEMASA TERHADAP ISLAM DI MALAYSIA

Oleh 
Tun Abdul Hamid Mohamad 

Tajuk ini diberikan kepada saya. Saya tidak memindanya, tetapi saya cuba memadankannya dengan apa yang saya hendak katakan.

Saya telah banyak kali menulis atau berucap mengenai perpaduan orang Melayu/ Islam di Malaysia semenjak bulan April 2014 apabila tersiarnya dan menjadi viralnya rencana yang saya tulis di Bilik Cempaka, Wad 28, Hospital Kuala Lumpur sehingga kepada ucapan saya di Majlis Penganugerahan Tokoh Ma’al Hijrah dalam bulan Oktober 2015. (Kesemuanya boleh didapati dalam laman web saya). Hari ini saya akan memberi ringkasan point-point saya dan mengembangkannya untuk menjadi asas penyatuan sikap semua pihak yang terlibat untuk mencapai tujuan itu.

Dalam konteks Malaysia, Melayu dan Islam adalah synonymous. Apa yang menguntungkan orang Melayu menguntungkan orang Islam. Apa yang merugikan orang Melayu merugikan orang Islam. Demikianlah sebaliknya. Maka, apabila saya menggunakan salah satu perkataan tersebut, mengikut konteknya, ia juga akan meliputi yang lainnya. Kemuncak perpaduan orang Melayu adalah dalam tahun 1946. Pada masa itu orang Melayu bersatu padu menentang Malayan Union. Orang Melayu bersatu padu menentang ancaman pengganas Kominis. Orang Melayu juga bersatu padu dalam pejuangan menuntut kemerdekaan. Walaupun pada masa itu orang Melayu sudah berpecah kepada tiga buah parti politik nasional iaitu UMNO, Parti Negara dan PAS, semuanya sekata dalam menuntut kemerdekaan.

Dalam tahun 1963, Konfrontasi Sukarno dan, dalam tahun 1965, Malaysian Malaysia Lee Kuan Yew telah menyatupadukan orang Melayu. Dalam tahun 1969, peristiwa 13 Mei telah sekali lagi merapatkan perpaduan orang Melayu. Satu “common factor” dalam keadaan-keadaan itu ialah orang Melayu/Islam merasakan bahawa mereka berhadapan dengan ancaman dari luar.

Selepas 1969, negara menjadi lebih aman dan tenteram, kemajuan dan kamakmuran telah mula dirasai, kampung telah bertukar wajah, hampir semua rumah sudah mempunyai kereta dan banyak pula yang telah mempunyai anak yang berkelulusan atau berada di universiti, hampir kesemuanya atas biasiswa kerajaan persekutuan, kerajaan yang diterajui oleh UMNO dan BN, satu faktor yang kerapkali tidak diambil hirau (“taken for granted.”)

Dalam keadaan itu, anak-anak muda itu mula lupa asal usul mereka, mereka telah lupa bahawa mereka baru keluar dari kampung satu atau dua generasi, malah ada yang merasakan bahawa peruntukan-peruntukan perlembagaan dan dasar yang mengubah nasib mereka itu sudah tidak perlu lagi. Ada pula yang terlalu taksub dengan sesuatu yang bersifat kearaban, tanpa dapat membezakan di antara Arab dan Islam, Shari’ah dan budaya, fakta dan pandangan.

Pemimpin-pemimpin Melayu dalam UMNO telah menjadi leka dan sombong dengan kuasa dan kekayaan. Mereka merasakan bahawa UMNO akan kekal sebagai parti pemerintah buat selama-lamanya. Mereka cemburu jika ada muka-muka baru yang akan menandingi mereka. Maka UMNO menjadi ketandusan pemimpin dan reput dari dalam. Rakyat hilang kepercayaan terhadap UMNO.

