Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

25 August 2010

UCAPAN TERIMA KASIH

-
AL-FATIHAH
-
Allahyarhamah Ustazah Ailen binti Usok
Meninggal dunia pada 09.08.2010 jam 11.35 malam.
(umur 44)
-
Kami, keluarga Allahyarhamah Ustazah Ailen binti Usok, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua mereka yang, menziarahi, mendoakan dan menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kepada kami samada semasa hayat Allahyarhamah dan pada saat kembalinya ke rahmatullah pada 09.08.2010:
-
01. Y.B Datuk Masidi Manjun, YDP P'satuan Alumni UiTM Sabah & AJK.
02. Datuk Ismail Ag Besar, Pengerusi J/Kuasa Masjid Negeri Sbh & AJK.
03. Yang Berhormat Datuk Jahid Jahim dan Keluarga.
04. Pengetua, Guru-guru, PIBG, K/Tangan & Pelajar SMK Dtk Peter Mojuntin.
05. Jabatan Pelajaran Kota Kinabalu dan SPIM.
06. Pengetua, Guru-Guru, K/tangan, PIBG & pelajar SMK SANZAC K.K.
07. Pengetua, Guru-Guru & Kakitangan SM Toh Puan Hajjah Rahmah.
08. AJK USIA Bahagian Tambunan serta ahli.
09. Pegawai Pelajaran Tambunan dan kakitangan.
10. Pengerusi dan AJK Surau Taman Austral.
11. Persatuan Mantan Pelajar Yayasan Sabah (MAYA) & AJK.
12. Semua Pelajar Al-Quran Surau Taman Kemajuan Likas.
13. Semua Pelajar Al-Quran Masjid Negeri Sabah.
14. Semua Pelajar Al-Quran Masjid Jamek Likas.
15. Kakitangan JHEAINS Kota Kinabalu.
16. Kakitangan JHEAINS Tambunan.
17. Guru Besar, Guru-Guru, K/tangan & PIBG SK. Tg Aru 1, K.Kinabalu.
18. Jemaah Masjid Negeri Sabah.
19. Bekas Pelajar Allahyarhamah di SM T.P.Hajjah Rahmah K.Kinabalu.
20. Guru-Guru SMK Tansau.
21. Kakitangan Petronas.
22. Kakitangan Syarikat Telekom.
23. Maktab Nasional Likas.
24. Pengetua, Guru-Guru, K/Tangan & PIBG SMK Agama K.Kinabalu.
25. Kakitangan Hospital Likas.
26. Kakitangan Hospital Queen Elizabeth II.
27. Guru-guru SMK Tun Fuad.
28. Guru-guru SMK Putatan.
29. Guru-guru SMK Bahang Penampang.
30. Guru-guru SK Bahang Penampang.
31. Guru-guru Sabah College Kota Kinabalu.
32. Pengarah & Kakitangan UiTM Sabah.
33. Guru-Guru SM La Salle Kota Kinabalu.
34. Semua Jiran Taman Sempelang Sembulan K.Kinabalu.
35. Sahabat Handai Allahyarhamah (jauh dan dekat).
36. Individu yang turut menziarahi dan berdoa.
37. Sdr Ahadin Arinin & Keluarga di Tambunan
38. Penduduk Kg Patau Tambunan.
39. Penduduk Kg Karanaan Tambunan.
40. Sahabat kami serta individu yang tidak tersenarai di atas.

Pertolongan serta keprihatinan Datuk/Tuan/Puan itu semua amat bermakna bagi kami dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.
Semoga segala bantuan itu menjadi amal yang diterima Allah
serta dapat memperkukuhkan lagi tali pesahabatan.

Amiiiin.
-
SADLY MISSED BY:

-
Janis bin Abdullah (Husband)
-
Daughters & Son:
-
Nurul Atikah binti Janis (18 tahun) - UIAM P. Jaya
Nurul Afifah binti Janis (17 tahun) - SMK SANZAC K.Kinabalu
Nurul Izzati binti Janis (13 tahun) - SMK SANZAC Kota Kinabalu
Nurul Raihanah binti Janis (9 tahun) - SK Tanjung Aru 1
Muhamad Irfan bin Janis (6 tahun) - Tadika Al-Hadanah Sembulan
&
Seluruh Keluarga & Saudara kami di Tambunan
-
HP: 013-8693148