Orang Melayu yang berada di luar UMNO, antaranya kerana tidak mendapat tempat dalam UMNO, mula nampak bayangan kekayaan jika berkuasa. Maka, PKR mahu berkuasa tidak kira dengan apa juga caranya dan tidak kira apa yang akan terjadi kepada bangsa, agama dan negara. PAS, terutama sekali golongan “bukan ulamak” seperti jurutera dan doktor yang menyertai PAS kerana kesukaran memecah banteng hierarchy  UMNO, juga telah mula nampak kemewahan yang boleh didapati melalui kuasa pemerintahan. Kedua-dua parti itu sedar bahawa mereka tidak boleh berkuasa di peringkat persekutuan tanpa sokongan parti orang bukan Melayu dan parti itu adalah DAP. DAP dan orang Cina telah nampak peluang untuk memperalatkan orang Melayu untuk memperkuatkan kedudukan mereka, dan sekali gus melemahkan kedudukan orang Melayu.

Orang Melayu dalam PKR seolah-olah tidak kisah manakala orang PAS seolah-olah tidak dapat membaca keadaan itu. PAS berfikir dengan mentality Kelantan. Mereka lupa bahawa paratusan orang bukan Melayu di negeri lain dan di Malaysia adalah jauh lebih banyak daripada di Kelantan; bahawa orang Cina di Kelantan berlainan daripada orang Cina di negeri-negeri lain (sebab bilangan mereka kecil); bahawa di Kelantan, pada hakikatnya, hanya ada UMNO dan PAS, kedua-duanya Melayu dan Islam (walaupun pada suatu masa PAS menidakkan keislaman UMNO, sekarang nampaknya tidak lagi, Alhamdulillah) dan bahawa mentality pemimpin UMNO dan PAS Kelantan adalah sama, ia itu mentalili “Kelantan adalah Kelantan” dan “Kelantan dahulu”. Semasa berkempen di Kelantan, pemimpin-pemimpin UMNO pun memakai kopiah putih! Maka, sama ada Kelantan diperintah oleh BN atau pembangkang tidak ada beza kesannya kepada orang Melayu/Islam. Selain daripada itu pemimpin-pemimpin PAS itu juga telah mula khayal dengan impian Putrajaya, pusat pemerintahan negara yang, sebelumnya, hendak dilelongnya, jika menang pilihanraya. Maka berlakulah kesepakatan di antara PKR, PAS dan DAP.

Saya telah berkata beberapa kali dan saya ulangi bahawa, hari ini, orang Melayu/Islam di Malaysia sedang menghadapi “ancaman luar” yang paling serious dalam sejarah. Malangnya, berlainan daripada di masa-masa lepas, orang Melayu tidak menyedarinya. Saya telah berkata beberapa kali dan saya ulangi bahawa jika pakatan pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan, parti yang akan menjadi tunggak (dominant) pakatan itu ialah DAP, bukan PKR dan bukan PAS; bahawa PKR atau PAS tidak akan dapat mengawal cita-cita DAP seperti UMNO berjaya mengawal cita-cita MCA dan Gerakan semenjak Merdeka dan bahawa satu perkara yang pasti berlaku jika pakatan pembangkang menang di peringkat persekutuan ialah, hak, kepentingan dan dedudukan orang Melayu dan Islam akan berkurangan. Sebab, orang-orang Cina meninggalkan MCA dan Gerakan dan menyokong DAP sebab mereka mahu lebih daripada apa yang telah mereka perolehi melalui MCA dan Gerakan. Dari mana “yang lebih” itu akan datang jika tidak daripada orang Melayu? Takkanlah itu pun orang Melayu tidak boleh fikir?

Tetapi Alhamdulillah, perubahan telah mula ternampak. PAS telah menyingkirkan golongan “Mat Sabu”. Pakatan antara PAS dengan DAP nampaknya telah berkecai. Pakatan dengan PKR pun nampaknya semakin renggang. Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd. Najib dan Presiden PAS, Dato’ Abdul Hadi Awang telah sama-sama menghadiri majlis yang sama dan berucap di majlis yang sama, Dato’ Seri Najib telah secara terbuka menghulurkan tangan kepada PAS untuk berkerjasama malah ahli-ahli panel dalam muktamar ini pun terdiri daripada pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS.

Nampaknya, kedua-dua pihak telah berada di garisan yang sama untuk memulakan perjalanan. Sekarang kita perlu lihat apa halangan yang ada dan bersama-sama bersedia untuk untuk mengatasinya.

Bagi saya, yang pertama sekali, orang Melayu perlu berfikir. Fikir, bukan rasa, bukan ingat. Kita hendaklah bermula dengan menggunakan perkataan “fikir” sebagai kata kerja “Saya fikir” (seperti kita kata “I think” apabila bercakap dalam bahasa Inggeris), bukan “Saya rasa” atau “Saya ingat”, akhirnya tiada siapa yang fikir berkenaan isu semasa dalam konteks Malaysia hari ini dan membuat keputusan yang bersesuaian dengan keadaan hari ini. Saya percaya ada sebabnya mengapa Allah s.w.t. mengulangi ayat “Afalaata’qiluun” sebanyak 13 kali dalam Al-Qur’an. Mungkin ada pakar-pakar Al-Quran dalam muktamar ini yang boleh memberi pencerahan kepada kita. Dalam konteks tertentu, perkataan “rasa” dan “ingat” memang sesuai digunakan.

Kedua, orang Melayu hendaklah membuang sifat hasad dengki sesama sendiri dan pada masa yang sama terlalu sensitif terhadap perasaan orang bukan Melayu sehingga orang bukan Melayu tidak perlu sensitif terhahap perasaan orang Melayu. Ditepuk belakang dan dipuji sedikit, ada “ustaz-ustaz” yang sanggup menyamakan pemimpin bukan Islam sekutu mereka sebagai “Khalifah Umar Ibni Abdul Aziz”, menyibar cerita beliau akan memeluk agama Islam, malah mengangkat tangan mendoakannya! Mentaliti itu hendaklah dikikis dari jiwa orang Melayu. Kita mesti ada harga diri.

Ketiga, orang Melayu perlu menumpukan fikiran dan tenaganya terhadap isu-isu pokok, bukan yang remeh-temeh. Di awal abad ke 20, orang Melayu di Pulau Pinang berpecah dua dan bermusuhan kerana permainan borea, satu kumpulan terkenal dengan “Bendera Merah” dan satu lagi “Bendera Putih”. Mereka bergaduh atas nama bendera mereka. Dalam tahun 1950an, orang Kelantan heboh dengan masalah hukum air liur anjing, hingga satu muzakarah besar diadakan yang menemukan ulamak-ulamak lulusan Al-Azhar dan Timur Tengah (yang dikenali sebagai “Kaum Tua”) dengan graduan-graduan Darul Uloom Deoband, India, termasuk Dr. Burhanuddin Al-Helmi (yang dikenali sebagai “Kaum Muda”). Dalam tahun 1970an dan 1980an, umat Islam, terutama sekali di Pantai Timur Semenanjung Malaysia berdepan pula dengan isu pengkafiran, dua Imam, pengharaman daging sembelihan dan lain-lain kerana berada dalam parti politik yang berlainan. Dan seterusnya.

Kempat, orang Melayu mesti sedar bahawa isu pokok yang menghadapi mereka sekarang ialah untuk menyelamat kerajaan persekutuan yang diterajui oleh UMNO demi untuk mempertahankan kedudukan agama Islam dan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Yang lainnya adalah secondary. Hudud bukanlah isu pokok sekarang. Hudud bukanlah satu-satunya ukuran keislaman sesebuah negara. Ia hanyalah satu jenis hukuman bagi kesalahan jenayah. Tidak ada sebuah parti politik di dunia ini yang wujud semata-mata untuk memperjuangkan pelaksanaan satu jenis hukuman jenayah. Biar apa pun, kerajaan persekutuan yang diterajui oleh UMNO adalah gandingan yang terbaik untuk pelaksanaan hudud, bukan pakatan pembangkang yang diterajui oleh DAP. Itu PAS perlu sedar dan terangkan kepada ahli-ahlinya.