-

24 August 2010

USTAZAH AILEN USOK KEMBALI KE RAHMATULLAH

-
USTAZAH AILEN USOK DALAM KENANGAN
-
ALLAHYARHAMAH USTAZAH AILEN BINTI USOK
Meninggal dunia pada 09.08.2010 jam 11.30 PM di
Hospital Likas


Atas: Suami (janis abdullah-batik merah) dan anak-anaknya menziarahi pusara Allahyarhamah di Perkuburan Islam Pekan Tambunan Sabah sebelum mereka kembali ke Kota Kinabalu dan ke tempat kerja masing-masing. Beberapa kakaknya (Maida Usok-SMK Apin-Apin Keningau, Misnah Usok - SMK Bugaya Semporna) dan anak-anak buahnya turut menziarahi sebelum kembali ke tempat kerja masing-masing.
Atas: Kain kafan jenazah dibuka untuk membolehkan anak sulungnya Nurul Atikah binti Janis (pelajar UIAM Petaling Jaya) melihatnya kali yang terakhir.


Atas: Ini foto diambil pada 08.08.2010 kira-kira jam 6.00 petang iaitu sehari sebelum meninggal. Kelihatan masih ceria walaupun sakit. Bersama Allahyarhamah ialah kakak sulungnya Puan Maida Usok (bertugas di SMK Apin-Apin Keningau) yang menziarahinya dan bergambar di hospital kali yang terakhir. Allahyarhamah meninggal pada 09.08.2010 kira-kira jam 11.35 malam.
 
-

23 August 2010

AKTIVITI USIA KG PATAU

-
USIA CAWANGAN KG PATAU TERUS AKTIF MELALUI SAYAP WANITANYA
Atas: Wanita USIA Kg Patau menyertai pertandingan nasyid hingga ke peringkat negeri Sabah.


Atas: Wanita USIA Kg Patau menyertai pertandingan nasyid peringkat daerah Tambunan dan berjaya menjadi johan.
Atas: Wanita USIA Kg Patau terus aktif mengadakan kelas-kelas fardu ain dengan bimbingan dari pegawai JHEAINS Tambunan

Atas: Bergambar untuk kenang-kenangan selepas menjuarai pertandingan nasyid peringkat daerah Tambunan

Atas: Ketua kumpulan nasyid Puan Siti Zubaidah binti Abdullah, sedang menerima hadiah johan dari YB Datuk Hj Sairin Karno, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.
-
Kg Patau Tambunan:-
-
USIA cawangan Kg Patau khususnya sayap wanita telah mempergiatkan aktivitinya di Tambunan khususnya di Kg Patau Tambunan bagi memartabatkan Islam di kampung Patau. Syabas kepada wanita USIA Kg Patau!.
-
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
-
1. 02.01.2010 - Majlis tahlil dan doa selamat khusus untuk anak-anak yang akan kembali ke sekolah masing-masing.
-
2. 25.01.2010 - Majlis silratul-rahim sempena menyambut lawatan Datuk Hj Amri Hj Suratman, Pengarah JHEAINS dan rombongan ke surau Kg Patau.
-
3. 6 & 7.02.2010 - Menyambut kumpulan XPDC dari guru-guru dan pelajar Sekolah Ugama Islam (SUI) yg turut mengimarah surau Kg Patau.
-
4. 04.03.2010 - Melibatkan dalam perayaan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tambunan.
-
5. 17.04.2010 - Mesyuarat Agung Tahunan USIA cawangan Kg Patau.
-
6. 16.06.2010 - Lawatan Pelajar Al-Quran dari Masjid Negeri Sabah dan Surau Taman kemajuan Likas ke surau Kg Patau dan pemberian sumbangan pakaian terpakai kepada umat islam yang memerlukan.
-
7. 08.08.2010 - Lawatan Pengarah JHEAINS kali ke 2 ke surau Kg Patau sempena penyerahan tapak surau Kg Patau untuk pembenaan masjid.
-
8. 22.08.2010 - Majlis berbuka puasa bersama dengan warga SUI Pekan Tambunan.
-
Disamping aktiviti ini, terdapat beberapa lagi program yang belum dijalankan tetapi telah dijadualkan sebagai usaha USIA mengeratkan silratul dalam kalangan umat islam di Kg Patau.
-

MAJLIS PENYERAHAN TAPAK SURAU KG PATAU KEPADA KONTRAKTOR UNTUK MEMBINA MASJID

-
KG. PATAU TAMBUNAN, 06.08.2010:
-
Seperti yang dijanjikan, akhirnya tiba masanya bagi JHEAINS menyerahkan tapak surau kepada kontraktor untuk membena masjid baru. Majlis penyerahan ini dilaksanakan sendiri oleh Datuk Hj Amri Hj Suratman, Pengarah JHEAINS dan rombongannya pada 06.08.2010 (Isnin) kepada kontraktor.