Kelima, dengan berkerjasama di peringkat kerajaan, PAS boleh kekal sebagai PAS dan UMNO boleh kekal sebagai UMNO. Malah PAS akan dapat menyertai kerajaan persekutuan. Mungkin ada pemimpin-pemimpin pertengahan dalam UMNO yang takut kehilangan peluang menjawat jawatan dalam kerajaan persekutuan, kepada PAS. Mereka perlu fikir, mereka mahu hilang sedikit atau hilang semua? Mereka perlu bertanya diri mereka sendiri untuk apa mereka menyertai UMNO? Adakah untuk kepentingan diri semata-mata?

Keenam, mengenai UMNO. Saya telah berkata dan saya ulangi, sebagai sebuah parti Melayu/Islam, UMNO berada di atas landasan yang betul. Masalahnya adalah pemimpin-pemimpinnya. Persepsi rasuah yang tinggi di kalangan mereka, isteri-isteri mereka yang berbelanja tidak sepadan dengan pendapatan rasmi suami mereka, menjatuhkan imej pemimpin-pemimpin UMNO di mata rakyat. Lebih menyedihkan ialah, dalam keadaan tenat yang UMNO berada sekarang, pada masa pemimpin-pemimpin UMNO sepatutnya mengukuhkan parti, mereka bercakaran sesama sendiri. Percayalah, semua itu adalah “alamat kiamat” sesebuah parti, jika keadaan itu tidak diperbetulkan segera.

Saya percaya jika kesemua pihak memberi perhatian serius kepada faktor-faktor yang saya sebut itu dan berusaha dengan ikhlas kearah perpaduan dan/atau kerjasama, demi untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara, insya Allah ia akan tercapai.

Ada orang berkata kepada saya, setelah membaca rencana-rencana saya dia mengambil keputusan untuk mengundi BN dalam Pilihanraya Umum yang akan datang. Tetapi, masalahnya dia tidak sukakan pemimpin tertentu. Pemimpin itu akan menganggap undinya itu adalah undi untuk beliau, sedangkan itu bukan tujuannya.

Saya akui itu adalah satu dilema. Tetapi, dalam keadaan yang kita hadapi sekarang, kita perlu memberi tumpuan kepada ummah, bukan pemimpin. Pemimpin datang dan pergi, ummah kekal. Ummah menentukan siapa pemimpin, bukan sebaliknya. Tidak ada sesiapa yang lebih besar dari ummah, melainkan seorang Rasul. Seorang pemimpin yang berjiwa besar juga sepatutnya tahu bila dia patut berundur. Pertimbangannya ialah apabila dia sudah hilang credibility dan menjadi liability kepada parti dan demi kepentingan agama, bangsa dan negara, bukan kepentingan diri. Maka, kita janganlah bakar kapal kerana tidak sukakan nakhoda. Nakhoda janganlah membakar kapal kerana tidak mahu melepaskan jawatan. Dan, janganlah ada pula orang yang kerana hendak sangat menjadi nakhoda, hingga sanggup membakar kapal. 

Setakat ini, dalam ucapan ini, saya tumpukan kepada kerjasama antara UMNO dan PAS di peringgkat persekutuan. Sekarang saya akan mengembangkan lingkarannya. Sebenarnya, jika kerjasama itu di antara UMNO (BN) dan PAS sahaja pun, ia boleh dikembangkan ke negeri-negeri. Jika demikian, Kelantan, Trengganu, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor akan selamat.

Saya tidak menyebut PKR kerana saya tidak nampak PKR, sebagai sebuah parti, pada masa ini, boleh menyertai kerjasama ini. Lagi pula PKR tidak pernah berkata ia memperjuangkan hak orang Melayu. Ia cuma memperjuangkan hak seorang Melayu, itu pun jika orang itu masih menganggap fakta Melayunya itu masih relevan. Walau bagaimana pun, saya minta pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PKR supaya bertanya diri mereka sendiri: mereka berjuang untuk apa? Jika untuk mencapai keadilan kepada pemimpin agung mereka, sebenarnya tidak ada ketidakadilan dilakukan terhadapnya. Dia sahaja yang melaungkan ketidakadilan setiap kali mahkamah membuat keputusan yang tidak memihak kepadanya. Jika keputusan itu memihak kepadanya, dia diam. Saya ingin bertanya: siapa yang lebih layak untuk membuat kenyataan ini daripada saya?

Sebenarnya, perjuangan mereka hanya untuk mendapat kuasa tidak kira apa akibatnya kepada hak, kepentingan dan kedudukan bangsa Malayu dan umat Islam. Tidakkah sudah tiba masanya untuk pemimpin-pemimpin Melayu/Islam PKR berfikir semula dan mengubah pendirian mereka demi untuk mempertahankan hak, kepentingan dan kedudukan orang Melayu/Islam seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan?

Demikian juga NGO-NGO Melayu/Islam. Merka juga sepatutnya menyertai perpaduan ini untuk mencapai tujuan yang sama. Pada masa yang sama, mereka patut bergabung sesama sendiri, mengurangkan bilangan, menambahkan keahlian dan memperkuatkan kedudukan, bukan masing-masing hanya menjaga periuk nasi sendiri, satu tabiat yang perlu dikikis daripada jiwa orang Melayu.

Sebenarnya, tidak ada apa-apa perbezaan prinsip atau ideology di antara semua kempulan-kumpulan Melayu/Islam, baik parti politik atau NGO, yang boleh menjadi halangan kepada perpaduan atau kerjasama di antara mereka. “Halangan” yang ada hanyalah kepentingan diri: takut hilang pendapatan, jawatan dan kedudukan atau takut tidak berpeluang mendapatnya. Sanggupkah mereka berjiwa besar dan mengenepikan “halangan” itu?

Akhir kata, anak-anak negeri Sabah dan Sarawak juga patut sedar bahawa kedudukan mereka dalam Perlembagaan adalah serupa dengan kedudukan orang Melayu. Jika mereka mahu kedudukan mereka selamat, mereka hendaklah bersama-sama orang Melayu, UMNO dan BN. Bahawa sebahagian daripada mereka beragama Kristian tidak pernah menjadi masalah. Mereka boleh terus mengamalkan agama mereka seperti biasa. Kita bantah penggunaan kalimah “Allah” dalam bible dan upacara agama dalam Bahasa Melayu, terutama sekali di Semenanjung, kerana motifnya adalah untuk mempengaruhi orang Melayu menganut agama Kristian setelah mereka gagal berbuat demikian selama 500 tahun. 

Kita bukan hendak meminggir mana-mana kaum. Kita hanya hendak mempertahankan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang sedia ada. Malah, semua kaum sepatutnya bersama-sama mempertahankan Perlembagaan kerana hanya dengan cara itu perpaduan, harmoni, ketenteraman, kemajuan dan kemakmuran akan dapat dikekalkan.

Saya telah berkata apa yang saya hendak katakan. Terserahlah kepada pemimpin-pemimpin dan orang Melayu/Islam sama ada hendak menerima pandangan saya atau tidak. Soalnya, apakah yang mereka lebih utamakan, kepentingan diri atau ummah?