Atas: Foto surau Kg Patau dari depan (front view). Surau ini boleh memuatkan jemaah sejumlah kira-kira 30 orang.

Atas: Foto surau Kg Patau (back view)

Atas: Foto surau dari tepi (side view)


Atas (dari kiri): Datuk Hj Amri Hj Suratman (Pengarah JHEAINS), Timbalan Pengarah JHEAINS, Janis Abdullah (Pengerusi Jawatan Kuasa Surau Kg Patau) dan Encik Abdul Rahman Maidin (CDO Daerah Tambunan)
Atas: Sebahagian dari mereka yang hadir
-

SURAU PATAU BAKAL DINAIK TARAF MENJADI MASJID

-
KG. PATAU TAMBUNAN:-
-
Alhamdulillah, setelah 70 tahun Islam bertapak di Kg Patau, akhirnya Kg Patau akan menyaksikan masjid baru menggantikan surau yang terlalu sempit. Ini diumumkan oleh Datuk Hj Amri Hj Suratman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) semasa lawatan beliau ke surau Kg Patau Tambunan pada 25.01.2010.
-
Umat Islam Patau semakin bertambah dengan dua sebab: Pertama, pertambahan hasil dari perkhawinan keluarga Islam dan kedua, pertambahan dari segi kemasukan non-muslim kepada agama Islam. Kalau dulu umat Islam bermula dengan hanya sebuah rumah, kini rumah-rumah umat Islam telah bertambah hampir 20 buah termasuk rumah-rumah yang bercampur dengan keluarga non-muslim. Semakin ramai non-muslim yang sedar dalam memilih agama yang serasih dengan kehidupan mereka.

Atas: Kelihatan Datuk Hj Amri Suratman (berbaju kuning), Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) melawat surau Kg Patau yang sempit.

Atas: Pengerusi Jawatan Kuasa Surau Patau, Janis Abdullah (bersongkok), sedang berucap mengalu-alukan kedatangan Datuk Hj Amri Hj Suratman, Pengarah JHEAINS serta rombongannya. Dari kiri: Janis Abdullah, Datuk Hj Amri bin Hj Suratman, Dr. Juanis Yajuni dan pegawai JHEAINS.

Atas: Antara umat Islam yang hadir menyambut kehadiran Pengarah JHEAINS.

Atas: Pengerusi Jawatan Kuasa Surau berbincang dengan Datuk Hj Amri mengenai perancangan seterusnya.

Atas: Di sinilah tapak masjid Kg Patau Tambunan yang bakal didirikan.

Atas: Satu lagi gambar hiasan mengenai lawatan Datuk Pengarah JHEAINS

Atas: Datuk Haji Amri sedang memperkatakan sesuatu mengenai struktur serta kesesuaian tapak berkenaan.
-

15 August 2010

FORGIVE ME

-
Everyone needs to answer him or herself in front of Allah Subhaanahu Wa Ta'aala on the Day of Judgement...

Therefore I want to ask for your forgiveness today...
Forgive me if I ever hurt you – even if it was a “silly” remark
Forgive me if I ever hurt you – by giving you an unpleasant look
Forgive me if I ever hurt you – by talking behind your back
Forgive me if I ever hurt you – by raising my voice...

PLEASE FORGIVE ME

May Allah (SWT) forgive us all and grant us Jannatul Firdaus...
May Allah shower His Mercy and blessings over us

NEED PROTECTION WITHOUT A BODYGUARD?

Suratul Faatiha Protects One From The Anger Of Allah,
Suratu Yas Seen Protects One From The Thirst Of The Day Of Judgment,
Suratul Waaqiah Protects One From Poverty And Starvation,
Suratul Mulk Protects One From The Punishment Of The Grave,
Suratul Kauthar Protects One From The Enmity Of The Enemy,
Suratul Kaafiroon Protects One From Kufr At The Time Of Death,
Suratul Ikhlaas Protects One From Hypocrisy,
Suratul Falaq Protects One From Calamities, and
Suratun Naas Protects One From Evil Thoughts.
-

LAILATUL QADAR

-
Salmaan Al-Farasi (Radi-Allahu anhu) relates that the Prophet (Sall'Allahu alaihi wasallam) gave a sermon about Ramadan to a gathering that met towards the end of Sha`ban.

He (Sall'Allahu alaihi wasallam) said,
"O People, a great and a blessed month is approaching you. In this month, there is a night that is better than one thousand months.

Allah has made fasting obligatory and prayers at night commendable during this month. Whosoever will do a voluntary good deed during this month, it is as if he performed an obligatory good deed at another month; and whosoever will perform an obligatory good deed, it is as if he performed seventy obligatory good deeds at another month.
This is the month of patience and the reward of patience is Paradise. This is the month of kindness."
-

12 August 2010

HADITH ON THE MONTH OF RAMADHAN

-
Abu Hurairah (Radi Allah Anhu) reported: The Messenger of Allah (Sallallahu Alaihi Wasallam) said:
-
"When Ramadan begins, the gates of Jannah are opened, the gates of Hell are closed, and the devils are chained.''
-
[Bukhari and Muslim].
-

BERPUASA DIBULAN RAMADHAN

-
PANDUAN RINGKAS CARA BERPUASA RAMADHAN
-
1.0 Bersahur:
-
Dari Amru al-As r.a., Nabi SAW bersabda, "Perbezaan diantara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur (Muslim, 2/770)
-
Dari Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda, "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" (Al-Bukhari, 4/1983: Muslim)
-
Dari Abu Said al-Khudri r.a., Nabi SAW bersabda, "Bersahur adalah sesuatu keberkatan. Oleh kerananya, janganlah kamu mengabaikannya walaupun seorang diantara kamu hanya bersahur dengan seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas orang yang bersahur" (Ahmad, 3/12)
-
2.0 Banyak membaca Al-Qur'an:
-
Dari Ibnu Abbas r.a., "Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadan apatah lagi apabila setelah bertemu Jibrail. Biasanya Jibrail menemuinya setiap malam dibulan Ramadan dan mengajaknya untuk bertadarus Al-Qur'an. Sesungguhnya Rasulullah lebih pemurah dalam melakukan amalan kebaikan melebihi tiupan angin" (Riwayat Al-Bukhari)
-
3.0 Banyakkan berdoa:
-
Nabi SAW bersabda, "Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat al-Bazzar)
-
Nabi SAW bersabda, "Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" (Riwayat at-Tirmidzi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah)
-
4.0 Banyakkan berdoa ketika hampir berbuka:
-
Dari Abdullah bin Amru al-As r.a., Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya adalah waktu doa yang tidak ditolak" (Riwayat Ibn Majah)
-
5.0 Menyegerakan berbuka puasa ketika waktu maghrib:
-
Dari Sahli bin Saad r.a., Nabi SAW bersabda, "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepanjang kamu menyegerakan berbuka" (Bukhari, 4/1957)
-
6.0 Berbuka dengan kurma dan jika tiada maka memadai minum air.
-
Dari Anas bin Malik r.a., "Rasulullah SAW biasa berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum mengerjakan solat. Jika tidak ada, baginda berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga, maka baginda berbuka dengan beberapa teguk air (Riwayat Abu Dawud dan at-Tirmidzi)
-
Nabi SAW mengajar doa yang sahih ketika berbuka, "Telah hilang dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap mendapat pahala Insyaa Allah" (Riwayat Abu Dawud, 2/2357)

7.0 Sunat memberi juadah kepada orang berpuasa:
-
Dari Zaid bin Khalid al-Juhani, Nabi SAW bersabda, "Barangsiapa yang memberi juadah berbuka puasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" (At-Tirmidzi, 3/807)
-

31 July 2010

GEREJA FLORIDA BAKAR QURAN?