Sekian. Terima kasih.

tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

NOTA: Tulisan ini saya petik dari lamanweb Tun Abdul Hamid tanpa kebenaran beliau. Saya petik semua tanpa mengubah apa-apa. Saya tertarik dengan hujjah penulisnya yg membuat saya berfikir dan mungkin sangat berguna untuk perpaduan melayu/ islam. Fikir-fikirkan - Hj Janis Hj Abdullah

22 November 2016

KEMPEN MEMBACA AL-QURAN 5 MUKA SURAT SEHARI (Q5MSS) BERSAMA DENGAN TERJEMAHAN

Kota Kinabalu, 11.11.2016:

Seramai 100 orang peserta telah menyertai kempen membaca 5 muka surat Al-Quran setiap hari beserta dengan terjemahannya sekali, bermula pada 11.11.2016. Kempen ini dimulakan dari juzu 1 hingga tamat juzu 30 dan dihabiskan selama 4 bulan atau kira-kira 120 hari. 

Program secara sukarela ini adalah bertujuan untuk membudayakan membaca Al-Quran sebagai kegiatan harian. Disamping itu, membantu para peserta melancarkan bacaan Al-Quran dengan tartil. Program ini juga diharap menjadi penyuntik semangat kepada semua peserta untuk terus membaca, mengetahui erti dan seterusnya mengamalkan segala ajaran Al-Quran. Program ini juga diharap boleh dijadikan program setiap masa sebagai satu usaha memperkembangkan dakwah 'bil hal' secara istiqamah sesuai dengan kemampuan. 

Peserta kempen ini terdiri dari pegawai kerajaan persekutuan, negeri, pesara kerajaan dan korprat, para pelajar muqaddam dan Al-Quran dari Cahaya Kasih Kota Kinabalu, keluarga, suami isteri dan anak-anak mereka, para pelajar dan individu. 

Sementara itu, beberapa peserta menyatakan bahawa mereka berterima kasih serta bersyukur dapat menyertai program yang julung-julung kali diadakan ini.


Foto atas: Poster kempen


Foto atas: Jadual tarikh dan muka surat setiap hari

06 October 2016

STRATEGI BERTUKAR DARI REZKI BIASA KEPADA REZKI BERKAT:

Ini bukan idea bulat-bulat dari saya. Saya petik sedikit dari kawan kemudian diolah mengikut kesesuaian. Apa yang diceritakan semuanya berhubung-kait dengan Al-Quran & hadith. Interaksi kita dengan Allah perlu ditukar dari BIASA kepada LUAR BIASA, insyaaAllah rezeki kita pun luar biasa.

 
PETUA MENJEMPUT REZKI BERKAT:
 
1. SOLAT SUNAT DHUHA: Jika kebiasaan kita solat 2 rakaat, kita ubah dengan menambah lebih rakaat.
 
Selepas Solat Dhuha, baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya. Jika ingin jadi JUTAWAN maka berdoalah utk menjadi JUTAWAN YANG BERKAT.
 
2. TAHAJJUD: Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan bilangan rakaat tahajjud ni. Mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
 
3. BACA AL-QURAN: Bila bangun pagi, jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu.. mandi dan ambil wudhuk terus solat, baca Al-Quran & terjemahan walaupun satu ayat. Apabila kita melakukan ini.. InsyaaAllah akan beri kecukupan masa pada kita untuk satu hari.
 
4. BERZIKIR: Berzikir 'Ya Wahhab' 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.
 
5.  SOLAT BERJEMAAH: Untuk lelaki, berjemaah di surau atau masjid lebih afdal. Pergi awal 10 minit lebih awal sebelum azan.
 
6. HUBUNGAN SILRATUL RAHIM: Janganlah kita memutuskan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.
 
7. BERSEDAKAH: Ini amalan yang baik kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sembuh dari sakit, nak anak dengar cakap kita, nak kaya... kita sedekah!. Satu kali kita memberi.. Allah gandakan 10 hingga 700 kali. Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.
 
8. SOLAT DIAWAL WAKTU: Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya.
 
9. 100% KEPADA ALLAH: Serahkan sepenuhnya kepada Allah. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.
 
10. MINTA, TAWAKAL DAN USAHA: Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Sebenarnya, minta dulu baru usaha kemudiannya tawakal. Minta bulat-bulat pada Allah selepas itu kita berusaha bersungguh-sungguh.
 