-

ACARA MEMBAKAR QURAN SEMPENA MEMPERINGATI SEPTEMBER 11 DI US

-


Gereja di Florida sedang mempromosi satu acara membakar Al-Quran sempena ulangtahun kesembilan peristiwa serangan ke atas US pada September 11. Untuk keterangan lanjut, berikut adalah sedikit sedutan artikel yang disiarkan di Herladsun.com.au. Dalam hal ini umat Islam perlu berhati-hati kerana motif PERTAMA pembakaran ini mungkin satu muslihat atau strategi orang yang anti-islam mencipta 'provokasi' baru bertujuan memancing umat islam bertindak-balas lebih awal sebelum peristiwa sebenar berlaku atau bertindak-balas secara melulu setelah ianya berlaku dan sekali gus membuktikan bahawa umat Islam itu sah pengganas. Kemungkinan motif KEDUA ialah melariskan jualan buku Terry Jones yang bertajuk "Islam is of The Devil". Walau macam mana pun ini cuma andaian. Sila baca artikel di bawah.
-
A FLORIDA church was yesterday promoting an event where it will burn copies of the Koran to mark the ninth anniversary of the September 11 attacks on the U.S.


In the announcement on its Facebook page, The Dove World Outreach Center of Gainesville, Florida, asked other religious groups to join in standing "against the evil of Islam. Islam is of the devil!"


The church's pastor, Terry Jones - who has written a book titled "Islam is of The Devil" and sells T-shirts bearing the same message - defended the controversial event.
"Islam and Sharia law was responsible for 9/11," Jones told Agence France-Presse.


"We will burn Korans because we think it's time for Christians, for churches, for politicians to stand up and say no; Islam and Sharia law is not welcome in the U.S.
-
Source: http://www.heraldsun.com.au/news/world/church-to-burn-copies-of-koran-to-mark-911

-

MASJID ATAU MOSQUE?


Mosque is the English name for a place of Muslim worship. The Arabic term for a place of Muslim worship is masjid, which literally means "place of prostration" (in prayer).



Some Muslims prefer to use the Arabic term, and discourage use of the word "mosque." This is based on a mistaken belief that the English word is derived from the word "mosquito" and is a derogatory term. To me, there is nothing wrong with the usage of the word mosque to refer a place of worship for the muslims simply because mosque does not mean mosquito in english.


-

07 July 2010

APRIL FOOL-LAMBANG KEKEJAMAN TENTERA SALIB

-
Sejarah April Fool
-
April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam Spanyol oleh tentara salib yang dilakukan dengan cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan pembohongan berselindung disebalik hiburan.

Biasanya orang akan menjawab bahwa April Fool yang hanya berlaku pada 1 April, adalah hari dimana kita boleh menipu teman, orang tua, saudara, sesiapa saja dengan syarat tidak boleh marah atau emosi ketika sedar bahwa dirinya telah menjadi sasaran April Fool.

Biasanya setelah sedar kena April Fool, maka dirinya juga akan tertawa atau tidak marah.

April Fool bermula dari suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan umat Islam Spanyol pada tahun 1487 M (892 H).

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Spanyol beransur-ansur menjadi satu negara yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Spanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar selatan Perancis.

Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah pergunungan barat. Islam telah menerangi Spanyol.

Dengan sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang Spanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Spanyol bukan saja beragama Islam, malah bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam.

Mereka membaca Al-Qur'an dan mengamalkan ajarannya. Mereka menolak muzik yang melalaikan, arak, pergaulan bebas dan segala yang dilarang Islam. Mereka mempraktikkan ajaran islam selama hampir enam abad.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Spanyol terus berusaha membersihkan Islam dari Spanyol, namun selalu gagal. Maka dikirimlah pengintip untuk mempelajari kelemahan umat Islam Spanyol.

Akhirnya mereka menemukan cara untuk menaklukkan Islam, yakni dengan melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya. Secara senyap-senyap mereka menghantar alkohol dan rokok ke dalam wilayah Spanyol.

Muzik diperdengarkan mempengaruhi kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al-Qur'an. Mereka juga menghantar ulama palsu untuk memecahkan umat Islam Spanyol. Usaha mereka berhasil.

Akhirnya Spanyol jatuh dan dikuasai pasukan salib. Pasukan salib melakukan kekejaman tanpa peri kemanusiaan. Tidak hanya Islam yang dibantai, tetapi juga penduduk sipil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu-persatu daerah di Spanyol jatuh.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki. Penduduk Islam di Spanyol (yang disebut sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera salib terus mengejar mereka. Jalanraya sepi dengan ribuan mayat bergelimpangan bermandikan darah. Tentara salib mengetahui bahwa banyak muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.

Dengan lantang tentera salib itu membuat pengumuman, bahwa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman untuk berlayar keluar Spanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa orang Muslim dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang disediakan di pelabuhan. Setelah melihat ada kapal yang disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan Spanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.

Setelah ribuan umat Islam Spanyol berkumpul di pelabuhan, tentera salib menggeledah dan membakar rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Orang Islam yang masih bertahan di dalamnya turut terbakar.

Ribuan umat Islam yang tersadai di pelabuhan terkejut kerana tentera salib membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Spanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam.

Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak bersenjata. Kebanyakan mereka terdiri dari wanita dan anak-anaknya yang masih kecil. Sedang para tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera salib membunuh umat Islam Spanyol tanpa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir bergema kuat tapi apakan daya mereka tak bersenjata. Seluruh Muslim Spanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di sana-sini. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini berlaku pada 1 April. Peristiwa ini kemudiannya diperingati oleh dunia kristen setiap 1 April sebagai April Fool. Pada 1 April, orang-orang dibolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain.

Bagi umat kristian, April Fool merupakan hari kemenangan membunuh ribuan umat Islam Spanyol oleh tentera salib dengan cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara membenarkan penipuan dan pembohongan bertopengkan hiburan.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan bagi memperingati ribuan saudara kita disembelih oleh tentera salib di Granada, Spanyol.

Jadi, kalau ada umat Islam yang merayakan April Fool, maka mereka turut merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya sendiri di Granada, Spanyol, 5 abad yang lalu. Oleh yang demikian, awasi anak-anak kita supaya tidak terjebak.
-

06 July 2010

USA WORSE BLUNDER IN HISTORY

-
USA killed million of Japanese during world war 2 and murdered millions of Vietnamese at their home land. Inspired with endless greed, USA went further to invade Iraq and Afganistan and murdered million of muslims including women and children making US as the greatest murderers in the world history. These acts had caused serious ill-feeling among 1.5 billions world muslims. By these wars, USA has awakened the sleeping tigers creating more dents of Islamic fighters. They (USA) have to pay heavy prices for their own blunder that they have created. These are series of crimes that violate international law and law of mankind.
-
Based on remarks by deplomatic experts, this time USA made serious blunder by invading two muslims countries. According to experts, USA can bombed Japan and Vietnam and they, the victims of bombardment, backed-up easily. But this time, USA is facing the muslims and would face long-term war even right into their doorstep. According to experts, USA worse blunder has just began. USA can bomb and burned their houses, mosques and the Koran but they cant burn their spirit. The muslims are not like the Vietnamese or the Japanese. The muslims are ever ready and prepared for the worse to defend them selves what ever it takes. Every time you see muslims crying for their dead family, motivation mounts. The spirit of real muslims fighters ie. 'the muslims go to war to die!'.
-
Here is the long-term potential nightmare for USA; do USA really think that Japanese and Vietnamese, especially victim's family, really backed-up from their fight? How about Northern Pakistanis, Iraqis and Afgans that they have killed en-mass for the last 9 years and still killing until today? Do they (USA) think that they just keep quiet and let the history passed without price? USA worse blunder continues on and on.
-

01 July 2010

KURSUS HAJI DI MASJID NEGERI SIRI KE 15

-
Kota Kinabalu:-

Tanpa disedari kursus haji anjuran Tabung Haji dengan kerjasama Masjid Negeri Sabah telah hampir ke penghujung. Pada kursus siri yang ke 15 ini, peserta kursus di dedahkan dengan pengetahuan penjagaan kesihatan semasa menjalani ibadat haji. Selain dari membawa ubat-ubatan dan vitamin yang cukup, jemaah juga diajar cara senaman yang boleh dilaksanakan semasa berada di Mekah nanti.

Atas: Instrucktor sedang mengajar cara-cara bersenam dengan betul khususnya kepada jemaah haji yang sudah meningkat umur. Senaman ini melibatkan regangan urat saraf serta meregangkan otot.
Atas: Peserta kursus wanita juga tidak terkecuali membuat senaman ringan bagi mengekalkan kesihatan semasa menjalani ibadat haji.