11. TELEFON IBU SELALU: Bagi lelaki yg masih ada ibu, telefonlah ibu setiap hari. Ada kawan yang menelefon 3 kali dalam satu hari.
 
12. ILMU BERNIAGA TERKINI: Dapatkan ilmu yang betul dan terkini dari 'mentor' atau 'trainer' jika menceburi perniagaan.
 
13. SENTIASA BERSYUKUR: Kalau kita bersyukur, Allah akan tambah (pengertian ayat dari Al-Quran).
 
4  surah amalan setiap hari:

● Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah -Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
 
Kalau tak tahu membaca Quran, berpakatlah dengan beberapa kawan, cari guru Quran dan mulalah belajar mengaji mengikut kemampuan. Belajar sedikit-sedikit lebih baik dari tiada langsung.
 
INGAT.. REZKI BERKAT BUKANNYA BERKARAT!
.

TIPS KEJAYAAN DALAM BIDANG PERNIAGAAN

Ada seorang engineer memberitahu bahawa ada kawannya berbangsa cina telah berjaya dalam perniagaannya setelah beberapa ketika menghilangkan diri. Bila ditanya apa rahsia beliau berjaya dalam perniagaan, kawan cina itu memberitahu beberapa tip rahsia kejayaannya dalam perniagaan. Berikut adalah beberapa tips beliau berjaya dalam perniagaan untuk perkongsian:
 
1. Menjaga ibu dengan sebaik-baiknya dan memohon doa restu dari ibunya.
2. Berkawan dengan orang yang telah berjaya dalam bidang perniagaan.
3. Memberi sedakah (memberi kepada orang lain).

24 June 2016

Exorcist List

Islam Universe is NOT affiliated with this list, we don't know anyone of them not even Sh. Ayesh Quran who appears on the exorcism video clips, we just received requests to add them to our list through email, if you find anyone suspicious; please inform us to remove him immediately. If you know a righteous exorcist and would like us to add him to our list please email us at info@islam-universe.com

Please make sure to read the section before contacting an Exorcist

  • Jordan
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://www.ruqyashariyah.org/forum/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
    • Abu Ussama Salfi: 07737460548 (Leeds, West Yorkshire, UK)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Tanzania
    • Ust. Shuayb Mahmoud Shuayb: +255 (0) 754 302350, +255 (0) 716 066360 al_ilaajuherbal@yahoo.com, P.O.Box. 424, Bukoba-Tanzania
  • Morocco
  • Malaysia
    • Janis bin Abdullah: Mobile Telephone: 013-8693148, Email : jjabcgroup@gmail.com, Sabah Islamic Healing And Therapy (SIHAT), c/o. The State Mosque of Sabah, Bulatan Sembulan, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, East Malaysia.
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (Rawalpindi , Pakistan)
    • Hafiz Abdul Salam: Mobile:0092 3024011108 (call around Asar time), 99 j block model town (Lahore, Pakistan)
    • Arif Salfi:Phone: 03005132613, 03335270480, Aims islamic institute F8 (Islamabad, Pakistan)
  • Indonesia (Source: Baitur Ruqyah Asy-Syar'iyyah Online - Atom)
    • UST. FADLAN, DENGAN TERAPI RUQYAH, BEKAM DAN PENGOBATAN HERBA, Dalem 42/10 Purbayan, Kota Gede, Yogyakarta 55173 Telp. (0274) 7493940
    • KANTOR PUSAT MAJALAH AL-IMAN BIL GHOIB, RUQYAH SYAR’IYYAH: Jl. Kelurahan lama No. 05 Rt 001/015 Cililitan Kramat Jati jakarta Timur, Tlp. (021) 8092329, 93449512
    • CABANG MEDAN: Jl. Denai No.156 Medan, 061-77379231
    • CABANG PADANG: Jl.Delima No. 7 Ujung Gurun Padang, 0751-35559
    • CABANG PALEMBANG: Jl.Kapten A. Rivai Irg. Lebak (samping Bank Sumsel) Palembang, 0711-7917347
    • CABANG JAMBI: Jl.H.Adam Malik No.1 TR 21, Beringin Thehok,Jambin Selatan, 0741-7076739,7011292
    • CABANG BANDUNG: MTC (Metro Trade Center) Blok B No. 28, Jl. Soekarno hata, Bandung, 022-70269655
    • CABANG CIREBON: Perumahan Kepompongan Indah, Jl.Pangeran Cakra Buana No. 12 Sumber-Cirebon, 0231-3339243
    • CABANG TANGERANG: Beringin raya 139 D Perum I-Karawaci Tangerang, 021-55778040,70964229
    • CABANG PONTIANAK: Jl. Uray Bawadi Gang Muhibah No. 5 Pontianak, 0561-7086191
    • CABANG SEMARANG: Jl. KH. Tohir Gg. III RT 01 Rw 01 N0. 85B, Penggaron Kidul, Pedurungan, Semarang Timur, 024-70163664
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • General Presidency Of the Promotion of Virtue and the Prevention of Vice, www.pv.gov.sa
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)
    source: Islamic Universe




  • 02 January 2016


     
    Foto: Ini adalah diantara AJK PDIS yang berkunjung ke Istana Negeri Sabah


    09.02.2015 (Isnin):

    Seramai 10 ahli jawatan kuasa Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Datuk Johar Mahiruddin di Istana Negeri Sabah. Rombongan ini diketuai oleh Dato' Dr Janathan Kandok, Presiden PDIS.

    TIPS BERJAYA DALAM PERNIAGAAN - DR AZIZAN

    Ada 5 tips untuk berjaya dalam perniagaan:

    1. Perlu ada mentor yang telah berjaya sebagai ikutan
    2. Perlu ilmu
    3. Perlu ada strategi

    dan....

    4. Bertindak dengan luar biasa
    5. Berani

    24 March 2015


    Foto Hiasan
    Tutup aurat wahai anak-anak perempuan sesuai dgn Surah Al-Ahzab 59 yg bermaksud:

    59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    04 October 2012

    TIPS PELAJAR DI AMBANG PEPERIKSAAN

    Peperiksaan akhir 2012 bagi PMR, SPM dan STPM semakin hampir. Oleh itu calon-calon peperiksaan juga semakin serius mengulangkaji semada melalui kelas tambahan mahu pun secara latih-tubi soalan tahun-tahun lalu. Apa pun cara mereka, mungkin tips di bawah boleh membantu dalam pecutan akhir menghadapi peperiksaan.

    1. Jangan panik
    Masa masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.
    .
    2. Kaji topik dan pemetaan maklumat
    Semak samaada anda memahami sepenuhnya atau tidak. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan. Paling mudah, tanya guru atau rakan atau ibubapa.
    .
    3. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
    Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.
    .
    4. Kuatkan ingatan dengan secara 'output learning'
    Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran menggunakan lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran..
    -
    5. Banyakkan latih tubi dan ujian simulasi
    Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek ialah melalui latihan berterusan (latih tubi) soalan tahun-tahun lalu. Tanya guru anda kalau tak faham.
    .
    6. Nota ringkas.
    Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.
    .
    7. Rehat dan riadah secukupnya.
    Perlu mendapat tidur dan rehat yang cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.
    .
    8. Pemakanan berkhasiat dan seimbang.
    Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Pemakanan seimbang disyurkan.
    .
    9. Kawal emosi
    Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi disaat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
    .
    10. Banyakkan berdoa dan solat
    Calon perlu memperbanyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuanNya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, mohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

    Nota: Sebahagian tips ini telah disampaikan kepada pelajar islam Maktab Nasional Likas pada 27.09.2012 (Khamis) selepas solat hajat. Moga-moga memberi menafaat kepada semua calon PMR, SPM dan STPM pada tahun ini.